YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

ALHAMDULILLAH

Posting terakhir dari saya bertarikh 30 Ooktober 2009. Ini bermakna lebih kurang setahun setengah blog ini menyepi. Bukan tidak mahu menulis, cuma ruang dan waktu tidak mengizinkan. Selepas ‘khirrij’ dari UIA, saya menetap di rumah sepenuhnya. Alhamdulillah. Inilah saat-saat yang saya tunggu setelah sekian lama tinggal berjauhan dengan keluarga. Cuti yang terhad dari pihak sekolah-universiti menghalang kebersamaan dan keseronokan saya bersama keluarga.

Dalam tempoh setahun setengah itu juga pelbagai peristiwa yang telah saya lalui. Perubahan status, dunia pekerjaan dan sebagainya. Kalau nak dicoret, pasti menjela-jela jadinya.


Sekadar imbasan...


PEKERJAAN

JAN-MAC : Pegawai Haji & Umrah


JUN-OGOS: Operator Kilang


OKTOBER-NOVEMBER: Muallimah Madrasah Tahfiz


DESEMBER-APRIL 2011: Pensyarah.


Saya tidak memilih dalam dunia pekerjaan. Saya gauli setiap peringkat teman yang berbeza tahap pendidikan. Percakapan, tingkah laku dan lain-lain sangat berbeza. Dari kepelbagaian ini jugalah saya menimba ilmu dan pengalaman. Pahit dan manis sepanjang berkhidmat, ragam majikan, ragam pelanggan, ragam teman se-kilang, ragam murid dan ragam pelajar di peringkat umur yang berbeza. Yang pasti semua itu mengajar saya erti sebuah kehidupan dan kedewasaan. Alhamdulillah



STATUS


Alhamdulillah...berkat doa dan hajat yang berpanjangan, ALLAH perkenan doa saya. Bulan 6 2010, bertepatan majlis perkahwinan kak ngah saya, keluarga telah merestui dan bersepakat untuk melangsungkan pernikahan saya pada Januari 2011.

27 01 11 : Saya telah selamat di ijabkabulkan bersama MUHAMMAD ALHIDAYAT BIN KHALID. Suami saya yang tercinta. Majlis berlangsung dengan lancar dan selamat. Alhamdulillah.

29 01 11 : Telah berlangsung majlis khatamul Quran bersama suami dan juga marhaban. Sekaligus doa selamat 7 bulan kehamilan kak ngah saya dan 4 bulan kakak ipar saya. Alhamdulillah.

30 01 11 : Majlis kesyukuran Meraikan Cinta sempena perkahwinan saya. Walaupun hujan lebat, tapi majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah bertumgkus lumus untuk menjayakan majlis. Jazakumullahukhairaljaza’.


04 02 11 : Majlis khatamul Quran Perdana di rumah mak mertua, Muar Johor. Hanya suami yang turut serta kerana majlis khatam ini khas untuk lelaki dan kebetulan saya juga masih di rumah ibu di JB.


05 02 11 : Majlis sambut menantu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Syukran kepada seluruh ahli keluarga saya yang hadir untuk mengiring dan syukran juga kepada keluarga mertua yang bertungkus lumus menjayakan majlis.


Kesyukuran ini tak pernah henti-henti dilafazkan. Alhamdulillah... saya telah bergelar seorang isteri-Puan. Dan kini didalam rahim saya ada janin titipan ALLAH yang berusia lebih kurang 4 bulan.

Alhamdulillah.

Segala puji hanya padaMU Ya Rabb

 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers