YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

HIKAYAT NIQABI (2)

TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG LURUS

Ayah hanya diam membisu.Saya tahu, ayah seorang yang tenang dan sabar. Dia tak pernah marah dengan apepun kehendak dan tindakan saya selagi ianya tidak melanggar syara’.

Dari mula-mula saya ingin belajar di madrasah, kemudian berhasrat hendak mengaji di Indonesia sewaktu berumur 14 tahun, pindah sekolah selepas PMR dan SMRA, ingin menyambung pengajian ke mesir selepas STAM, dan kini keputusan saya ingin memakai purda.semuanya ayah turuti.Hanya ibu yang melarang. Sebahagiannya sahaja yang terkabul. Sebahagiannya tidak. ALHAMDULILLAH. Saya tetap bersyukur dan akur.

Kembali kepada hikayat niqabi…

Mak dan kakak lebih banyak bersuara. Alangkah bahagianya hati saya, jika kemarahan mak untuk saya melepaskan purda ini sama seperti marahnya mak jika kakak tidak memakai hijab.

Ketika dimarah, saya hanya bungkam menyepi. Entah dari mana saya kumpul kekuatan untuk bersuara

“mak tegurlah jugak kakak yang tak pakai tudung…………..”

“Kurang hajar ek ko ni. Sekolah je tinggi. Tapi menjawab.” Kakak marah dengan kalam saya.

Belum habis kalam saya, dah di label kurang hajar. Kurang hajar ke ayat saya tadi? Atau mungkin kakak marah kerana kalam ni ditujukan untuk dia? Entahlah. Saya bingung. Sungguh berat dugaan ni. Dalam keluarga sendiri pun saya tak mampu untuk bersuara. Amal ma’ruf nahi mungkar ni bukan seorang-seorang. Beramal dan beribadat juga bukan seorang-seorang. Semua ahli keluarga kita ajak sama. Kita pimpin sama-sama untuk menuju redha ALLAH. Itu yang sepatutnya dan itulah impian saya.

Bukan baru kali ini kakak ditegur. Terkadang adik bongsu saya juga turut menegur. Tapi apalah daya, setiap perubahan dalam diri insan itu terletak pada dirinya sendiri.
Saya tidak kata kakak saya jahat. Tidak! Malah bagi saya, dialah kakak terbaik dalam dunia ini. Cuma mungkin dalam soal ini hati kakak masih keras. Seperti batu mungkin. Entahlah. Ikhtiar terakhir saya hanyalah doa. Itulah selemah-lemah iman saya.

Suasana di rumah dingin sebentar. Siang hari saya cuba bersikap tegar. Seperti tiada apa yang berlaku. Malam pula adalah waktu terbaik untuk saya berdoa, merintih dan mengadu padaNYA.menangis sepuasnya. Hanya ALLAH yang TAHU. YE..HANYA ALLAH!

“Kalau ada masalah dengan sesiapa, Baca AL FATEHAH banyak-banyak, niatkan agar dilembutkan hati si fulan….”

Pesanan ustazah sewaktu mengaji di madrasah dulu saya pegang. Saya amal dan niatkan untuk lembutkan hati mak.

ALLAHUMMAHDINASSIROTOL MUSTAQIM

ALLAHUMMA NAWWIR QULUBANA BINURI HIDAYATIK…

ALLAHU YARAHEEM…ALLAHU YA RAHMAN…..ALLAHU YA LATIF.YA LATIF.YA LATIF....

IGHFIRLANA YA ALLAH…

**************************
KEMBALI KE UIA

Waktu cuti berlalu. Saya bersiap untuk pulang ke uia. Seperti biasa, saya iron purda. Mak nampak. Saya bersiap sedia untuk di marah. Tapi mak tidak bersuara apa-apa.
Sikitpun tak marah. Betul ke ni?

Perjalan ke Stesyen bus larkin,dengan ayah.Tiba-tiba teringat…

“Alamak…purda tertinggal….”

Patah balik ke rumah.

Tiba di depan pintu rumah.

“Kenapa?” Soal mak.

“Purda tertinggal.” ringkas sahaja jawapan saya kepada mak.Sekali lagi bersiap sedia untuk dimarah.

Mak terus ke dalam. Kembali semula dengan purda di tangan.

Sambil menghulur purda kepada saya, “Kan mak dah kata, sebelum keluar cek semua barang.”

“Ya ALLAH....betul ke ni? Mak tak marah ke?” bisik hati saya. Saya terus berlari masuk ke rumah sebentar.

“Apa lagi tu dik?”

“Jap mak…..kejap je…” Sujud syukur! Itulah alasan “kejap” dari saya tadi.

ALHAMDULILLAH.sepanjang perjalanan ke Stesyen bus tak henti-henti bersyukur….

Tiba di stesyen bus. Ayah tunjuk purda yang masih di tangan.

“Bila nak pakai tu?”

Saya hanya tersenyum. Rasa haru begitu dalam sekali.

Sambil mengusap belakang saya, ayah berpesan “jaga diri baik-baik tau…”.

Saya hanya mengangguk dan tunduk. Tak mahu ayah nampak air mata yang mula bergenang.

ALHAMDULILLAH.Akhirnya saya dapat restu dari walidain saya.

Ada hikmahnya mak marah-marah sebelum ni. Jika tidak, sampai bila pun saya tak dapat ta’kid restu mereka kepada saya dalam berniqab.

Hati kecil saya yakin mengatakan, berkat AL FATEHAH dan pasti ayah dah slow talk pada mak. SYUKRAN YA ALLAH, KAU KABULKAN RINTIHANKU.

******************************

AKUR

Mak kembali berpesan

“Kat KL je. Kat sini tak payah tau…”

Saya faham maksud mak. Saya mengerti apa yang harus saya lakukan. Kali ni saya takkan bantah. Saya tak mahu mak marah lagi seperti dulu. Saya faham, biah di sini tak mengizinkan. Saudara-saudara juga ramai yang tak mengerti. Saya tahu, mak bimbang fitnahnya pada keluarga pula nanti.

Insya ALLAH mak. Saya akur pada mak. Semoga nikmat yang sebentar dalam berniqab ini akan meninggalkan kesan yang mendalam untuk diri saya. Moga ALLAH REDHA dengan perjuangan saya yang sedikit ini.Moga saya mampu untuk istiqamah bermujahadah dalam mentarbiyah diri, jiwa, hati dan nafsu walaupun tanpa niqab di wajah.Moga kekuatan dalaman yang dibina melalui perjuangan selama fatrah berniqab ini tidak sia-sia.Genggamlah hati ku YA ALLAH.

ALLAHUMMA AMIN.

“YAALLAH...
Izinkan aku terus merintih…
Merintih untuk meraih CINTA MU
Izinkan aku terus menagih…
Menagih untuk menggapai REDHA MU”


* “Bersyukur pada ALLAH…kakak semakin berubah di saat menjelang hari perkahwinannya…Wanita yang akan berkahwin bermakna keberkatan telah sampai padanya. Semoga dengan keberkatan ini, hidayah dan taufiq ALLAH juga mengiringi kakak di kehidupan barunya nanti…AMIN”
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers