YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

IMTIHAN NISF FATRAH

Musim imtihan nisf fatrah sudah bermula minggu ini. I have 2 papers on thursday(05/02/2009), HIST 1000 and COMM 1010. Manakala pada hari jumaat, saya ada imtihan untuk madah FIQH LUGHAH.

Bila tiba musim imtihan begini, saya bimbang dengan kualiti kesihatan saya. Seperti biasa, "migrain dan gastrik" akan datang menyapa. Saya sendiri tak pasti bila saya "berkenalan" dengan penyakit ni. Yang pasti, penyakit ni bertambah "akrab" dengan saya semenjak saya menuntut ilmu di IIUM. Ditambah pula dengan "cyst" yang menjadi teman baru saat saya belajar ditahun 2. Pernah saya cuba kuatkan semangat untuk mengambil 19-21 kredit hour. Tapi, selepas 2 minggu saya terpaksa akur dengan hakikat. Saya tak cukup tenaga. Saya futur. Saya terdampar diatas katil.

ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambNYA. Saya tahu ini dugaan dan ujian dariNYA. Mudah-mudahan setiap dugaan ini saya dapat hadapi dengan sabar dan tabah. Bukankah sakit itu salah satu penghapus dosa, andai kita dapat menerimanya dengan hati yang ikhlas dan redha?

Buat sahabat-sahabat, doakan kesihatan saya. Doakan saya dapat buat yang terbaik untuk semester ini.
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers