YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

PENGAJARAN-HATI-HATI MEMILIH PASANGAN

Saya terdetik untuk menulis entry ini ekoran kejadian sebelum kelas mass comm bermula pagi tadi. Dalam kelas adalah sekitar 20 orang. Waktu tu sir Amram belum masuk. Tiba-tiba kami yang sedang menunggu terkejut bila salah sorang brother datang kepada salah sorang sister bercakap dengan muka barannya...

brother : "so u will cry untill finish the class..?" .
sister's friend : " Kau jangan nak buat malu kat sini..." .
brother: sambil menunding jari...." u shut up! its not ur own business...!"
sister's friend : " Kau takde hak buat dia macam ni..!"
brother : " Kau tanye dia macam mane perangai dia selama ni..!"

Astagfirullah...Kami semua tertumpu pada mereka. Hanya mampu melihat dan tergamam. Macam drama. Tapi kenyataan. Saya, kak erin dan kak shima simpati pada sister tu. Dimana letaknya maruah wanita? Sejujurnya, saya tidak setuju dengan tindakan brother tu. Bagi saya, itu contoh lelaki yang tidak waras. Tak pandai mengawal emosi. Mungkin dia tak sedar, apa yang dia buat sebenarnya menjatuhkan maruahnya sendiri.

Zaman sekarang kita perlu berhati-hati memilih pasangan. Baik rijal atau nisa'. Ungkapan sayang itu tidak memadai tanpa hadirnya rasa hormat dan menghargai pasangan. Jika tidak, memang sewenangnya maruah akan tercalar. Jika kaum adam sering berkata zaman sekarang susah nak cari kaum hawa seteguh SITI KHADIJAH, setulus hati RABI'ATUL ADAWIYAH, semurni hati FATIMAH AZZAHRA. Namun, ada lagi ke zaman sekarang ni kaum adam yang mewarisi sifat NABI dan para sahabat...??? Wallahua'lam. 'Ala kulli haal..Tak perlu menunding jari kepada orang lain.Pucuk pangkalnya pada diri kita sendiri.Kalau baik peribadi kita, maka ALLAH akan titipkan yang baik juga untuk kita, dan begitulah sebaliknya.

Dibawah ini ada beberapa ciri-ciri calon suami yang baik, yang ingin saya kongsi bersama kaum hawa . Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkannya.

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers