YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

KHINZIR, HUTANG, SOLAT & KL


Selepas murajaah tadi, tiba-tiba saya teringat pemandu teksi yang serve dari puduraya menuju ke UIA hari Ahad kemarin. Kalau dilihat dari parasnya, umurnya dalam lingkungan 40an. Jika dilihat dari telor bahasanya pula, berasal dari .......? (tak mahu menyinggung mana-mana pihak)

Seperti biasa sebagai pembuka bicara, rata-rata pemandu teksi akan bertanya asal dari mana. Belajar tahun berapa? Dah lama duduk KL? Dan macam-macam lagi.
Kelihatannya, pak cik ni agak peramah. Dari pudu raya sampai ke UIA, tak henti-henti bercakap.

"Khinzir boleh makan?"

Tiba-tiba dia menyoal saya.
Saya fikir dia tanya serius, sayapun jawablah setakat mana kemampuan dan pengetahuan saya. Tiba-tiba pak cik tu tergelak. Dia kata..."Waktu mudarat ke, waktu tak mudarat ke khinzir tu boleh makan. Kalau tak makan macam mana nak hidup?" Rupanya dia berseloroh.

Saya hanya tersenyum. Sebenarnya saya pernah terkena soalan ni. Dari rakan sendiri. Tak sangka pula pak cik ni pun nak kenakan saya juga. Selepas itu dia tanya lagi.

"Betul tak kalau hutang orang tak wajib bayar?"

Hmmm.....dalam hati saya, "mesti saya nak dikenakan lagi!"
Sayapun jawab, "Betul. Orang lain yang berhutang, buat apa kita nak bayar. Yang wajib kita bayar, kalau kita yang berhutang pada orang."

Pak cik tu hanya tersenyum.
Kemudian dia berkata lagi.

"Tak payah solat kalau dah tau."

Pantas saja saya menjawab.
"Hmmmmmm.....Memanglah solat tu tak payah, kalau kita dah tau."

Pak cik tu seakan tak puas hati dengan jawapan saya.
Apa maknanya tu? Faham tak sebenarnya dengan ayat tu?

"Faham...maknanya kalau dah tau solat tu macam mana, ianya mudah. Tak susah."

Pak cik tu hanya tersenyum. "Pandai.Baguslah kalau awak faham. Orang kita ni kadang-kadang macam tulah. Tak faham soalan. Tak faham orang cakap apa. Tak teliti...Orang tanya lain, jawab lain..."

Saya hanya diam dan mengangguk. Tiada tindak balas kalam.

Suasana sepi seketika. Bila pemandu teksi senyap, saya akan kembali kepada tabiat saya, memandang ke luar tingkap melihat suasana di bandaraya Kuala Lumpur sambil-sambil mengenal pasti jalan yang di lalui(berhati-hati, bimbang dibawa ke arah lain).

Tiba-tiba pak cik driver bertanya.

"Selalu naik teksi?"

"Selalu"

"Agak-agak betul ke jalan ni?"

"Betul".

"Pak cik ikut jalan apa ni?"

"Jalan Kucing"

"Ingat awak tak tau...kat KL ni, Kalau boleh elakkan naik teksi yang pemandunya india. Lebih-lebih lagi waktu malam. Awak sorang pulak tu....Dah banyak berlaku kes yang tidak diingini. Habis penumpang punya barang berharga di ambil. Ada juga orang indonesia yang menyamar bawa teksi. Kadang ada penumpang dalam teksi, duduk di hadapan. Dia kata, penumpanag tu nak pegi arah yang sama juga. Janganlah sesekali naik...bahaya. Itu sebenarnya rakan dia, orang yang akan main peranan rompak penumpang. Dah ada yang kena. Pak cik tak tipu."

Meremang saya mendengarnya. Bimbang dan takut semua ada...

"Terima kasih pak cik bagitau...."

Hanya itu yang terlafaz. Saya bersyukur, kerana malam-malam begini, ditemukan dengan pemandu teksi yang baik.Itu yang terlintas dihati.

Tak lama selepas itu,
Pak cik tu asyik memandang cermin belakang. Kerap. Saya jadi tak selesa. Kenapa pak cik ni?

Tiba-tiba dia bersuara :
"Apakata kita turun dulu kat mana-mana. Minum dan lepak-lepak dulu. Awal lagi ni. Nanti pak cik hantarla awak balik."

EHH....???? saya bingung....(????!!!) tak faham dengan sikap pak cik ni...
Dengan tegas saya pura-pura menjawab,

"Saya isteri orang!"
Itu je jawapan yang ada di kepala.

Selepas itu, saya tak hirau lagi apa yang pak cik tu cakap. SAYA MULA BIMBANG DAN TAK SENANG DUDUK. HANYA MAMPU BERDOA......"YA ALLAH...SELAMATKANLAH AKU....tak tau apa muslihat pak cik ni sebenarnya...."

****************************************

Zaman sekarang ni, macam-macam perkara berlaku. Kejahatan manusia menjadi-jadi. Nak jumpa manusia yang benar-benar baik pun payah. Lagi-lagi di Kuala Lumpur ni. Hampir 4 tahun hidup di kota ini, macam-macam ragam manusia yang saya jumpa. Ala kulli haal..., Semoga ALLAH sentiasa beri perlindungan dan pelihara dari segala kejahatan dunia.


اللَّهُمَّ وَمَا قَضَيْتَ لِي مِن أَمْرٍ فَاجْعَلْ عَاقِبَتَهُ رُشْدًا

YA ALLAH, APA YANG ENGKAU TENTUKAN KEATASKU SESUATU PERKARA MAKA JADIKANLAH KESUDAHANNYA PETUNJUK








 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers