YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

KISAH CINTA DIBULAN RAMADHAN




Tiada lafaz yang lebih indah, selain berzikir dengan ASMA' ALLAH dan berselawat keatas Rasulullah, khairu khalqillah. Tirai ramadhan hampir ditutup...selagi diberi qudrat, sama-samalah merebut pahala yang berganda di bulan yang penuh maghfirah, rahmat dan barakah ini. Adakalnya diri tetap leka dengan nikmat dunia. Mujur masih ada iman dan akal yang mampu mengawal si rakus yang bernama NAFSU. Walaupun wanita ma'ruf dengan 1 akal dan 9 nafsu, mudah-mudahan diriku mampu menggunakan satu-satunya akal ini agar ia sentiasa a'la daripada musuhnya(nafsu).....

SURATAN ATAU KEBETULAN
Tak tahu mengapa, minggu ni 3 sahabat dari departmant berlainan mengadu kisah cintanya. Walhal, kami tidaklah begitu rapat. Mafi musykilah.....selagi tidak mengganggu waktu-waktu khusus saya, saya sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar setia....


KISAH 1


Ketika moreh selepas solat tarawih.
"akak...makanlah kuih ni, jangan malu-malu...."

" terima kasih banyak-banyak... akak bukan tamu, tak perlulah hidang-hidang...nanti kalau akak nak akak ambil sendiri..."

Itu fenomena hiwar yang sering kali berulang antara saya dan ani(bukan nama sebenar) , selaku ajkt dakwah mahallah. Ketika kami asyik menikmati kuih dan syai,tiba-tiba ani bersuara.

"Akak...sedihlah....CINTA SAYA TIDAK KESAMPAIAN......"

"Eh....kenapa ni.....?"

"Saya berkawan dengan seseorang. Saya hormat dia. Saya kagum dengan dia. Dia baik, soleh. Alhafiz. Memang kami berkawan biasa sahaja, tapi kalau saya cuba nak menjauh, dia makin dekat dengan saya. Setiap kata-kata dia, selalu bagi harapan pada saya. Pernah saya dengar dia dan seorang sister ni bercouple. Saya tanya baik-baik, tapi dia menafikan. Dia yakinkan saya yang dia masih single. dan tak mau saya fikir tentang kata-kata orang. Saya pernah nak pinjam buku dia, dia kata dah bagi orang lain. saya tak kisah, saya cari kawan lain untuk pinjam buku yang sama. tiba-tiba dia kata, dia gurau je, buku dia ada, buat ape nak pinjam orang lain punya...dia bersungguh suh saya pakai buku dia dan suruh saya pulang semula buku yang dah saya pinjam. tak beri harapan ke namanya tu kak? waktu haro lahir saya, dia tanya saya, nak hadiah ape? nak hadiah yang cepat habis atau hadiah yang boleh simpan buat kenangan....? apa maknanya tu kak? buat apa dia layan saya macam tu sekali? hatta kawan-kawan saya sendiri perasan dia layan saya lain...istimewa.... Saya tak mau bermain dengan perasaan saya sendiri, saya beranikan diri untuk bertanya, tentang isi hati.....dia tolak saya...tapi tak cakap direct dengan saya. dia msg kawan baik saya. dia aibkan saya. dia kata saya terhegeh-hegeh kat dia....sedihnya saya kak....terkejut saya dia buat macam tu. dia ingat kawan saya yang dia msg tu tak tau semua pasal kami. walhal dari a-z saya sentiasa cerita apa sahaja tentang dia dan saya...Jadi kawan saya tak endah msg dia, dan suruh saya bersabar. yang saya tak boleh terima, dia nafikan pada saya kisah yang dia "dah berpunya". Tapi dia bagitau pada kawan saya dia dah berpunya.lebih menyedihkan bila wanita tu adalah wanita yang dia nafikan depan saya.A pa maknanya semua ni kak? Saya sedihla....dulu saya berkawan dengan orang biasa-biasa. agama tak seberapa, bila dia pergi dari hidup saya, dia buat hal...saya tak kisah. tapi ini? orang yang saya pandang soleh kak....Al hafiz pulak tu....dikagumi ramai...orang hormat dia...tap apa kak? saya rasa sama jek dengan orang yang biasa-biasa tu....hmmm....betullah kata akak, jangan mudah percaya dengan lelaki...walaupun dia sentiasa berkopiah/bersongkok putih................"

"Jangan anggap semua lelaki berkopiah macam tu, hanya segelintir sahaja. Ala kulli haal berhati-hati dalam berkawan. wanita yang baik kan untuk lelaki yang baik....Akak tahu hati budi ani, ani seorang yang baik. Bersyukur sangat ALLAH dah tunjuk awal-awal lagi dia dah berbohong dan khianat pada ani. Itu tandanya dia memang jelas tak baik...Tak sesuai untuk orang sebaik ani...."

" sungguh ke sya baik kak....? saya tak dapat macam yang akak dapat...akak jagalah elok-elok tau...Kalau saya, saya tak nak pikir lagi pasal lelaki..saya nak jadi macam rabiatuladawiyah....saya harapkan cinta ALLAH je sekarang ni....akak doakanlah saya...."

******************************************

KISAH 2


IIUM SHAHS MOSQUE.
Selesai berwudhu' untuk solat zuhur. Tiba-tiba terserempak dengan kak zu(bukan nama sebenar).

"Sal....lama tak jumpa.apa khabar...?"

"ALHAMDULILLAH...sihat kak.."

"EH....dah walimah ke belum ni? "

"Belum ada rezeki kak..."

"Lamanya...habis bila nak langsung?"

"InsyaALLAH....ada rezki nanti langsung...doakanlah.."

"Sal ada masa tak? akak nak tanya sesuatu lah..."

"Insyaallah ada waktu. kelas saya pukul 3.30pm nanti....nak tanya ape?"

"Malu nak cakap, akak....ada berkawan dengan seseorang. Akak yang taqdim dia...ALHAMDULILLAH jawapannya positif. Yang jadi masalah sekarang ni...akak tak mampu jaga hati. Asyik nak teringat je....terbayang je muka dia. Takutnya akak...Macam mana ni?"

"Ada rancang ke arah perkahwinan tak kak? Kalian berdua dah sama-sama istikharah?

"ALHAMDULILLAH sudah....memang kami dah sepakat. Tapi bagi pihak dia, ada maslaah sedikit. dia ada tanggungjawab. Dia kata, paling awal pun boleh langsung aqad 3 tahun dari sekarang...tu paling awal...bayangkanlah...macam mana akak nak tunggu 3 tahun tu? sekarang je pun akak asyik nak terpikir dia je.....ada tak petua nak jaga hati? bagitaulah akak....."

Saya terkedu sebentar...mengimbas kembali antara saat-saat perjuangan dalam hidup saya. Melawan ihsas untuk menjaga hati. Hanya ALLAH dan bakal zauj yang tahu. Jatuh bangun kami memperjuangkan segala-galanya...

*jawapan saya untuk soalan kak zu ketika itu tak dapat saya paparkan disini.SIR.
*********************************************************

KISAH 3


Perjalanan pulang dari bazar ramadhan ke mahallah bersama kak ayu(bukan nama sebenar).

"Sal....tanya sikit boleh...."

"Tanya apa kak..."

"Kalau kita suka seseorang...memang kita dapat tahu dan rasa ke yang dia tu bakal suami kita.....?"

"Soalan akak ni bagi saya agak subjektif....benda berkait dengan ihsas kak..itu terletak dalam hati masing-masing macam mana nak menilai..."

"Habis...macam mana sal boleh terima bakal suami sal tu? Apa yang sal rasa masa terima dia? macam mana buat keputusan?"

" Dia taqdim saya sebelum bertolak ke mesir...Sepanjang berjauhan, saya pikir balik apa ihsas saya pada dia...Saya rasa selesa bila dengan dia, banyak keserasian..bahagia yang saya rasa lain...saya rasa tenang...yang paling penting dia selalu ajak saya untuk lebih dekat dengan ALLAH...Kemudian saya laksanakan usha terakhir, DOA, HAJAT & ISTIKHARAH...sebelum hubungan kami pergi lebih jauh....saya suruh diapun istikharah juga...dia tak bagitau saya jawapan istikharah dia. Tapi selepas 2 tahun,dia balik cuti ke malaysia dan dia tekad untuk merisik saya, itu jawapan yang sudah memadai bagi saya untuk istikharah yang dia buat....WALLAHUA'LAM... eh...jawapan saya dah terkeluar tajuk ke kak....maaf kalau tak da jawapan untuk persoalan akak. tapi itulah proses yang saya lalui berkait dengan hal-hal proses menerima bakal suami ni......kenapa ni kak...akak tengah dirisik orang ke? "

"hihihihi….takdelah...... ...(tersipu-sipu malu...) "

"hmmm....takpelah kalau akak tak nak berterus terang... pesan saya, akak pikirlah elok-elok sebelum buat keputusan. Nak pilih calon suami ni, dengan "rasa" sahaja tak cukup kak...Apa yang penting banyakkan doa dan minta petunjuk dari ALLAH.....saya tak masyi lagi soal ni. Akak cuba tanya pada akak-akak yang mutazawwijah. Mungkin mereka boleh beri jawapan yang lebih memuaskan hati akak....."

***************************************




CATATAN BUAT

KISAH 1:
Berpeganglah dengan kalamullah ini...
والطيبت للطيبين والطيبون للطيبت
Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) . Surah Annur 24:26

Cinta ALLAH adalah segala-galanya. Cinta yang hakiki. Cinta yang tidak mati. Berserahlah padanya, hulurkan seluruh cintamu padanya. Moga suatu hari nanti DIA anugerahkan seorang lelaki yang soleh untukmu, sebagai balasan rasa cintaNYA padamu.

KISAH 2:
Penyair Arab ada mengatakan:

Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi.

Cinta yang lalai hanya akan membawa kita kepada sifat alpa, dan seterusnya kita hanyut dan lalai dari mempersiapkan diri untuk keperluan dunia akhirat. Sama-samalah kita menjaga perasaan cinta ini. Sentiasa betulkan niat, semoga ALLAH sentiasa memandu kita agar cinta insan yang hadir berada dilandasan yang diredhaiNYA.

KISAH 3:
Pesan RASULULLAH SAW,
" Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa.~Riwayat Albaihaqi~

Doa yang ingin saya kongsi bersama,

اللهم زَوِّجْنِي زَوْجًا صَالِحًا

ربَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا قُرَّةَ أَعْيُن وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا


*********************


LUAHAN HATI

Kepada sahabat-sahabat yang sering bertanya dan mempersoalkan bila walimah saya akan berlangsung? Kenapa lama sangat mengikat?

Fahamilah......
ليس للمتحبابين مثل النكاح
"Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah"
~Riwayat Suyuti~ ّ

Begitu jugalah yang kami rasakan.Bukan kehendak kami menunda tarikh untuk disatukan, menghalalkan segala yang haram sekaligus menunaikan sunnah Rasul tercinta.

Bagi mereka yang telah disatukan, ALHAMDULILLAH. REzeki memihak pada mereka. Namun janganlah mengecam dengan sewenangnya. Fahamilah keadaan kami. Kami harus akur dengan kehendak walidain. Sebagai seorang anak, ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan diutamakan. Kami hanya mampu berharap dan berdoa, agar dipermudahkan segalanya. REDHA ALLAH, REDHA WALIDAIN. Itu yang kami harapkan. Moga sahabat-sahabat memahami.




 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers