YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI.


1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunanaikan haknya.

2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.

3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya

4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.

5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.

7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat
persediaan untuk selepas kamu mati.

8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan
diri kamu sendiri.

9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya

10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers