YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

Mengumpul kekuatan bermusafir


03 May 2011

'Selamat hari lahir angah yang dikasihi'



Tarikh ini juga saya bertolak ke Mesir bersama suami tercinta. Hanya ALLAH yang tahu perasaan dihati. Meninggalkan ibu dan ayah tersayang, abang, kakak, adik, anak buah, keluarga........... Air mata ni sukar rasanya untuk berhenti mengalir.

Sepanjang dalam flight semuanya terbayang-bayang dimata. Lebih-lebih lagi wajah ibu dan ayah. Sentuhan mereka disaat saya sedang lena beberapa hari sebelum berlepas ke Mesir...rasanya semua tu masih hangat saya rasakan.

Beberapa hari sebelum bertolak ke Mesir saya pulang ke rumah ibu sedang suami di rumah ibu mertua. 1 malam disaat saya sedang lena, terasa sentuhan ibu di tangan dan kepala. Ayah dikaki. Terjaga kerana sentuhan mereka, saya hanya diam membisu. Sangka saya mereka hanya mengusap-usap biasa kerana siangnya saya kurang sihat. Tiba-tiba saya terdengar suara ibu dan ayah menahan tangis. Ya Rabb...Hanya ALLAH yang TAHU perasaan saya ketika itu.
Saya tidak pernah melihat ayah menangis begitu. Selama ini ayah hanya diam. Tak pernah menunjukkan riak bimbang pada wajahnya untuk melepaskan saya. Tapi malam itu, air mata ayah menggambarkan segala-galanya.Hangatnya kasih sayangmu ayah dan ibu, kasih sayang yang sejati dan tiada tandingan.

Selain suami sebagai penguat semangat disisi, sentuhan mereka itulah yang menjadi sumber kekuatan saya.

Ayah dan ibu mertua serta dua orang adik ipar mengiringi kami ke KLIA. Syukran yang tidak terhingga atas kasih sayang dan jasa baik kalian. Jazakumullahukhairaljaza'.

3 am saya dan suami bertolak ke Kuwait dan kami tiba di sana lebih kurang 6.30 am waktu Kuwait. 5 jam transit airport Kuwait. 11.30 am kami bertolak ke Mesir dan selamat tiba pada pukul 2.30pm waktu Mesir. Alhamdulillah.

Keluar dari airport kami disambut oleh 2 sahabat abang, Aizuddin dan Razi. Destinasi kami adalah ke ARMA(Asrama Rumah Melayu Abbasiah). Disamping kerana Muktamar Sanawi PMRAM yang berlangsung pada 04 Mei, kami tidak terus pulang ke rumah yang bakal kami diami di Zaqaziq kerana ada tugasan yang perlu abang selesaikan di Kaherah.

Sepanjang perjalanan ke ARMA sambil mamandang ke luar tingkap kereta, saya tak putus-putus mengucapkan syukur padaNYA. Syukur kerana dilindungi sepanjang bermusafir, syukur kerana diberi peluang untuk menjejaki bumi anbiya' ini.

Alhamdulillah.
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers