YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

THE CHILDREN SAIDATINA KHADEEJAH BORE TO PROPHET MUHAMMAD(PBUH)

1-ALQASIM
2-'ABDULLAH
3-AT-TAYYIB(also known as ATTAHIR)
4-RUQAYYAH
5-ZAINAB
6-UMMU KULTHUM
7-FATIMAH

All of this male children from Saidatina Khadeejah died before Islam; as for his daughters, they all lived to see the advent of Islam and they believed and migrated with him to Madinah Munawwarah. 'Uthman Bin 'Affan married Ruqayyah and then 'Umm Kulthum after the death of the former, but after sometime, she was also taken by ALLAH. Fatimah, who are youngest daughter(known as FATIMAH AZZAHRA), married 'Ali Bin Abu Talib and she bore him ALHASAN & ALHUSAIN.

WALLAHUA'LAM

Reff:Wives of prophet(pbuh),Maktabah Darussalam
Read rest of entry

AWAL TANGISANKU

YA ALLAH...
Syukurku kehadratMU...
Kerana memberi peluang aku disini...
Ini adalah awal tangisanku...
Kala aku dilahirkan dari rahim ibu tercinta..

RABBI...
Jangan kau palingkan aku darimu...
Tetapkanlah nikmat Iman dan Islam yang KAU anugerahkan ini...
Moga lisan dan hati ini akan terus melafazkan ikrar padamu...
Hingga ke denyutan nadi terakhir....
أشهد أن لا اله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله


Pesanan dan ucapan dari mak :
"Selamat hari lahir.Mak tak ada hadiah nak bagi, mak hanya dapat doa.
Mak doakan semoga panjang umur, jadi anak yang baik, dengar nasihat mak bapak, tercapai apa yang adik nak, jaga diri baik-baik, jangan buat perkara yang tak senonoh..."
__________________________________________________
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG
FROM HIM : EGYPT

Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang

Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita 'kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang pulang

Ku nanti penuh kerinduan

Selamat tinggal, selamat jalan


Aku hanya inginkan engkau setia

Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Read rest of entry

KEHIDUPAN BARU

Hampir sebulan 2008 meninggalkan kita… suka,duka,sedih,gembira,bahagia,pahit,manis...segalanya akan tersusun dan tersimpan rapi didalam kotak minda yang bernama “kenangan”….segala yang manis akan terus tersemat dihati lantas bibir akan mengukir senyuman saat terkenang setiap detik peristiwa itu…manakala yang pahit memang sakit saat dilalui…namun ianya akan kembali menjadi manis bila dikenang kelak…Apa yang penting, semua itu akan menjadi salah satu harta yang berharga yang bernama “LAGENDA KEHIDUPAN” untuk diwarisi zaman berzaman….

BERKONGSI KEGEMBIRAAN….
2008 ; kehidupan yang baru bagi saudara-saudara saya yang baru “mendirikan masjid” dan tidak lupa juga kepada yang baru mendirikan “separuh tiang masjid”(bertunang). Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan TAHNIAH kepada mereka, semoga REDHA ILLAHI sentiasa mengiringi kehidupan kalian dan semoga ikatan yang dibina menyuburkan lagi benih-benih mawaddah warahmah seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang mendapat “tarbiyah kamilah” daripada walidain yang sentiasa mengamalkan pegangan indahnya hidup dalam DINULLAH. Amin.

SELAMAT PENGANTIN BARU

• IIN ERMAWATI BTE QAYYUM & BUDI




• MUHAMMAD AMINULLAH HJ IKHLAS & NORAEN (06 JULY 2008)




• KAMARIAH BTE SALIM & SUAMI ( 3 DEC 2008)




• MOHD RASIS YAKKUB & SITI SAMSIAH (13 DEC 2008)



SELAMAT BERTUNANG

• SITI FATIMAH ABDULLAH & SAIFULLAH ZAINAL (6 DEC 2008)




• MARA’ATUSSOLEHA & ZAZALI (7 DEC 2008)

Read rest of entry

CORETAN HATI BUAT DIA YANG KUPANGGIL ANGAH

Angah...
Maafkan aku andai aku pernah mengguris hatimu…
Teguranku tanda sayangku padamu
Agar angah sentiasa menjadi kakak yang terbaik dalam hidupku…

Angah...
Aku tidak mahu angah dipandang jelek…
Aku tidak mahu angah dipandang remeh…
Kerana aku tahu…
Angahku seorang yang berharga….

Angah...
Aku pernah mengasarimu..
Bukan bererti aku tidak menghormatimu…
Hanya sekadar dentuman suara seorang adik…
Yang tidak mahu kakaknya hanyut dalam kesilapan…

Angah...
Hati ini hiba..
Andai terjadi perbalahan diantara kita…
Aku terseksa andai terasing dari angah…

Angah...
Ujian adalah hikmah dan pengajaran…
Ujian adalah guru yang berharga…
Ujian adalah penghapus dosa…

Jangan mengalah dengan cabaran…
Jangan tersungkur dengan dugaan…

Kuharap angah sabar...
Kuharap angah tabah...
Kuharap angah gagah...

Angah...
Kuatkan semangat angah…
Kerana angah adalah semangat hidupku…
Kerana angah adalah semangat juangku…

Angah...
Angah jangan bersedih…
Angah jangan berduka…
Usaplah airmata angah…
Jangan mengalir lagi…
Kerana semua itu akan mengundang tangisan hatiku…

Angah...
Cekalkan hati angah…
Kerana angah adalah serikandi…

Kuraikan kebahagiaan angah…
Kutangisi kesedihan angah…
Kerana angah adalah jiwaku…
Kerana angah adalah nadiku…

Kudoakan sinar bahagia menjadi milik angah suatu hari nanti…
Sinar bahagia yang takkan pernah pudar…
Menyinari hidup angah buat selamanya...


“ Angah…Aku sayang angah…………………”
Read rest of entry

TA'ARUF


NAMA: SALWIYA ABDULLAH
TARIKH LAHIR: JANUARI 1986
TEMPAT LAHIR: JOHOR BAHRU
ALAMAT : SUNGAI TIRAM, ULU TIRAM JOHOR.

PENDIDIKAN:

TABIKA KEMAS 1992
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI 1993-1998
SEKOLAH AGAMA ARAB ANNUR 1999- JUN 2001
SEKOLAH AGAMA ARAB BUGISIAH JUN 2001-2003
MAAHAD JOHOR 2004
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA 2005/2006 - ______

NAMA BAPA: ABDULLAH RAFII
ASAL: INDONESIA
NAMA IBU: MASIDAH MATBAR
ASAL: INDONESIA
BILANGAN ADIK BERADIK: 4 ORANG

SAIFUL ASWAN ABDULLAH
SITI FATIMAH ABDULLAH
SALWIYA ABDULLAH
MOHD AIDIL IKHWAN ABDULLAH

MEMPUNYAI SEORANG LAGI KAKAK (ROSMAWATI ABDULLAH ), NAMUN TELAH MENINGGAL DUNIA DI INDONESIA, KETIKA BERUSIA 3BULAN. SAYA JUGA MEMPUNYAI SEORANG KAKAK IPAR YANG "CUN", NORMAHSITA BASIR DAN SEORANG ANAK BUAH YANG SANGAT COMEL YANG BERNAMA " NADIRATUL FARHANAH BTE SAIFUL ASWAN". KINI BERUSIA SETAHUN. SAYA BELUM BERKAHWIN, TAPI "NOT AVAILABLE"...=)

SEBAGAI MANUSIA BIASA, SAYA JUGA MEMPUNYAI
CITA-CITA DAN IMPIAN. NAMUN BIARLAH ITU SEMUA MENJADI "PRIVACY" HIDUP SAYA...WALLAHUA'LAM.
Read rest of entry

SALAM WANGIAN SYURGAWI

AHLAN BIKUM WAMARHABAN BIKUM

Puji dan syukur selayaknya di rafa’kan kehadrat ALLAH s.w.t. Selawat dan salam keatas junjungan besar NABI MUHAMMAD s.a.w para sahabat dan seluruh ahli keluarga baginda. Salam sejahtera keatas para mujahidin dan mujahidat yang berjuang menegakkan KALAMULLAH…Semoga NASRULLAH sentiasa mengiringi kalian dalam memperjuangkan AGAMA ALLAH yang suci ini.

Blog ini hanya sekadar luahan isi hati melalui coretan tinta maya. Sebagai seorang pelajar, terlalu banyak kekurangan yang ada khususnya dalam bidang ilmu, duniawi atau ukhrawi. segala kesilapan atau kesalahan posting yang akan di “publish” mohon teguran dari sesiapa sahaja yang sudi membaca. WALLAHUA’LAM….
Read rest of entry
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers