YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

BAHASA ISYARAT

Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur. Bahasa isyarat berkembang di kalangan masyarakat tuli, dan juga digunakan oleh suadara-mara penutur tlui, atau jurubahasa.

Terdapat bahasa isyarat yang berjaya diiktiraf sebagai satu bahasa seperti Bahasa Isyarat British atau sebagai bahasa rasmi seperti Bahasa Isyarat New Zealand; ada juga bahasa isyarat lain tidak tidak mendapat pengiktirafan langsung.
Kemajuan bahasa isyarat di dunia boleh dibuktikan dengan kemunculan dan perkembangan dalam puisi bahasa isyarat dan juga persembahan pentas yang lain.(1)




ILMU DI AIDILFITRI
Keinginan untuk mengetahui bahasa isyarat ini melonjak-lonjak sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi bila terasa sukar berkomunikasi dengan seorang adik sepupu yang kurang upaya(bisu dan tuli). Teringat sepupu yang sedang mendalami ilmu Pendidikan Khas di UPM, jadi...pertemuan hari raya ini saya manfaatkan sepenuhnya untuk mempelajari serba sedikit bahasa isyarat dari beliau terutamanya tentang abjad. ALHAMDULILLAH, saya dapat mempelajarinya dengan cepat dan mudah. Selesai belajar abjad, sepupu mengajar juga beberapa perkataan lain seperti ibu, kakak, ayah, abang, adik, cucu, nama, siapa, mengapa, awak, saya dan lain-lain.


Berikut saya sertakan gambar untuk mempelajari abjad bahasa isyarat yang saya dapati dari sesawang berkaitan. SELAMAT BELAJAR!






 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers