YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

NUR KALAM

" Sesungguhnya pujian itu membunuh, teguran itu menghidupkan.

Cela di hadapan itu lebih baik daripada benci dihati............"


Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa yang hari ini sama dengan hari kelmarin, bererti dia telah terpedaya dan barangsiapa hari esoknya lebih buruk daripada hari ini, bererti dia telah terkutuk. Barangsiapa yang tidak berusaha menutupi kekurangannya, maka kuranglah akalnya dan barangsiapa kurang akalnya, maka kematian jauh lebih baik baginya."

Saidina ALi bin Abi Thalib a.s. berkata:
"Perbaikilah sisa umurmu, dan janganlah engkau berkata. (Aku akan melakukannya) besok atau lusa. Sesungguhnya orang-orang terdahulu yang binasa sebelum kamu adalah orang-orang yang bergantung pada angan-angan mereka dan ucapan mereka bahawa aku akan melakukan hal itu, tetapi dia tidak mengerjakannya, sehingga datang azab ALLAH secara tiba-tiba dalam keadaan mereka lalai. Lalu mereka pindah ke alam gelap gelita lagi sempit"
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers