YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

JANGAN PERNAH MENYEPI


Adakalanya berlari…
Dengan semangat juang yang tinggi...
Keikhlasan sepenuh hati…
Ayat demi ayat dihayati...
Semata-mata kerana ILLAHI…
Adakalanya berjalan meniti…
Masih berbekalkan ikhlas dihati…
Dengan kesedaran diri...
Dan lafaz masih difahami...
Adakalanya hanya berdiri...
Mula tak pasti...
Apa yang dicari...
Adakalanya langsung menyepi…
Kerana malas menguasai….
Leka dengan urusan duniawi…
Mungkin kau lupa ada yang mencatat dikanan dan kiri…
Bahkan DIA sentiasa memerhati…
Waktu berlalu pergi…
Dan nadi tiba-tiba terhenti…
Apa lagi yang mau kau kesali..?
Hanya catatan dosa besar yang abadi…
Dan azabNYA itu pasti…!

9MEI2009
BA'DA DHUHA
MAHALLAH ASIAH IIUM.
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers