YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

دروس عربية

دروس عربية
IKIM.FM
31 MEI 2009

 
تعلم صاحب الحال -نكرة
Belajar "sohibul hal"-umum.

Sohibul Hal biasanya makrifah. Akn tetapi boleh juga jadi nakirah.

CONTOH 1:

ٌيمشي حزينًا مدين

حزينًا: hal

مدينٌ: sohibul hal nakirah

Maksud ayat: Sedang berjalan dalam keadaan sedih orang yang berhutang


CONTOH 2:
*sohibul hal nakirah akan tetapi nakirah yang khusus, dimana keadaannya hampir makrifah

أشفقتُ على طفلةٍ صغيرةٍ تائهةً


طفلةٍ صغيرةٍ: sohibul hal
(asalnya nakirah, tetapi ia menjadi khusus kerana disandarkan dengan sifat/naat (صغيرة).

تائهةً: hal

Maksud ayat: Saya berasa belas kasihan terhadap kanak-kanak kecil yang keadaanya bermundar-mandir

CONTOH 3:
*ayat didahului dengan penafian, maka sohibul hal nakirah

ما خابَ عاملٌ مخلصاً

عاملُ: sohibul hal
(pada asalnya ia makrifah, tetapi ayat telah didahului dengan nafi ما, maka ia boleh jadi nakirah

مخلصاً: hal

Maksud ayat: Tidak kecewa oleh seorang pekerja hal keadaan dia ikhlas

********************************

*Maksud ayat yang termaktub adalah terjemahan asal dari Alfadhil Ustaz Majdi sendiri tanpa saya ubah.


 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers