YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

SYAIR LAGU


Lama sudah saya tidak mendengar lagu-lagu terbaru dari kumpulan nasyid MAWADDAH@HAWRA. Kumpulan ini mungkin jarang didengari. Tapi bagi saya, sejak awal kemunculannya lagu-lagu yang didendangkan banyak meninggalkan kesan dalam hati saya dan mampu mengubah saya ke arah kebaikan. Tak semua lagu nasyid yang benar-benar dapat saya hayati walaupun lagu itu membawa message dakwah. Tak tau dimana silapnya. Silap penulis lirik ke? Atau silap orang yang menggubah lagu? Atau mungkin silap penyanyi yang mendendangkan?

Apepun bagi saya bukan mudah untuk menjadi pendakwah walaupun hanya menyampaikan pesan melalui lagu. Jangan fikir hanya sedap menyanyi dengan mikrofon. Jangan fikir asalkan lagu ada message baik dan asyik jika didengar. Tapi fikirlah sama ada message itu sampai atau tidak dihati pendengar, dan pendengar benar-benar terkesan dengan pesanan atau nasihat yang cuba disampaikan melalui lagu tersebut. 

Saya tau tak mudah untuk lakukan semua ini. Sewaktu saya terkesan dengan lagu-lagu MAWADDAH, (terutamanya lagu-lagu KETUHANAN) , saya selalu terfikir, senjata apa yang mereka gunakan sampai air mata saya berjujuran bila mendengar lagu mereka? Rasa takut dan kehambaan memang benar-benar saya rasa. Saya cuba risik dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. dan jawapan yang saya dapat "Antara sebab mengapa MAWADDAH mempunyai ramai ahli kumpulan, mereka meletakkan syarat agar sentiasa melakukan tahajjud malam sebelum bernyanyi. Jadi, siapa yang tidak tahajjud, tidak boleh membuat persembahan". WALLAHUA'LAM.

Fikir-fikirkanlah.

*************

Disini saya sertakan lirik lagu RINTIHAN CINTA yang dipetik dari album Rintihan Cinta-Mawaddah@HAWRA

VIDEO LIVE

Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta Agung
Akupun mahu mencintaiMu
Aku tahu mencintaiMu amat perlu
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
Aku berusaha kearah itu 
Tapi cintaku padaMu TUHAN selalu terganggu

Banyak yang datang mengganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk 
Dunia mempesona menggamit selalu
Diwaktu itu lupa ku padaMu 
Cintaku jauh sekali
Sekali sekala datang juga 
Walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudian lupa lagi….

Adakalanya lupaku padamu berpanjangan sekali 
Kemudian sekali sekala sedar kembali
Engkau cinta Agung 

Engkau patut dicintai 
Selepas itu ku lupa lagi 
Begitu cintaku kepadaMu TUHAN 
Dengan kelalaian selih berganti…
Dengan hati yang sedih ini 
Tolonglah aku dengan rahmatMu
Bantulah aku mencintaiMu 
Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri 
Itulah harapanku padaMu



 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers