
Ia dilakukan selepas menunaikan solat fardhu isya' sehingga terbit fajar, dan sebaik-baiknya ditunaikan selepas waktu tengah malam @ tengah malam yang terakhir, kira-kira pada pukul 3 pagi.
Bilangan rakaat : 2
Faedah/fadhilat solat tahajjud :-
- Mendapat perlindungan dari ALLAH dan terserlah seri dan kesan ketaatan diwajahnya.
- Dikasihi para ahli ibadat dan orang mukmin
- Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana
- Wajahnya bersih sersinar ketika dihimpun diakhirat kelak
- Dimudahkan hisab keatasnya
- Melalui siratul mustaqim seperti kilat menyambar
- Anugerah catatan amalan dari tangan kanan
Lafaz Niat
َ أُصَلّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لَِّلهِ تَعَالى
Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana ALLAH Taala
Selepas solat, baca doa berikut .