YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

Mencari Cinta

Dengan nama ALLAH yang maha penyayang dan maha pengasih....

Sejak awal tiba di bumi anbiya' ini saya memang berhasrat untuk menziyarahi maqam ahli bait rasulullah dan para solihin.Namun hasrat harus ditangguhkan kerana kesibukan suami dalam urusan kuliah dan persediaan untuk menghadapi imtihan.

Alhamdulillah, 28 Mei yang lalu saya dan suami telah berkesempatan mengikuti Ziyarah Maqam Auliya sekitar Cairo(Kaherah)bersama pelajar Johor Mesir anjuran Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir(BKPJM).

Disunatkan bagi kita untuk menziyarahi maqam/kubur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW didalam riwayat muslim :

"Dahulu aku telah melarangi kamu sekalian daripada menziyarahi kubur, maka ziyarahilah ia(kubur) kerana ianya akan memperingatkan kamu kepada akhirat."

Alhamdulillah...thumma alhamdulillah..thumma alhamdulillah...

Menziyarahi mereka lillahita'ala, selain mencari pendekatan untuk menambahkan kecintaan kepada orang-orang yang solih khususnya ahli bait rasulullah dan para ulama' melalui penghayatan dan pengajaran dari riwayat hidup mereka dan seterusnya mengharapkan keberkatan melalui kemuliaan kedudukan mereka disisi ALLAH Taala.

Sepanjang perjalanan doa tak putus-putus dipanjatkan kepada ALLAH, memohon agar diberi kekuatan sepanjang ziyarah memandangkan keadaan saya yang sedang hamil. Allahul Musta'an...Alhamdulillah..

Sayu dan hiba rasanya hati ini bilamana tiba di maqam para auliya'. Saya kawal hati dan perasaan agar tidak menangis. Namun air mata tetap mengalir di maqam sayyidah Zainab Al Kubra, maqam Imam Syafie dan ketika melihat kesan tapak kaki Rasulullah. Ada satu perasaan yang dirasakan, perasaan yang begitu halus dimana saya sendiri tak mampu untuk menggambarkannya disini. Saat air mata mula mengalir saya cuba bina kekuatan melalui doa. Memohon keampunan dari ALLAH agar dijauhkan dari melakukan perkara yang menyalahi adab ketika menziyarahi maqam. Alhamdulillah....Allahul Musta'an. Syukran Ya Rabb...

Perjalanan ziyarah dari sekitar jam 9am-4.3opm ini tidak merangkumi semua maqam di sini. Hanya beberapa maqam sahaja yang sempat kami ziyarahi. Mudah-mudahan kami diberi peluang untuk menziyarahi maqam-maqam yang lain dan mudah-mudahan juga insan-insan yang saya sayangi berpeluang menziyarahi maqam-maqam ini. Allahumma amin.

Antara Maqam yang kami ziyarahi ( sekadar yang saya ingat ) :

Maqam Sultan Hassan
Maqam Sayyidah Nafisah Al Sughra
Maqam Sayyidah Zainab Al Kubra
Maqam Syeikh Abdul Rahman Idrus
Maqam SyeikhMuhammad Atrish
Maqam Sayyid Ibnu Sirin
Maqam Imam Syafie
Maqam Imam Wakie'
Maqam Sultan Hanafi
Maqam Syah Iran beserta maqam ayahanda dan nendanya
Maqam Abdul Wahab As Sya'rani
Maqam Sayyidah Ruqayyah bintu Saidina Ali
Maqam Sayyidah Atikah
Maqam Saidina Ali Muhammad Bin Ja'far Assadiq
Maqam Syeikh Ibnu Athoillah As Sakandari
Maqam Syeikh Abdullah Ibnu Abi Jamrah Al Azdi
Maqam wali soghir Syeikh Asyraf Ar Rifaie
Maqam Assyahid Imam Hasan Al Banna

Radhiallahu 'anhum jami'an


*********************

Doa dan salam ketika menziyarahi maqam

السلام على أهل الديار من المؤمنين والمسلمين ويرحم الله المستقدمين منا والمستأخرين وإنا إن شاء الله بكم لاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية

atau

السلام عليكم دار قوم مؤمنين وإنا إن شاء الله بكم لاحقون

***********************

Pintu masuk maqam Sayyidah Zainab Al Kubra


Kesan tapak kaki Rasulullah


Maqam Imam Syafie


Masjid Amru Al-As


Masjid Sidi Ahmad Athoillah Assakandari di Jabal Muqattam


******************
Mudah-mudahan suatu hari nanti diberi peluang untuk menziyarahi maqam Nabi Muhammad SAW di Madinah Al Munawwarah. AMIN.




 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers