YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

"GUNDAH DAN AISYAH"

"Alhamdulillah...imtihan nisfu fatrah baru je berakhir petang tadi(2.15pm hingga 3.15pm).Alhamdulillah, hanya itu yang mampu dilafaz...Cuma agak ralat sedikit, kerana ada beberapa insiden yang berlaku. Selesai solat zuhur, hati tiba-tiba terlalu gundah...resah. Masuk ke kelas imtihan, tangan pun gementar dan menggigil hingga tak mampu menulis...tak tahulah kenapa.................."

Petikan diatas adalah text yang telah ditaip petang semalam (6pm), selepas pulang dari imtihan. Tapi, kerana debaran masih lagi bersarang dihati...saya sekadar menyimpannya tanpa diterbitkan di blog saya. Tak tahan dengan debaran yang tak tahu apa puncanya, saya terus meninggalkan laptop yang masih terbuka dan berwudhu'.....

Tenang seketika...tapi fikiran masih bercelaru. Kenapa ni? Apa yang tak kena?

Malam,sekitar pukul 10pm, selepas selesai mesyuarat bersama biro Pub&Pro ALA, perasaan gundah datang lagi...Dari arabic writing lab, saya terus ke HS lab menyusuli lili disana. Hujan lebat dan kilat sabung-menyabung tidak mengizinkan kami untuk terus pulang ke mahallah. Kebetulan saya dan lili tidak lunch siang tadi, jadi teringin pula mengisi perut walaupun hakikatnya saya tidak lapar. Cuma buat syarat, bimbang gastrik datang bertamu.....

Saya tak pasti pukul berapa kami tiba di mahallah. Tiba dimahallah, lili singgah dibilk saya dan kami berhiwar sebentar i...dalam rancangan, hari ini(khamis)saya akan bertolak pulang ke kampung, Johor.Lili menyuruh saya untuk berkemas...Packing barang-barang yang nak dibawa pulang. Tapi tak tau kenapa hati ni seakan tiada syu'ur. Walhal, dari minggu lepas, saya tidak sabar-sabar untuk pulang bertemu keluarga dan meraikan majlis walimah adik sepupu di Muar pada (6Jun2009). Lili pulang ke biliknya...dan gundah itu datang lagi...YA ALAH...kenapa ni..tenangkan hatiku....

Pagi khamis(4Jun2009), selesai solat subuh saya bersiap-siap packing barang. Tiba-tiba terniat dihati untuk menunda pulang kepada hari esok. Baru teringat ada tugasan saya yang belum selesai. (Penting, tapi tak perlu saya cerita disini).Saya terus menelefon mak....Alhamdulillah mak faham dan menyuruh saya untuk mengutamakan tugasan saya disini. Tapi...tak lama selepas itu.......mak bersuara...


"Dik, mak tak tahu kita pergi atau tidak ke Muar. Sebab abang Epul (tunang kak ngah saya, merangkap pemandu setia jika kami bermusafir) tengah ada masalah. Aisyah...adik abg Epul...dia hilang dari semalam..." saya terdiam seketika.

Fikiran terus terbayang wajah Aisyah yang manis sewaktu bertandang ke rumah...wajahnya tak pernah lekang dari senyuman...hati terus berdegup kencang, menunggu kalam mak seterusnya....

"Dari petang semalam nak...dalam pukul 3pm..."

Teringat debaran dan rasa gundah yang bermula dari petang semalam, selepas zohor...
Terjawab sudah gundah yang bersarang dihati.....Ya, Inilah sebab kenapa hati saya resah dari semalam.........ada musibah dan ujian yang akan berlaku disekeliling saya.

"YA ALLAH...mak...macam mana boleh hilang?"

"Tak taulah nak...makpun tengah tak menentu ni...abg Epul tak kerja, sekarang tengah cari Aisyah. Semalam juga abg Epul dah report polis..."

Sewaktu mak menarangkan kepada saya tentang kejadian berlaku....tiba-tiba kedengaran suara kak ngah...

" Mak, epul baru dapat msg Adari isyah pukul 5 pg td. Aisyah kata a.pul...tolong aku...aku tak tau kat mane ni, ramai orang lelaki....aku takut nak telefon polis..."

Air mata saya berjujuran... mak panggil saya.... "hallo dik...."

saya tak mampu berkata-kata....saya lepaskan rasa sedih dan bimbang saya dalam tangisan...mak yang mendengar suara tangisan saya turut menangis......

dalam esakan tangis saya bertanya pada mak...

"Mak....macam mana ni...kesian Aisyah mak...."

"Mak pun tak tahu nak...nanti mak nak ke rumah abg Epul, tengok keadaan mak abg Epul...abg Epul kata dari semalam mak dia asyik menangis. Adik doakan Aisyah selamat...jangan putus berdoa..."

********************************

*SAYA TAK MAMPU MENERUSKAN KALAM INI KERANA HARUS BERPERANG DENGAN PERASAAN DAN AIR MATA....HARAPAN SAYA KEPASA SESIAPA SAHAJA YANG MEMBACA CORETAN INI..., TOLONG DOAKAN "AISYAH KAMI" SELAMAT...SAYA MOHON.......SEMOGA TIADA APA-APA YANG BURUK BERLAKU PADA AISYAH...................='(
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers