YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

TAHAJJUD

TAHAJJUD adalah solat yang dilakukan ketika terjaga dari tidur malam, walaupun tidur yang sebentar. 

Ia dilakukan selepas menunaikan solat fardhu isya' sehingga terbit fajar, dan sebaik-baiknya ditunaikan selepas waktu tengah malam @ tengah malam yang terakhir, kira-kira pada pukul 3 pagi.

Bilangan rakaat : 2

Faedah/fadhilat solat tahajjud :-

  1. Mendapat perlindungan dari ALLAH dan terserlah  seri dan kesan ketaatan diwajahnya. 
  2. Dikasihi para ahli ibadat dan orang mukmin
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana
  4. Wajahnya bersih sersinar ketika dihimpun diakhirat kelak
  5. Dimudahkan hisab keatasnya
  6. Melalui siratul mustaqim seperti kilat menyambar
  7. Anugerah catatan amalan dari tangan kanan 

Lafaz Niat

َ أُصَلّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لَِّلهِ تَعَالى

Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana ALLAH Taala

Selepas solat, baca doa berikut .

 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers