YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

"MALIGNANT MELANOMA"

Malignant Melanoma adalah salah satu penyakit kanser yang sedang mengganas dewasa kini. Jumlah pesakit yang diserang semakin bertambah khususnya dikalangan remaja puteri yang sedang beranjak dewasa.

Menurut kajian, penyakit ini berpunca dari pancaran sinar matahari yang terik untuk jangla masa yang lama. Biasanya, tempat yang mudah diserang dan menjadi tapak permulaan bagi penyakit ini adalah di bahagian kaki, betis dan paha.

Ia akan kelihatan seperti tonjolan kecil yang berwarna hitam. Kemudian, menjalar ke seluruh tempat dan arah. Tonjolan yang pada mulanya kecil itu pula akan semakin membesar dan mengembang. Akibatnya, ia akan menyerang tali-tali limpa yang terletak di atas paha, menyerang darah, dan menghancurkan jantung. Malah ia juga boleh merebak ke seluruh anggota tubuh.

Jika kita fikirkan dengan lebih mendalam, inilah salah satu hikmah yang tersirat disebalik perintah ALLAH kepada kaum HAWA agar menutup aurat dan tidak meniru budaya barat dalam berhias.

Firman ALLAH dalam surah Al Ahzab-59:

“ Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak prempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang”

"Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah seperti dahulu" Al Ahzab-33


Sesungguhnya maksud “tidak diganggu” disini bukanlah kerana gangguan sesama manusia sahaja, tetapi juga gangguan yang berbentuk penyakit yang akan menyerang anggota tubuh yang terdedah terutamanya kaki dan paha.

( Jadi, kepada mereka yang suka mamakai seluar pendek bila keluar rumah, atau yang terlalu berat dan memandang remeh pada "stokin", atau yang terlalu mengikut-ngikut fashion barat sehingga terdedah segala aurat, berhati-hatilah! Anda berada di zon yang merbahaya! )

Begitu besar kasih sayang ALLAH kepada kita yang bergelar MUSLIMAH. Setiap perintahnya telah nyata terdapat 1001 hikmah yang agung.Lantas, mengapa masih ada lagi diantara kita yang memungkiri perintah itu?


Ayuhlah saudariku...
Usah beralasan lagi...
Sama-sama kita laksanakan tuntutanNYA...
Tutuplah auratmu...
Labuhkan jilbabmu..
Kau akan kelihatan manis...
Malah bertambah ayu...
Percayalah.....

"SAYANGI ALLAH & RASULNYA…..
SAYANGI TUBUH KITA……"

******************************
Sumber maklumat: MUKJIZAT ILMIAH DALAM ALQURAN(DIBAWAH TAJUK: BAJU ISLAM BAGI WANITA)
oleh: M.Kamil Abdushsyamad
Olahan semula: Saya

*penyakit kanser kulit ini bukan sahaja menyerang kaum HAWA, malah kaum ADAM juga. Biasanya bagi kaum ADAM ia mula bertapak di telinga atau badan.WALLAHUA'LAM.

Berikut link yang boleh anda layari untuk informasi lebih lanjut.

MALIGNANT MELANOMA 1 - 2 - 3
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers