YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

My Elsakeenah..My Cafe.

Segala puji hanya padaMu Rabbi....

Makin lama makin seronok berniaga. Tapi bapa pesan jangan ikutkan sangat syok duduk di dapur sebab badan tengah berdua, bukan sorang. Kena jaga kesihatan. Syukran bapa atas perhatian dan nasihat.....

Sebut-sebut pasal niaga, kalau dulu Elsakeenah Cafe hanya menjual chicken chop, sekarang ni dah bertambah menu. Kami ada menerima tempahan soya asli dan mee bandung. Tapi mee bandung ni ikut kelapangan waktu suami sebab suamilah yang masak sepenuhnya.

Soya siap dibotolkan. Musim panas kena letak dalam peti ais selalu-kalau tak cepat basi.

Semalam kami cuba menjual menu baru : nasi ayam. Alhamdulillah...ramai sahabat-sahabat yang mencuba. Terima kasih atas sokongan semua.

Nasi ayam dalam gambar ni kami makan sendiri(^^)

Dalam pada sibuk-sibuk meniaga, ada terima jemputan kenduri/makan-makan dari adik Musliha ke imarah hijau untuk meraikan hari lahir Aisyah, anak kepada Ustaz Zaidan sekaligus menunaikan hajat Ummi Aisyah. Sebelum ke sana sempat juga menguli buat burger malaysia untuk dimakan bersama.

Saya tinggal solat maghrib dan bersiap untuk ke imarah hijau-suami dah settlekan burger ni. Suamilah yang menggoreng-memotong & mengisi inti burger. Tengokla bibir burger tu, bergigi-gigi jadinya(^^)/

Apepun syukran abang selalu ringankan kerja honey. Sayang abang....('',)

Semasa di imarah hijau saya dijamu nasi kerabu. Tapi tak dapat upload gambar sebab tak bawa kamera. Apepun syukran untuk adik-adikku sekalian. (Goup Usrah Insyirah). Nasi kerabu perantau yang enak~~~~~

Jazakumullahukhairal jaza'.
Read rest of entry

Ceritera ibu mengandung di bumi kinanah

Dua bulan lebih di sini. Dua bulan lebih juga tak makan masakan mak. Sejak akhir-akhir ni terlalu rindu nak makan masakan mak. Singgang indonesia yang menjadi kegemaran saya. Simple sahaja masakannya, tapi nak yang macam mak masak. (--)

Kalau sebelum-sebelum ni, ada juga mengidam. Nasi kerabu, ayam, bakso, kuih keria. Semua tu cuba masak sendiri bersama suami , walaupun ada masakan yang dimasak tak cukup bahan. Tapi Alhamdulillah, terubat rasanya keinginan.

Ni antara makanan yang sempat di ambil gambar sebelum makan ('',)

Nak buat biru tak cukup bahan.Guna warna merah untuk nasi pun takpelah....;)

Sangat suka bakso dan soto indonesia. Soto tak dapat nak buat. Banyak bahan yang takde disini =(


Nasi Jagung. Habeeby alby suka kalau letak jagung banyak-banyak. =)


Bila dah dapat semua tu, teringin nak makan ubi.....
Disini tiada ubi. Suami dah pening nak cari mana.

' Ganti dengan ubi keledek boleh ? '

' Tak nak. nak ubi kayu jugak....'

Sampai menangis dibuatnya. Terbayang-bayang depan mata makan ubi panas-panas dengan kuah pindang yang mak masak. Bila dah tak tahan sangat, luah perasaan pada kak ngah. Tak puas hati juga, luah melalui lukisan di handset abang. Serba salah abang dibuatnya. Kesian abang......

Mujurlah ada pelajar Johor yang akan pulang ke Malaysia seminggu sahaja. Abang ambil peluang minta tolong pada 'si fulan'. Alhamdulillah...tiba di Mesir(Selasa kalau tak silap) 'si fulan' yang baik budi telefon abang dan sampaikan ubi ada bersamanya. Tapi saya kena bersabar sedikit kerana pelajar tersebut menetap di rumah Johor Rabaah Kaherah. Hari Rabu pula abang ada exam.

Pagi khamis awal-awal pagi lagi saya bersiap untuk ke Kaherah. Semangat. Seronok nak ambil ubi.(^^) Alang-alang ke Kaherah, kami selesaikan mana-mana urusan yang harus diselesaikan di sana.

Tiba di Kaherah, turun dari tremco terasa panas dan bahang yang teramat. Kepala mula sakit dan perut terasa mual. Kami terus ke 'Asyir selesaikan urusan abang di sana. Kemudian sarapan di rumah Pahang. Selepas itu bergerak ke Rabaah. Kemudian ke Ramsis cari barang. Jalan punya jalan tak sedar hampir ke kawasan Ataba. Nak balik ke Zaqaziq kena patah balik ke mahattoh qitar di Ramsis. Kalau jalan kaki jauh.Naik teksi kena rempuh jem. Bila tiba di sana tiket keretapi habis. ALLAH....letih rasanya. Perut dah mula lapar. Berhenti sebentar cari apa-apa makanan yang boleh dimakan dengan mudah dan ringkas. Syawarma. Beli tiga. Abang dua saya satu. (Ish abang ni..kuatnya makan....)


Sambil-sambil makan rehat sebentar di dataran Ramsis.

Cuaca panas. Mujur angin kuat. Lega rasanya...('',)

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Abud untuk pulang ke Zaqaziq. Cuaca semakin panas-bahang.....peluh mencurah-curah....Sepanjang perjalanan tak henti-henti berbisik:

'Ya ALLAH...cepatlah sampai...'

Kami tiba di rumah hampir pukul 6 ptg.

Ubi? Terus dimasak. Walaupun tak dapat makan dengan kuah pindang mak, kami ganti dengan sambal tumis ikan bilis. Abang yang masak. (^^)

Alhamdulillah.....sujud syukur. Hanya itu yang mampu dilakukan sebagai tanda terima kasih dan syukur yang teramat kepadaNYA. Nikmat rasanya dapat menjamah ubi. Terharu bila dapat makan. Terima kasih yang teramat sangat kepada 'si fulan' yang menunaikan hajat. Semoga ALLAH membalasnya dengan balasan yang berlipat ganda. Amin.

Abang pun dapat makan sekali. Abang kata :
' Tak sangka dapat makan ubi di Mesir. Macam kat kampung pulak rasanya.'

Ubi dan soya

***************

Bila dah dapat makan ubi, sekarang teringin kuah singgang mak pula....Saya tau yang ni takkan dapat selagi tak pulang ke Malaysia.

isbiri wastabiri.....='(
Read rest of entry
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers