YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

SYUKUR DAN MAAF

SUJUD PADA ILLAHI
TANDA SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA

ALHAMDULILLAH...Tindakan pantas a.epul, rakan-rakan dan anggota polis mengawal bustand larkin berbaloi...Aisyah telah ditemui pada hari khamis sekitar jam 2.30 ptg. Aisyah masih dalam keadaan trauma. Kes masih dalam siasatan.Apapun kami bersyukur Aisyah dalam keadaan selamat. Esok(ISNIN:8JUN) Aisyah akan disoal siasat di balai polis. Kemudian menguruskan urusan pertukaran sekolah sebagai langkah keselamatan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi mendoakan. Jazakumullahukhairan kathiran.

********************************

MUTA'ASSIFAH

Minta maaf kepada semua kerana sepanjang minggu lepas sesi Hayya Bil arabiah banyak yang tertinggal. Masa dan keadaan tidak mengizinkan. Siaran ulangan pun saya tidak berkesempatan untuk mengikutinya. Weekend yang lepas saya terlalu sibuk. Hari Jumaat bermusafir dari KL pulang ke Johor Bahru. Hari Sabtu Johor Bahru-Muar-Johor Bahru. Bersama keluarga besar, mengiringi adik sepupu untuk majlis "sambut menantu" di rumah suaminya sekaligus menziyarahi usrah bakal zauj. Kemudian pagi Ahad bersiap-siap untuk pulang ke KL semula. Tiba di UIA waktu isya'. Terlalu letih. Mata ni asyik nak terlelap. Mudah-mudahan ALLAH beri kekuatan untuk menghadiri muhadharah, 2pm esok.
-siti, adil & a.epul ketika ziyarah rumah bakal zaujy-

 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers