YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

'AJIBTU



"Woi budak ISMAN!!"

"Kau orang nampak tak ni??"

"Nak kena seorang satu??"

"Tak reti bahasa ke apa yang Ustaz Khidir cakap??"

Bentak si Najib kepada dua orang mahasiswa sambil menunjukkan penumbuknya.Cuak budak-budak ISMAN dibuatnya.Sejak akhir-akhir Najib berasa jengkel dan meluat apabila mendengar nama ISMAN. Najib yang terkenal tenang orangnya, tiba-tiba boleh meningkat secara mendadak meter api kemarahannya apabila mendengar nama ISMAN.

"Sabar Ustaz Najib…sabar…" "Sabar tu kan separuh daripada iman…"

Pujuk Ustaz Khidir cuba menenangkan keadaan Najib yang diselaputi api kemarahan. Siapa yang tidak kenal Najib ? Mahasiswa tahun 3, apabila api kemarahan dan panas barannya datang maka tidak mampu dikawal lagi.

"Kalau aku nampak lagi kau orang dekat sini siap aku kerjakan!!"

Marah betul Najib petang itu.

Sudahlah ikut jalan belakang,datang pula dengan muka tidak tahu malu hendak 'survey-survey' dewan. Bisikan hati Najib menghasut.

Bukan budak-budak ISMAN itu tidak tahu bahawa pada hari itu Persatuan Anak Negeri Johor Mesir sedang membuat persiapan di dewan untuk acara Hari Terbuka Aidilfitri anak-anak Johor di Mesir. Boleh pula terkeseng-keseng datang menyelinap masuk. Yang makin menaikkan kemarahan Najib bila budak-budak ISMAN ni datang secara sembunyi-sembunyi,tidak dimaklumkan kepada YDP atau ajkt yang berada disitu.

Sudahlah program Iftar Ramadhan yang dianjurkan oleh Persekutuan Mahasiswa Islam Mesir haritu cuba digagalkan oleh mereka.Persatuan anak negeri yang lain pun goyah dengan kerenah mereka. Dan kali ini giliran Persatuan Anak Negeri Johor pula ingin dibadai. Bentak hati Najib.


*******************************


"Assalamualaikum Ustaz Khidir"

Sapa si Mujahid Al-Ansar kepada Yang DiPertua PANJM.

"Walaikumussalam….Ada apa-apa yang boleh ana bantu ke akhi??"

'Ana-anta' adalah kata ganti nama bagi 'saya-awak'.Bahasa Arab.Ianya selalu dikgunakan oleh bangsa Arab sendiri.Mahasiswa-mahasiswa Timur Tengah juga tidak mahu ketinggalan mempraktikan kalimah Arab ini.

"Ini ada kad jemputan untuk menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri ISMAN"

Senyum si Mujahid Al-Ansar sambil menghulurkan kad jemputan Hari Raya

Kepada Ustaz Khidir.

"Eh? Buat di Dewan Rumah Johor Rabi'atul Adawiyah?"

"Ye Ustaz..jemput lah datang ustaz..dari pukul 10 pagi hingga 3 petang"

"Tak..tak,maksud ana,ana tidak tahu pun tentang penggunaan dewan di Rumah Johor ni?

Terkejut Ustaz Khidir apabila melihat kad jemputan yang tertera ;-"Dewan Rumah Johor Rabi'atul Adawiyah –Bertarikh 5 Syawal 1430".Sedangkan pada tarikh itu Persatuan Anak Negeri Johor akan mengadakan Majlis Hari Raya di rumah Johor lama di Arbedeen.

"Tapi Ustaz,kami dah dapat keizinan menggunakan dewan itu dari Warden Rumah Negeri Johor.."

Jelas Mujahid Al-Ansar menerangkan duduk sebenar kekeliruan keadan itu.

"Tapi anta tahu tak prosedur-prosedur antara persatuan??"

Ustaz Khidir meminta penjelasan.

"Err…tapi ustaz…saya hanya menjalankan tugas untuk mengedarkan kad jemputan ini sahaja..malah kami sudah mendapat keizinan ini dari warden Johor semenjak dua minggu yang lalu..yang lain-lain sudah pun diuruskan oleh pelaksana yang diamanahkan.."

"Dua minggu?? Amanah???"


********************************


Malam itu Ustaz Khidir betul-betul tidak boleh melelapkan mata.Jiwa kepimpinannya berkecamuk.Tercabar dia dengan tindakan puak-puak ISMAN.Keharmonian persatuan mahasiswa Johor yang telah lama bermukim di muka bumi mesir ini cuba digoyahkan.Bacaan politiknya selama ini bahawa ISMAN tidak akan dapat menembusi fikrah mahasiswa Johor ternyata meleset.Kali ini Persatuan Anak Johor Mesir cuba diuji.

Jelas-jelas warden tidak meminta pandangan atau memaklumkan sebarang perkara kepadanya.Padahal sudah beberapa pertemuan dalam dua minggu ini diadakan untuk membincangkan tentang majlis sambutan Aidilfitri.Tetapi tidak sekali pun pegawai Johor itu memaklumkan kepadanya.

"Ana tidak tahulah apalah situasi yang sedang anta rasakan sekarang ini.."

Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Syed Ahmad ,Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam Selangor Mesir.Dia lebih berpengalaman menghadapi kerenah ISMAN terhadap mahasiswa Selangor yang cuba ditarik kedalam ISMAN.Mahasiswa-mahasiswa Selangor yang baru adalah sasaran utama mereka sekarang ini.

"Kalau pun fikrah nmahasiswa Johor tidak goyah terhadap ISMAN, tetapi kita perlu sedar, inilah peluang mereka sekurang-kurangnya memperkenalkan ideologi mereka.."

Tambah Ustaz Sulaiman, mantan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Dumyat. Kata-kata beliau makin merunsingkan fikiran Ustaz Khidir.

"Ya Allah…teguhkanlah kesatuan ini ya Rabb…jika kami telah melakukan kemaksiatan maka gantikanlah kami dengan mereka-mereka yang lebih baik dari kami."

Rintih Ustaz Khidir didalam doa selepas melakukan solat hajatnya.Dia meneruskan solat Taubat setelah dimulai dengan Tahajud dan diakhiri dengan tiga rakaat Witir.Dia melakukan qiamullail ringkas di sepertiga malam itu.Memohon petunjuk dan keampunan dari Sang Penguasa.

Sambil berwirid menunggu azan subuh,telefon bimbitnya berbunyi menunjukkan ada mesej baru yang masuk.

"Salam Us Khidir,sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang benar"

Ringkas sahaja pesanan ringkas yang diterimanya dari Presiden Persekutuan Mahasiswa Islam Mesir.Dia telah meminta pandangan dari semua sahabat seperjuangan ketika didalam mesyuarat 'ruassak' tergempar siang tadi.Bertalu-talu sokongan dan dukungan yang diterimanya tadi.Membincangkan tindakan-tindakan ISMAN yang melampau-lampau terhadap Persatuan Mahasiswa Islam Mesir dan Persatuan Anak Negeri yang bernaung dibawahnya.


************************************



"Mereka ini tidak tahu malu ke??? Guna jalan belakang?!"

Bentak Najib lagi melayan barannya.

"Sabar..mereka hendak buat kebaikkan sebenarnya..tapi mereka tidak tahu cara.."

Ustaz Khidir cuba mententeramkan Najib.

"Arhhh….! Matlamat tidak pernah menghalalkan cara Ustaz Khidir..!"

Bentak Najib lagi….

"Sabar Najib…Sabar…"

"Nama sahaja Islamic! Tapi perangai tidak islamic langsung!" "Ikatan Saudara Mukminin Nasional konon!"

Najib terus membentak sambil memulas-mulas penumbuknya.Dia seakan tidak dapat menahan sabarnya lagi.

"Mentang-mentanglah dia berdaftar dibawah Jabatan Penuntut Mahasiswa Malaysia, dia ingat dia boleh buat sesuka hati??"

Geram si Najib.

"Persatuan kita ada pendirian, mereka telah pun mendapat keizinan dari pegawai PANJM.." "Ana telah menjelaskan pendirian kita ketika perjumpaan dengan warden tadi, pendirian kita jelas,kita tidak ada apa-apa hubungan dengan persatuan mereka, pada masa yang sama kita ada Majlis Hari Raya di Rumah Johor Lama Arbedeen dan ana tidak membenarkan semua ahli kita mengikuti program meraka."

Jelas Ustaz Khidir bersama-sama ahli jawatankuasa tadbir PANJM.

"Selepas ini, kita perlu menyusun segala aktiviti dan program kita dengan lebih baik,supaya anak-anak Johor yang bermukim disini tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir yang melabelkan gerakan mereka sebagai gerakan Islam, tetapi mereka tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar."

"Ingatlah wahai sabahat-sahabat,ingtalah kamu wahai para pemimpin,sesungguhnya kesatuan yang kita bawa ini adalah kesatuan yang bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah "

"Selagi kesatuan ini bertapak diatas kedudukan syariat yang Allah redhai,maka selagi itulah kita wajib menjaganya.Janganlah kita yang meruntuhkannya dan jangan pula kita yang cuba menggoyahkan kesatuan ini."

"Wahai para pemimpin,ingatlah kata-kata Imam Saydina Ali: Sesungguhnya kesatuan Islam yang terbina yang tidak mempunyai perancangan akan dikalahkan oleh kesatuan batil yang mempunyai peracangan yang teliti"

Ustaz Khidir mengingatkan ahlijawatankuasa tadbir yang lain dan mengakhiri perjumpaannya….


*Cerpen diatas khalayan semata-mata tiada kena mengena samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..ianya hanya khayalan kreatif penulis yang datang diangin lalu dan dicoretkan diatas kertas dan dipublishkan disini....




p/s:

TAJUK CERPEN: BADAI ISMAN
KARYA: MUHAMMAD ALHIDAYAT KHALID
BLOG: www.salhidayat2u.blogspot.com

Sejujurnya saya agak terkejut bila membaca cerpen ini. Bukan kerana jalan ceritanya. Tapi kerana gerakan hati penulis untuk menghasilkannya. Ala kulli hal, semoga cerpen ini menjadi titik mula untuk dia terus menceburi bidang ini....
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers