YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

CORETAN HATI BUAT DIA YANG KUPANGGIL ANGAH

Angah...
Maafkan aku andai aku pernah mengguris hatimu…
Teguranku tanda sayangku padamu
Agar angah sentiasa menjadi kakak yang terbaik dalam hidupku…

Angah...
Aku tidak mahu angah dipandang jelek…
Aku tidak mahu angah dipandang remeh…
Kerana aku tahu…
Angahku seorang yang berharga….

Angah...
Aku pernah mengasarimu..
Bukan bererti aku tidak menghormatimu…
Hanya sekadar dentuman suara seorang adik…
Yang tidak mahu kakaknya hanyut dalam kesilapan…

Angah...
Hati ini hiba..
Andai terjadi perbalahan diantara kita…
Aku terseksa andai terasing dari angah…

Angah...
Ujian adalah hikmah dan pengajaran…
Ujian adalah guru yang berharga…
Ujian adalah penghapus dosa…

Jangan mengalah dengan cabaran…
Jangan tersungkur dengan dugaan…

Kuharap angah sabar...
Kuharap angah tabah...
Kuharap angah gagah...

Angah...
Kuatkan semangat angah…
Kerana angah adalah semangat hidupku…
Kerana angah adalah semangat juangku…

Angah...
Angah jangan bersedih…
Angah jangan berduka…
Usaplah airmata angah…
Jangan mengalir lagi…
Kerana semua itu akan mengundang tangisan hatiku…

Angah...
Cekalkan hati angah…
Kerana angah adalah serikandi…

Kuraikan kebahagiaan angah…
Kutangisi kesedihan angah…
Kerana angah adalah jiwaku…
Kerana angah adalah nadiku…

Kudoakan sinar bahagia menjadi milik angah suatu hari nanti…
Sinar bahagia yang takkan pernah pudar…
Menyinari hidup angah buat selamanya...


“ Angah…Aku sayang angah…………………”
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers