YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

SALAM IMTIHAN


Alhamdulillah…semalam baru sahaja selesai taslim bahas untuk madah semester ni. (Introduction to Applied Linguistic).
Kami dikehendaki untuk murajaah maqalah(journal review) kemudian naqad (critic) maqalah tersebut.Tajuk maqalah saya,
قضية اللغة الرسمية المحلية في نيجيريا: التنافس بين اللغات ومكان اللغة العربية في القضية

Alhamdulillah, semester lepas dalam madah Introduction to Linguistic, saya mengaji dengan lecturer yang sama, Ustaz Asem Syehadeh. Jadi, gambaran untuk murajaah dan naqad dah ada dalam kepala. Cuma bezanya, kali ini kami dihadkan untuk memilih sofhah(muka surat) maqalah sekurang-kurangnya 10 pages berbanding yang lepas hanya lebih kurang 3-5 pages sahaja.

Mengaji dengan Ustaz Asem ni, memang seronok. Saya suka perwatakan ustaz yang lemah lembut. Eh, jangan salah faham ye…Bukan lemah lembut yang tuuuuuuuuuut….Ni lemah lembut bahasa dan cara penyampaiannya mengajar. Ayat ustaz yang saya suka dan kerap ustaz ulang “Fahmtum ya auladi..?” sambil cakap, mesti tersenyum…yang saya suka sebab ada “auladi..(anak-anakku)” sepanjang saya mengaji disini, ini lecturer yang kedua yang saya dengar menggunakan perkataan tu sebagai salah satu cara pendekatan dengan student. Lecturer pertama, Ustazah Esmat…pun guna auladi…tapi lebih kerap guna habibi atau habibty…“limadza takallamina billughah injiliziyyah ya habibty? Enti min qism lughah arabiah…” Itu antara teguran ustazah pada saya setiap kali bertemu…=)

Kembali kepada Ustaz Asem, Ustaz tak pernah menyusahkan student. Bahas pun tak bagi taip. Tulis tangan sahaja. Ustaz kata.. “hadza laisa mustawakum…nanti awak taip satu-satu..lambat..” Ustaz salah seorang lecturer arab yang petah berbahasa melayu. Bak kata ustaz Abdul Rahman Chik, Ustaz Asem ada “kamus hidup”…maksud kamus hidup tu, zaujah ustaz orang Malaysia. Jadi, bila-bila masa ustaz Asem ada kamus hidup sebagai tempat rujukan. Pada saya, bukan hanya kerana ada kamus hidup ustaz petah berbahasa melayu. Tapi memang kerana ustaz mudah faham bahasa dan minat bahasa. Buktinya, adakalanya ketika mengajar ustaz beri contoh muqaranah lughah french, italian, spainish….memang tak kamil….tapi sekurang-kurangnya mufradat tu ada….(Semalam baru sahaja dia berbahasa french…seronok dengar…=> )

Esok (Rabu), last kelas untuk semester ni. Next week kami dah mula final imtihan. Gembira sebab dah habis kelas, sedih sebab ini kelas yang terakhir mengaji dengan Ustaz Asem. Next semester (semester akhir, insyaALLAH) hanya berbaki 4 madah dan lecturer yang telah saya pilih pun tak kalah hebatnya(hakikatnya memang semua lecturer hebat-hebat belaka). Mudah-mudahan banyak ilmu yang dapat saya ambil dari mereka nanti. Amin.


BITTAUFIQ WANNAJAH UNTUK SAHABAT-SAHABAT
SALAM IMTIHAN

 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers