YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

10 WASIAT IMAM HASAN AL BANNA

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk solat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah Al-Quran,buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah Zirullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.

(4) Jangan banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.

(5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Jangn banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) Jangan saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

(8) Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara temui dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.
Read rest of entry
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak membawa apa apa makna kerana
disebaliknya ia akan membawa kemudaratan,tetapi satu ciman yang pantas ia nya menyingkap seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat......"

KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAHUNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."(La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal
leher seorang lelaki. ( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"

" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta
jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
(Saidina Ali)

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka
ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
Read rest of entry
Lidah seorang yg bijak berada dibelakang hatinya..namun lidah pendusta berada didepan hatinya..."Itulah sebabnya orang bijak akan selalu memikirkan setiap kata yang akan diucapkan...

Kadang kala kita dilahirkan dalam keadaan fakir miskin, kerana Tuhan mengkehendaki kita belajar bersemangat pantang mundur dan berlatih keberanian diri...

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu..

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini...pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang....

Setitis airmata menyatukan aku dengan mereka yang patah hati, seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahgiaanku dalam keberadaan...... Aku merasa lehih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan....Jika aku hidup menjemukan dan putus asa......

Kalau kita mencari sisi baik dalam diri orang lain, kita akan menemukan sisi terbaik dalam diri kita..

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan....

Keredhaan hati menuntun pada kekuatan bukan kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan pada kesalahan adalah bentuk tertinggi dari penghormatan pada diri sendiri..

Sikap yang baik adalah tidak mengganggap diri lebih tinggi dari orang lain....

Apabila ada orang lain yang bersikap sombong dan menghina, kita akan lebih mulia apabila kita menjadi orang yang selalu memaafkan...

Orang yang selalu bersyukur adalah orang yang selalu tahu berterima kasih....

Sering2lah mengingati Kebaikan orang dibandikan mengingati keburukannya...

Makin ingin dipuji, makin ingin dihormati, makin ingin dihargai, ....maka akan makin sering sakit hati..

Bersyukur itu penting dan mutlak. Tiada bersyukur maka tiada bahagia....

Jalani Hidup Sulit Lebih Dulu Sebelum Merasakan Hidup Senang..

Barang Siapa yang Menyembunyikan Kebencian Dengan Perkataan Bohong itu adalah Kebodohan dan Keburukan....

Bencana Ilmu Adalah Lupa,,,

Doa adalah Suara Iman Dan Senjata Paling Ampuh...

Apa yang kamu tidak ingin dilakukan orang kepadamu, jangan lah kamu lakukan pada orang lain..

Bukti Cinta Terbaik Adalah Kepercayaan...

Lelaki Berani mungkin akan Kalah tetapi tidak akan Mengalah..

Berhati-hati lah dengan Kemarahan seorang yang sedang Sabar..

Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & Kegagalan sendiri daripada menunding kesalahan kepada pihak lain...

Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan luas...
Read rest of entry

كل نفس ذائقة الموت

SALAM. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Setiap yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati. Ramai orang tahu akan hal ini. Namun tak ramai yang berusaha untuk mencari bekalan sebanyak yang mungkin sebelum kembali kepada Pencipta Yang Esa.

TAHNIAH saya ucapkan kepada pihak penganjur ZIKRULMAUT WEEK. Semoga usaha murni kalian dalam menjayakan program ini mendapat ganjaran dari yang ESA. Walaupun kehadiran di majlis pembukaan agak mendukacitakan, namun saya akui, saya mendapat sesuatu yang berharga dr majlis tersebut. Syukran! Tahniah juga kepada persembahan yang mantap dari ALGEBRA. Lirik yang ditulis didalam lagu-lagu mereka sangat bermanfaat. Mabruk kepada bekas mufti prlis; Dr Mohd Asri Zainal Abidin, selaku penulis puisi/lirik lagu didalam 1st album ALGEBRA.
Read rest of entry

ZIKRUL MAUT WEEK 15TH-22ND FEBRUARY 2009

OPENING CEREMONY
DATE:15TH FEB
TIME:8PM
VENUE:MAIN AUDI
SPECIAL PERFORMANCE BY ALGEBRA

FORUM BICARA ADDIN “SUBUH YANG TERAKHIR” (IKIM.FM)
DATE:17TH FEB 2009
TIME:9PM
VENUE:MAIN AUDI

FORUM ENTITY : THE NAKED TRUTH
DATE:19TH FEB 2009
TIME:9PM
VENUE:MAIN AUDI

TILAWAH ALQURAN COMPETITION
DATE:18TH,20TH,21ST FEB 2009

BLOOD DONATION
DATE:16TH-18TH FEB 2009
VENUE:SHAS MOSQUE

JENAZAH MANAGEMENT COURSE
DATE:21ST-22ND FEB 2009
FEE : RM15

EXHIBITION AND BAZAAR
DATE:16TH-20TH FEB 2009
IIUM RIVERSIDE

DAILY TAZKIRAH (AFTER MAGHRIB)
DATE:16TH-20TH FEB 2009
VENUE:SHAS MOSQUE

CLOSING CONSERT “THE LAST DREAM”
(PERFORMANCE BY HIJJAZ & FAREAST)
DATE: 22ND FEB 2009
TIME:TIME: 8PM
VENUE: MAIN AUDI
TICKET : RM5
Read rest of entry

JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI!

Read rest of entry

CORET-CORET....

8.Feb.2009, 2 kejadian yang menguji kesabaran saya.....

VIRUS JAHAT!!!
Lebih kurang pukul 4 ptg, tengah discusion, final touch bahas islamic ethics di OR A.L.A., tiba-tiba file bahas hilang...Ini kerja "si virus yang jahat". Mujurlah kerja in group. Jadi saya tak lah berapa sedih. Sebab ada tenaga lain yang setia bersama saya...HANNAN (~~,). Saya dan Hannan terpaksa akur dan redha. Kami tekad untuk siapkan harini juga. Sebab minggu depan ada midterm lain yang sedang menunggu. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 9pm tajuk kecil bahas (Perbezaan perlaksanaan perang antara Islam dan Barat) untuk part kami selesai.

FEAR FACTOR....
Pukul 10pm campus dah sepi, cafe banyak dah tutup. Mungkin sebab esok cuti umum. Selesai discusion, saya keluar makan bersama huda, di restoran tomyam&seafood berhampiran dengan UIA (dekat dengan sekolah menengah teknik). Kami naik teksi. RM2 sahaja dari bus stop Mahallah Safiyah. Huda makan nasi putih dan tom yam campur, saya makan nasi goreng daging merah. Alhamdulillah. Enak dan lazat. Memang berbaloi. Tak sia-sia kami keluar UIA. Dalam pukul 11pm kami selesai makan. Tunggu teksi untuk pulang ke mahallah. Kenderaan lengang. Teksi pun menyepi. Memang nasib tak menyebelahi kami. Kami tiada pilihan. Pulang ke UIA dengan berjalan kaki. Saya rasa macam satu pengembaraan. Kalau tak bawak beg laptop saya ok lagi....Hmmmm...SABAR...SABAR...sepanjang jalan saya cakap kat huda "FEAR FACTOR...." . Huda mengiyakan sambil tergelak...Boleh tahan jauh juga. Penat. Bisa kaki ni.Tapi mujurlah waktu malam. Sejuk. Sesekali masa berjalan ada juga terasa bisa kat perut ni. Tapi dek kerana huda jalan laju, saya terpaksa lupekan rase sakit tu. Alhamdulillah, hampir jam 12 malam, kami tiba di Mahallah Asiah. Sepanjang perjalan tu, apa yang saya suke, saya dapat capture beberapa gambar. Walaupun tak berapa cantik, tapi saya tetap suka. Ini antara koleksi "visual diary" saya di IIUM, sebelum saya meninggalkan IIUM 10 bulan lagi....(-.-)
Read rest of entry

PENULIS DUNIA : KHALIL GIBRAN


KHALIL GIBRAN
(Penulis, Penyair, Pengarang)

6 JANUARI 1883 - 10 APRIL 1931

TEMPAT LAHIR: BESHARI,LEBANON.

DRAMA PERTAMA :
"SPIRITS REBELLIOUS" , ditulis di Paris, diterbitkan di New York pada tahun 1901-1902.

KARYA-KARYA KHALIL GIBRAN :
  • "The Madman", "His Parables and Poems",1918
  • "Twenty Drawing",1919
  • "The Forerunne",1920
  • "Sang Nabi",1923
  • "Sand and Foam",1926
  • "Jesus the Son of Man",1928
  • "The Earth Gods",1931
  • "The Wanderer",1932,
  • "The Garden of the Propeth"
Maklumat lanjut KHALIL GIBRAN
Read rest of entry

MUTIARA KATA KHALIL GIBRAN

PERPISAHAN
Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.

KATA TERINDAH
Kata yang paling indah di bibir umat manusia adalah kata ‘Ibu’, dan panggilan paling indah adalah ‘Ibuku’. Ini adalah kata penuh harapan dan cinta, kata manis dan baik yang keluar dari kedalaman hati.

SAHABAT SEJATI
Tidak ada sahabat sejati yang ada hanya kepentingan.

PERSAHABATAN
Persahabatan itu adalah tanggungjawaban yang manis, bukannya peluang.

SULUH HIDUP
Tuhan telah memasang suluh dalam hati kita yang menyinarkan pengetahuan dan keindahan;berdosalah mereka yang mematikan suluh itu dan menguburkannya ke dalam abu.

PENYAIR
Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata.

Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit kamus.

Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu.

Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.

SUARA KEHIDUPANKU
Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

KEINDAHAN KEHIDUPAN
Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian; adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.

RUMAH
Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal layar.

PUISI
Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.

NILAI
Nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya.

PENDERITAAN
Penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran- seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah.

Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan. Jika hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan.

Banyak di antara yang kalian menderita adalah pilihan kalian sendiri - ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara.

SAHABAT
Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

SIKAP MANUSIA
Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain.

DUA HATI
Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar.

HUTANG KEHIDUPAN
Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.

INSPIRASI
Inspirasi akan selalu bernyanyi; kerana inspirasi tidak pernah menjelaskan.

POHON
Pohon adalah syair yang ditulis bumi pada langit. Kita tebang pohon itu dan menjadikannya kertas, dan di atasnya kita tulis kehampaan kita.

FALSAFAH HIDUP
Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat -keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan . Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta

KERJA
Bekerja dengan rasa cinta, bererti menyatukan diri dengan diri kalian sendiri,dengan diri orang lain dan kepada Tuhan.

Tapi bagaimanakah bekerja dengan rasa cinta itu ? Bagaikan menenun kain dengan benang yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya kelak.

LAGU GEMBIRA
Alangkah mulianya hati yang sedih tetapi dapat menyanyikan lagu kegembiraan bersama hati-hati yang gembira.

KEBEBASAN
Ada orang mengatakan padaku, “Jika engkau melihat ada hamba tertidur, jangan dibangunkan, barangkali ia sedang bermimpi akan kebebasan.”
Kujawab,”Jika engkau melihat ada hamba tertidur, bangunkan dia dan ajaklah berbicara tentang kebebasan.”

ORANG TERPUJI
Sungguh terpuji orang yang malu bila menerima pujian, dan tetap diam bila tertimpa fitnah.

BERJALAN SEIRINGAN
Aku akan berjalan bersama mereka yang berjalan. Kerana aku tidak akan berdiri diam sebagai penonton yang menyaksikan perarakan berlalu.

DOA
Doa adalah lagu hati yang membimbing ke arah singgahsana Tuhan meskipun ditingkah oleh suara ribuan orang yang sedang meratap.

PENYIKSAAN
Penyiksaan tidak membuat manusia tak bersalah jadi menderita: penindasan pun tak dapat menghancurkan manusia yang berada di pihak Kebenaran: Socrates tersenyum ketika disuruh minum racun, dan Stephen tersenyum ketika dihujani dengan lemparan batu. Yang benar-benar menyakitkan hati ialah kesedaran kita yang menentang penyiksaan dan penindasan itu, dan terasa pedih bila kita mengkhianatinya.

KATA-KATA
Kata-kata tidak mengenal waktu. Kamu harus mengucapkannya atau menuliskannya dengan menyedari akan keabadiannya.

BICARA WANITA
Bila dua orang wanita berbicara, mereka tidak mengatakan apa-apa; tetapi jika seorang saja yang berbicara, dia akan membuka semua tabir kehidupannya.

KESEDARAN
Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari kebodohanku itu, dan di situlah terletak kehormatan dan pahalaku.

ILMU DAN AGAMA
Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar.

NILAI BURUK
Alangkah buruknya nilai kasih sayang yang meletakkan batu di satu sisi bangunan dan menghancurkan dinding di sisi lainnya.

MENUAI CINTA
Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.

KEHIDUPAN
Sebab kehidupan tidak berjalan mundur, pun tidak tenggelam dimasa lampau.

KERJA
Kerja adalah wujud nyata cinta. Bila kita tidak dapat bekerja dengan kecintaan, tapi hanya dengan kebencian, lebih baik tinggalkan pekerjaan itu. Lalu, duduklah di gerbang rumah ibadat dan terimalah derma dari mereka yang bekerja dengan penuh suka cita.

SELAMATKAN AKU
Selamatkan aku dari dia yang tidak mengatakan kebenaran kecuali kalau kebenaran itu menyakiti; dan dari orang yang berperilaku baik tetapi berniat buruk; dan dari dia yang memperoleh nilai dirinya dengan mencela orang lain.

CINTA
Salahlah bagi orang yang mengira bahwa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan yang terus menerus.

Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad.

CINTA
Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.

CINTA
Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.

CINTA
Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat- hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.

CINTA
Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang

ATAS NAMA CINTA
Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.

CINTA YANG BERLALU
Cinta berlalu di depan kita, terbalut dalam kerendahan hati; tetapi kita lari daripadanya dalam ketakutan, atau bersembunyi di dalam kegelapan; atau yang lain mengejarnya, untuk berbuat jahat atas namanya.

CINTA LELAKI
Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan, yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan.

TAKDIR CINTA
Aku mencintaimu kekasihku, sebelum kita berdekatan, sejak pertama kulihat engkau.

Aku tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.

CINTA PERTAMA
Setiap orang muda pasti teringat cinta pertamanya dan mencuba menangkap kembali hari-hari asing itu, yang kenangannya mengubah perasaan direlung hatinya dan membuatnya begitu bahagia di sebalik, kepahitan yang penuh misteri.

LAFAZ CINTA
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu… Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

LAFAZ CINTA
Jangan menangis, Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah, kerana kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.

KALIMAH CINTA
Apa yang telah kucintai laksana seorang anak yang tak henti-hentinya aku mencintai… Dan, apa yang kucintai kini… akan kucintai sampai akhir hidupku, kerana cinta ialah semua yang dapat kucapai… dan tak ada yang akan mencabut diriku dari padanya

CINTA DAN AIRMATA
Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.

WANITA
Seorang wanita telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah suatu kebenaran, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan.

BANGSA
Manusia terbahagi dalam bangsa, negara dan segala perbatasan. Tanah airku adalah alam semesta. Aku warganegara dunia kemanusiaan.

KESENANGAN
Kesenangan adalah kesedihan yang terbuka bekasnya. Tawa dan airmata datang dari sumber yang sama.
Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa menampung kebahagiaan;

WARISAN
Manusia yang memperoleh kekayaannya oleh kerana warisan, membangun istananya dengan yang orang-orang miskin yang lemah.

RESAH HATI
Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya, bagaimanakah dia akan bisa
memperolehinya kembali?

JIWA
Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan cinta… terus hidup… sampai kematian datang dan menyeret mereka kepada Tuhan.

LUAHAN
Setitiss airmata menyatukanku dengan mereka yang patah hati; seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan… Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan…dari aku hidup menjemukan dan putus asa.

LAGU KEINDAHAN
Jika kamu menyanyikan lagu tentang keindahan, walau sendirian di puncak gurun, kamu akan didengari.

DIRI
Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia.

TEMAN MENANGIS
Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu.

PEMAHAMAN DIRI
Orang-orang berkata, jika ada yang dapat memahami dirinya sendiri, ia akan dapat memahami semua orang. Tapi aku berkata, jika ada yang mencintai orang lain, ia dapat mempelajari sesuatu tentang dirinya sendiri.

HATI LELAKI
Ramai wanita yang meminjam hati laki-laki; tapi sangat sedikit yang mampu memilikinya.

PENULIS
Kebanyakan penulis menampal fikiran-fikiran mereka yang tidak karuan dengan bahan tampalan daripada kamus.

HARTA BENDA
Harta benda yang tak punya batas, membunuh manusia perlahan dengan kepuasan yang berbisa. Kasih sayang membangunkannya dan pedih peri nestapa membuka jiwanya.

OBOR HATI
Tuhan telah menyalakan obor dalam hatimu yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan; sungguh berdosa jika kita memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.

KESEPIAN
Kesepianku lahir ketika orang-orang memuji kelemahan-kelemahanku yang ramah dan menyalahkan kebajikan-kebajikanku yang pendiam.

KEABADIAN PANTAI
Aku berjalan selalu di pantai ini. Antara pasir dan buih, Air pasang bakal menghapus jejakku. Dan angin kencang menyembur hilang buih putih. Namun lautan dan pantai akan tinggal abadi

MEMAHAMI TEMAN
Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.

MANUSIA SAMA
Jika di dunia ini ada dua orang yang sama, maka dunia tidak akan cukup besar untuk menampung mereka.

MENCINTAI
Kekuatan untuk mencintai adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepada manusia, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta.

CERMIN DIRI
Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu,
kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata,
Aku cinta kamu.
Tetapi sebenarnya, kamu mencintai dirimu dalam diriku

KEBIJAKSANAAN
Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.

KEBENARAN
Diperlukan dua orang untuk menemui kebenaran; satu untuk mengucapkannya dan satu lagi untuk memahaminya.

Read rest of entry

IMTIHAN NISF FATRAH

Musim imtihan nisf fatrah sudah bermula minggu ini. I have 2 papers on thursday(05/02/2009), HIST 1000 and COMM 1010. Manakala pada hari jumaat, saya ada imtihan untuk madah FIQH LUGHAH.

Bila tiba musim imtihan begini, saya bimbang dengan kualiti kesihatan saya. Seperti biasa, "migrain dan gastrik" akan datang menyapa. Saya sendiri tak pasti bila saya "berkenalan" dengan penyakit ni. Yang pasti, penyakit ni bertambah "akrab" dengan saya semenjak saya menuntut ilmu di IIUM. Ditambah pula dengan "cyst" yang menjadi teman baru saat saya belajar ditahun 2. Pernah saya cuba kuatkan semangat untuk mengambil 19-21 kredit hour. Tapi, selepas 2 minggu saya terpaksa akur dengan hakikat. Saya tak cukup tenaga. Saya futur. Saya terdampar diatas katil.

ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambNYA. Saya tahu ini dugaan dan ujian dariNYA. Mudah-mudahan setiap dugaan ini saya dapat hadapi dengan sabar dan tabah. Bukankah sakit itu salah satu penghapus dosa, andai kita dapat menerimanya dengan hati yang ikhlas dan redha?

Buat sahabat-sahabat, doakan kesihatan saya. Doakan saya dapat buat yang terbaik untuk semester ini.
Read rest of entry
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers