
Terpisah
Mengapa gelisah?
Usah resah
Apalagi gundah
Bukankah ini hikmah?
Agar hatimu tabah
Agar dirimu gagah
Andai kau kalah
Jangan mengalah
Jangan pula menyerah
Tetapkan langkah
Teruskan menadah
Istiqamah dan mujahadah
Doaku moga kau najah!
**********
Disini kita bertemu
Disini kita berpisah
Andai rindu datang bertamu
Simpuhkan diri diatas sejadah
Selagi ilmu masih didada
Beringatlah sentiasa
Jangan biar nafsu beraja
Kerana syaitan selalu menggoda
Biarlah kita jauh
Bukan bermakna hubungan keruh
Malah ikatan bertambah kukuh
Janji setia tetap utuh
Gedung ilmu ku gali
Bumi anbiya' kau jelajahi
Mencari pengisian untuk diri
Sebagai bekalan kemudian hari
Redha ALLAH sentiasa diimpi
Mengharap kasih bersemi abadi
Moga perjuangan diredhai
Mendapat restu dari ILLAHI
************