Bukan mudah mengukir senyuman indah dibibirTanpa keikhlasan dilubuk hati
Bukan mudah menempuh dugaan yang hadir
Tanpa nusrah dari ILLAHI
"Tuhan beri aku kekuatan.............................."
"Isi hati yang tak mampu diluah dengan kalam"
Bukan mudah mengukir senyuman indah dibibirTanpa keikhlasan dilubuk hati
Bukan mudah menempuh dugaan yang hadir
Tanpa nusrah dari ILLAHI
"Tuhan beri aku kekuatan.............................."

MENTARI PAGI
SURIA YANG INDAH
MULAKANLAH HARI
DENGAN MEMUJI ALLAH
" Syukran mielah, semoga rahmat dan kasih ALLAH bersama mu jua. AMIN . "


Sendiri...
Di sisi jendela ini...
Mendung dilangit...
Terasa sakit...
Tiada bintang berkelipan...
Menjadi teman...
Sesekali petir menyambar...
Dan jiwa semakin hambar...
Gerimis hujan menitis ke bumi...
Seiring deraian air mata ini...
Seakan mengerti...
Jiwa yang sepi...
Moga esok hadir mentari...
Dan hariku ceria kembali...
" Sesungguhnya pujian itu membunuh, teguran itu menghidupkan.
Cela di hadapan itu lebih baik daripada benci dihati............"
"Barangsiapa yang hari ini sama dengan hari kelmarin, bererti dia telah terpedaya dan barangsiapa hari esoknya lebih buruk daripada hari ini, bererti dia telah terkutuk. Barangsiapa yang tidak berusaha menutupi kekurangannya, maka kuranglah akalnya dan barangsiapa kurang akalnya, maka kematian jauh lebih baik baginya."
Saidina ALi bin Abi Thalib a.s. berkata:
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURUKU
TABIKA KEMAS KG.KURNIA
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI
SEKOLAH AGAMA KEBUN TEH
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ARAB ANNUR
SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) BUGISIAH TAMPOK
MAAHAD JOHOR
"........Sebaik-baik ilmu itu adalah sesuatu yang memperelok dirimu
Sebaik-baik amal itu yang disertakan dengan Ikhlas..........."
Iman itu Siddiq
Iman itu suci rahsianya
Islam itu Amanah
Munafiq itu khianat
Taqwa itu meninggalkan syahwatnya
Tawakkal itu sabar
Hikmah itu zuhud didalam dunia
Hikmah itu menahan diri dari marah
'Arif itu Takut
Qani' itu Kaya
Haloba itu Faqir
Beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini membuatkan saya begitu teruja untuk mengetahui tentang bayi kembar. AlamHamil serba sedikit telah membantu saya untuk mengetahui beberapa perkara yang berkaitan dengan kelahiran kembar. Berikut adalah maklumat yang telah saya dapatkan daripada web tersebut dan saya paste di blog ini untuk dikongsi bersama. Kepada sahabat-sahabat muslimah yang berminat untuk mengetahui ilmu kehamilan dengan lebih lanjut, sila layari portal AlamHamil disini.
KELAHIRAN KEMBAR
Kelahiran kembar menjadi lebih kerap terjadi kebelakangan ini disebabkan oleh teknologi kesuburan yang semakin maju dan juga kerana pengunaan ubat kesuburan yang semakin banyak.
KOMPILASI KELAHIRAN KEMBAR
Walaupun kehamilan kembar merupakan sesuatu yang cukup memberi makna bagi setiap pasangan tapi adalah penting untuk mengetahui tentang komplikasi yang mungkin timbul seperti:
Kelahiran pra-matangRisiko-risiko lain :Termasuklah Placenta Preavia dan pendarahan semasa kelahiran.
FAKTA KELAHIRAN KEMBAR YANG PERLU ANDA TAHU
Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.
Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.
Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.
Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.
Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.
Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.




TAHAJJUD adalah solat yang dilakukan ketika terjaga dari tidur malam, walaupun tidur yang sebentar. Ia dilakukan selepas menunaikan solat fardhu isya' sehingga terbit fajar, dan sebaik-baiknya ditunaikan selepas waktu tengah malam @ tengah malam yang terakhir, kira-kira pada pukul 3 pagi.
Bilangan rakaat : 2
Faedah/fadhilat solat tahajjud :-
Lafaz Niat
َ أُصَلّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لَِّلهِ تَعَالى
Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana ALLAH Taala
Selepas solat, baca doa berikut .

Lama sudah saya tidak mendengar lagu-lagu terbaru dari kumpulan nasyid MAWADDAH@HAWRA. Kumpulan ini mungkin jarang didengari. Tapi bagi saya, sejak awal kemunculannya lagu-lagu yang didendangkan banyak meninggalkan kesan dalam hati saya dan mampu mengubah saya ke arah kebaikan. Tak semua lagu nasyid yang benar-benar dapat saya hayati walaupun lagu itu membawa message dakwah. Tak tau dimana silapnya. Silap penulis lirik ke? Atau silap orang yang menggubah lagu? Atau mungkin silap penyanyi yang mendendangkan?
Apepun bagi saya bukan mudah untuk menjadi pendakwah walaupun hanya menyampaikan pesan melalui lagu. Jangan fikir hanya sedap menyanyi dengan mikrofon. Jangan fikir asalkan lagu ada message baik dan asyik jika didengar. Tapi fikirlah sama ada message itu sampai atau tidak dihati pendengar, dan pendengar benar-benar terkesan dengan pesanan atau nasihat yang cuba disampaikan melalui lagu tersebut. 
Saya tau tak mudah untuk lakukan semua ini. Sewaktu saya terkesan dengan lagu-lagu MAWADDAH, (terutamanya lagu-lagu KETUHANAN) , saya selalu terfikir, senjata apa yang mereka gunakan sampai air mata saya berjujuran bila mendengar lagu mereka? Rasa takut dan kehambaan memang benar-benar saya rasa. Saya cuba risik dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. dan jawapan yang saya dapat "Antara sebab mengapa MAWADDAH mempunyai ramai ahli kumpulan, mereka meletakkan syarat agar sentiasa melakukan tahajjud malam sebelum bernyanyi. Jadi, siapa yang tidak tahajjud, tidak boleh membuat persembahan". WALLAHUA'LAM.
Fikir-fikirkanlah.
*************
Disini saya sertakan lirik lagu RINTIHAN CINTA yang dipetik dari album Rintihan Cinta-Mawaddah@HAWRA
Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta Agung
Akupun mahu mencintaiMu
Aku tahu mencintaiMu amat perlu
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
Aku berusaha kearah itu
Tapi cintaku padaMu TUHAN selalu terganggu
Banyak yang datang mengganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Diwaktu itu lupa ku padaMu
Cintaku jauh sekali
Sekali sekala datang juga
Walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudian lupa lagi….
Adakalanya lupaku padamu berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala sedar kembali
Engkau cinta Agung
Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cintaku kepadaMu TUHAN
Dengan kelalaian selih berganti…
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmatMu
Bantulah aku mencintaiMu
Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri
Itulah harapanku padaMu
Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi, agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sunguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu ku pinta dariMu Ya Ilahi, agar di saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku..