YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

HIKAYAT NIQABI

"Kak.....akak kan pakai purdah...mane purdah akak? "


" eh? mane purdah? "

Itu merupakan soalan-soalan yang perlu saya jawab ketika menghadiri majlis alumni SMABT pada 7 Syawal 1430H.

Bukan maksud saya untuk tidak istiqamah. Malah, sebelum terhijabnya wajah, saya sentiasa berharap dan bertekad moga diistiqamahkan hati ini.

Ikuti hikayati……barulah anda akan faham. Mengapa saya tidak istiqamah berpurdah jika di johor…

*************************************************



HALANGAN

Sejak menuntut ilmu di Maahad Johor lagi, hati saya sudah tergerak dan terdorong untuk menghijab wajah. Tapi, mak melarang.

" Kalau belajar kat Mesir nanti boleh pakai....Tapi kalau belajar U tempatan tak payah…."

Itu jawapan mak saya setiap kali saya mengutarakan hasrat untuk berpurdah.

Urusan menyambung pengajian ke Mesir sudah 70%. Ketika itu, keputusan permohonan di unversiti tempatan diumumkan.

" SALWIYA ABDULLAH 860128-01-____ : PSIKOLOGI IIUM "

Semestinya ini berita gembira untuk keluarga. Terutamanya mak. Doa mak sentiasa makbul.

Gembira bagi keluarga, ada sekelumit rasa sedih pada saya. Ini bermakna, hasrat untuk memakai purdah terbatal serta merta. Kembali kepada syarat ibu...."kalau belajar kat mesir nanti boleh pakai....."

***************************************************
KEIZINAN BERSYARAT

Masuk UIA... Awal tahun pertama, ketika itu saya di pusat bahasa... niat untuk berpurdah tak pernah terpisah dalam hati saya.Cuma bila asyik dihalang, lama-lama niat itu menyepi sendiri. Namun, keinginan melonjak-lonjak semula bila ada beberapa perkara yang berlaku pada diri saya di sini.Sejak itu, saya banyakkan lagi pengetahuan tentang "hijab" .

Ada juga saya berjumpa beberapa pensyarah untuk mendapatkan pandangan. ALHAMDULILLAH, nasihat dan pandangan mereka positif.. Setiap kali waktu terluang, buku tentang hijab tak pernah terlepas dari bacaan saya. Hajat, Tahjud. Istikharah………………….. Hati saya tetap sama. Keputusan saya tak pernah berubah. Malah semakin kuat azam di hati.

Tekad saya sudah bulat, hanya niat berubah sedikit. Sebelum ini, niat untuk berpurdah lebih kepada "Untuk mendapatkan REDHA ALLAH semata"....tapi kini........ "Disamping mendapatkan REDHA ALLAH....ini untuk keselamatan saya". Itu yang terdetik di hati.

Saya cuba sekali lagi meluahkan hasrat pada mak.

"Tak payah!"

Itu jawapan mak saya.

Hampa.Sedih.

Pulang bercuti akhir semester 2 2005/2006. Dengan doa yang tak pernah putus, saya cuba memujuk ibu.

Hati kecil saya selalu berkata.....

" Mak....takde apa yang ude dapat beri pada mak.Ude tak de harta nak bagi. Hanya dapat buat amal kebajikan selagi termampu. Dan jika amal ini diterima dan mendapat pahala disisiNYA, segala ganjaran tu ude niatkan untuk mak dan bapa. Berilah peluang untuk kali ini sahaja....."

ALLAH memakbulkan doa saya. ALHAMDULILLAH, mak izinkan. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan ketika itu. Bahagianya hati bila sesuatu yang saya lakukan mendapat restu dari mak...Hati berbunga- Sujud syukur, pujian untukNYA atas segala nikmat indah yang diber......

Namun, izin mak bersyarat……

" Tapi ingat...kat KL je boleh.....kat sini (johor) tak payah........."

itulah syarat dari mak saya.

Pada mulanya hati kecil saya memberontak. Takkan kat sini tak payah? Macam mana saya nak istiqamah?

*************************************************

AKIBAT LANGGAR SYARAT

Di awal pemakaian purdah, saya tidak mengendahkan syarat mak. Jika keluar dikawasan johor, sebelum keluar rumah saya akan iron purdah siap-siap, dan simpan di tempat yang selamat. Bila jarak dengan rumah agak jauh, cepat-cepat saya pakai...!

Tapi, johor ni bukanlah besar. Mak saya dapat hidu. Saya kena marah. Kali ni kakak juga turut bersuara….Lebih parah bila mak tarik 100% keizinan untuk memakai purdah....

" Kat KL pun tak payah pakai...! "

Saya terkedu bila mak kata begitu. Diam tanpa kata. Hanya air mata pengganti diri. Sebagai luahan betapa sedih dan hibanya hati.

"Tulah sal.....kenapa langgar syarat dr mak....? "

Bisik hati kecil saya


**********************************************************

.................................to be continue




 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers