YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

SALAM SAIFI

Salam Saifi(musim panas), syukur padaNYA atas segala nikmat yang diberi. Nikmat yang tidak terhitung nilainya...Alhamdulillah.

Musim panas di bumi anbiya'...
Tahun ini saya dapat merasakan musim ini disini. Menurut suami pada hari pertama imtihan :
'Tahun ini tak begitu panas seperti sebelumnya..biasanya kalau di qa'ah imtihan peluh abang mencurah-curah, sampai tangan ni melekat kat meja. Tapi tahun ni tak pulak...'

tapi bila imtihan kedua :
'Hari ni panas la yang. Tangan abang melekit kat meja masa imtihan tadi....'

Terik ada masa-masa tertentu, biasanya kalau nak keluar beli barang bersama suami kami akan keluar selepas asar kerana waktu ini agak redup sedikit. Walaupun bahang masih terasa, namun tiupan angin yang menyapa menjadi penawar....Alhamdulillah.

Cuma..kalau nak ke pasar, tidak boleh tidak kena keluar awal...Oh, teriknya! Pening kepala. Ditambah lagi dengan asap rokok pemandu tremco @ teksi. Selalunya kalau kami naik teksi, suami akan tegur pemandu :
'maalish ya rais..mumkin tsyrab ba'da ninzil? 'asyan zaujaty hamil..' (maaf tuan, boleh tak isap selepas kami turun? sebab isteri saya hamil)

Alhamdulillah setakat ni pemandu boleh terima.Takut juga sebenarnya. Sebab arab ni suka gaduh. Bimbang kalau dia marah bila ditegur.

IMTIHAN PENGERAT MAHABBAH

Musim imtihan saya rasakan kasih sayang dan perhatian pada suami semakin bertambah. Ini kali pertama abang menghadapi imtihan bertemankan saya disisi. Kalau boleh biarlah abang rasa perbezaannya. Imtihan semasa bujang dan imtihan semasa beristeri. ('',)

Jadual saya sebagai suri rumah sangat padat musim-musim imtihan begini.

*Berjaga untuk teman abang belajar
*Dengar celoteh abang ketika belajar
*Cuba bantu abang semasa belajar
*Pastikan air sebelah abang sentiasa berisi
*Tunaikan 'order makan' abang ('',)
*Jaga waktu tidur abang
*Kawal waktu abang bersama 'internet' ('',)
*dan lain-lain......................................

Letih...? Semua kerja pun letih...tapi kerja yang sedang saya lalui sekarang ini walaupun letih terasa sangat indah. Berkhidmat untuk suami, ditemani dengan cuitan dan tendangan janin dalam rahim, bertambah indah rasanya. Dan bertambah indah lagi, bila mengenang kembali kisah Sayditina Fatimah, Puteri Rasulullah tercinta :

" Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya : Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah. "

Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala. Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu. Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.

Allahu Akbar...Beruntungnya wanita.

Jadi, bila lagi nak berkhidmat sepenuhnya begini ? Menurut pengalaman di awal perkahwinan, memang tak mampu lakukan semua ni untuk abang. Keluar pagi bekerja, balik petang. Terasa letih yang teramat sangat sebab ketika itu berperang dengan alahan-alahan awal kehamilan, jarang sekali masuk ke dapur. Selalunya abang yang masak. Hujung minggu pula bergilir balik rumah mak & mak mertua. Bila balik kampung, tentulah makan masakan mereka.(Rindu pula masakan mak&ummi .....).

Mujur tiba di sini segala alahan telah tiada. Tenaga kembali pulih. ALLAH titipkan saya kekuatan dan beri peluang untuk menumpukan sepenuh perhatian pada suami dan rumah tangga. Dengan pertolonganNYA saya dapat bergerak sesuai dengan keadaan di sini.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
(Al Baqarah:286)

Syukur Alhamdulillah.

'Selain doa, hanya ini usaha honey untuk abang...'

Berusaha memberi dan menjadi yang terbaik untuk suami. Cuba mudahkan serba sedikit kerja abang dan terus memberi sokongan agar abang terus semangat untuk berjuang. Hanya itu yang termampu. Peluang yang ada di bumi barakah ini saya gunakan sepenuhnya. Mudah-mudahan ada keberkatannya walaupun hanya sedikit cuma.

اللهم افتح عليك فتوح العارفين وفهم النبيين وسرعة إلهام الملائكة المقربين
'Ehna (honey welbeby) bahebbak aktar ya habeeby...'


UKHWAH SAIFI

Hangatnya saifi di bumi zaqziq menghangatkan lagi ukhwah antara saya dan adik-adik di sini. Alhamdulillah, walaupun belum semua saya kenali, namun saya dapat rasakan ukhwah yang saya rasakan bersama mereka di sini sangat indah. Kebaikan dan perhatian adik-adik sentiaasa membuat hati ini terasa haru.Merekalah saudara-saudara saya di sini. Beruntung saya dapat adik-adik seperti mereka. Mereka sentiasa memberi semangat kepada saya di sini lebih-lebih lagi tentang kesihatan kandungan. Maklumlah, mereka semua calon dokturah. (^^)

Seronok melihat mujahadah adik-adik di sini. Sejuk dimata, sejuk dihati. Dokturah solehah. Itulah mereka...Mudah-mudahan adik-adik sentiasa dikuatkan semangat dalam menuntut ilmu mahupun dalan menjalankan tugas-tugas dakwah. Dimudahkan jalan oleh Sang Khaliq dalam setiap perkara dan berjaya dalam setiap imtihan di dunia mahupun di akhirat. Amin Yarabb.

BERNIAGA

Setiap kali terserempak dengan iklan jawatan kosong, saya selalu sampaikan pada abang niat di hati :

'Honey nak kerja bang..'

Abang hanya diam. Kadang-kadang ada juga abang bersuara :

' Honey nak kerja apa...? Perut tu makin membesar... '

Tibalah satu hari, abang bersuara.

'Honey nak kerjakan? Abang ada kerja untuk honey..'

'Kerja apa?'


'Jual chicken chop'

Pada awalnya, berat juga rasanya. Tapi melihat kesungguhan abang, saya pun jadi bersemangat. Lagipun abang dah berpengalaman berniaga mee bandung muar sebelum ni. Jadi, saya yakin dengan idea abang. Kami mula keluarkan modal dan berbelanja barang-barang keperluan.

Alhamdulillah , kami mula berniaga pada 13 Jun 2011 dibawah nama El sakeenah Cafe. Walaupun tarikh tersebut sangat hampir dengan tarikh imtihan abang, tapi dengan bantuan ALLAH kami mulakan juga berniaga.

Syukur padaNya..sokongan dari ikhwah dan akhawat memberangsangkan. Memang kerja bagi saya! Saya dan suami berperang di dapur menyediakan tempahan. Kadang sampai tak cukup tangan...Setiap kali nak lena mesti terasa lenguh di badan.

Bila saya sampaikan pada kak ngah, kak ngah saya kata 'rezeki baby'. Hilang rasanya letih dan sakit-sakit badan bila kak ngah kata begitu.

'Kesian anak ummy...Ummy bawa buat kerja lasak-lasak. Sabar ye sayang. Ummy tau anak ummy sangat kuat dan tabah...Jangan nakal-nakal tau. Ummy sayang sangat kat baby '

اللهم اني اعيذ مافي رحمي بكلماتك التامة من كل شيطان وهامة ومن كل عين لامه

بسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.




 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers