YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

دروس عربية

دروس عربية
IKIM.FM
31 MEI 2009

 
تعلم صاحب الحال -نكرة
Belajar "sohibul hal"-umum.

Sohibul Hal biasanya makrifah. Akn tetapi boleh juga jadi nakirah.

CONTOH 1:

ٌيمشي حزينًا مدين

حزينًا: hal

مدينٌ: sohibul hal nakirah

Maksud ayat: Sedang berjalan dalam keadaan sedih orang yang berhutang


CONTOH 2:
*sohibul hal nakirah akan tetapi nakirah yang khusus, dimana keadaannya hampir makrifah

أشفقتُ على طفلةٍ صغيرةٍ تائهةً


طفلةٍ صغيرةٍ: sohibul hal
(asalnya nakirah, tetapi ia menjadi khusus kerana disandarkan dengan sifat/naat (صغيرة).

تائهةً: hal

Maksud ayat: Saya berasa belas kasihan terhadap kanak-kanak kecil yang keadaanya bermundar-mandir

CONTOH 3:
*ayat didahului dengan penafian, maka sohibul hal nakirah

ما خابَ عاملٌ مخلصاً

عاملُ: sohibul hal
(pada asalnya ia makrifah, tetapi ayat telah didahului dengan nafi ما, maka ia boleh jadi nakirah

مخلصاً: hal

Maksud ayat: Tidak kecewa oleh seorang pekerja hal keadaan dia ikhlas

********************************

*Maksud ayat yang termaktub adalah terjemahan asal dari Alfadhil Ustaz Majdi sendiri tanpa saya ubah.


Read rest of entry

متن الأجرومية




بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama ALLAH yang maha P engasih lagi maha Penyayang


الكلام هو اللفظ المركب المفيد بالواضح، وأقسامه ثلاثة: اسم وفعل وحرف جاء لمعنى
Kalam adalah lafaz yang tersusun, bermanfaat dengan jelas, dan bahagiannya adalah tiga yaitu isim dan fe'el dan huruf yang telah datang bagi makna


فالاسم يعرف بالحفض، والتنوين، ودخول الألف واللام
Maka isim itu dikenali dengan baris bawah dan baris dua dan masuk alif dan lam.


وحروف الحفض وهي : من وإلى وعن وعلى وفي ورب والباء والكاف واللام
Dan huruf yang membariskan dibawah ialah من dan إلى dan عنdan علىdanفي danرب  dan ب dan كdan ل dan


وحروف القسم وهي : الواو والباؤ والتاء
Dan huruf qasam/sumpah ialah و dan ب dan ت


والفعل يعرف : بقد والسين وسوف وتاء التأنيث الساكنة
Dan fe'el dikenali dengan menerima قد dan س dan سوف dan ت ta'nis sakinah


والحرف
: مالا يصلح معه دليل الاسم ولا دليل الفعل
Dan huruf itu apa yang tidak serta bersamanya dalil isim dan dalil fe'el
  

Read rest of entry

DISEBALIK PENGHULU HARI

Diriwayatkan dari Abu Jawwab dari Ammar bin Ruzaiq dari Manshur dari Mujahid dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata: Abu Hurairah dan Ka'ab berkumpul dalam satu tempat, maka Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda :

"Sesungguhnya pada h ari Jumaat terdapat satu waktu yang jika tepat pada waktu itu seorng muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat kepada ALLAH, nescaya akan dikabulkan."

Lalu Ka'ab berkata : " Aku beritahukan kepada kalian tentang hari Jumaat. Sesungguhnya jika hari itu tiba, maka langit, bumi, laut, gunung, pohon dan semua makhluk merasa takut, kecuali manusia dan jin. Pada hari itu juga malaikat mengelilingi pintu masjid, menulis orang yang datang pada waktu pertama dan seterusnya hingga imam datang. Jika imam telah datang, mereka menutup buku catatannya. Maka orang yang datang setelah itu dianggap orang yang datang menghadap ALLAH azzza wajalla untuk menunaikan kewajipannya. Dan setiap muslim yang baligh diwajibkan untuk mandi pada hari itu sebagaimana mandi junub. Sedekah pada hari itu lebih utama dibandingkan pada hari lain. Matahari yang terbit dan tenggelam pada hari lain berbeza dengan terbit dan tenggelamnya pada hari Jumaat. "  

Kemudia Ibnu Abbas berkata : " Ini perkataan Ka'ab dan Abu Hurairah, sedangkan saya berpendapat jika memiliki wewangian maka dianjurkan untuk memakainya pada hari itu." 

Dala Hadis Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w. "Terbit dan tenggelamnya matahari pada hari lain tidak lebih utama dengan terbit dan tenggelamnya pada hari Jumaat. Tidak ada satu binatang pun kecuali merasa takut dengan hari Jumaat, kecuali manusia dan jin." Ini adalah hadis soheh. 

Pada hari Jumaat akan terjadi kiamat, alam digulung, dunia hancur, dan pada hari itu manusi dibangkitkan menuju tempat mereka samaada di Jannah atau Naar.  

Read rest of entry

GHIBTHAH atau HASAD DENGKI ?

Pernahkah anda berasa iri hati terhadap orang lain atas kelebihan yang dimiliki? Lantas apa yang terlintas dihati anda?

1. Anda bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan yang sama.

2. Anda mengharapkan kehancuran keatas orang tersebut.

Jika anda tergolong didalam gongan yang pertama. maka ini dinamakan ghibthah.
GHIBTHAH adalah  sifat ingin meniru orang lain atas kejayaan yang dicapai tanpa disertai dengan iri atau kedengkian.Oleh kerana itu, kita tidak dilarang untuk mimiliki sifat ini kerana ia secara tidak langsung mendorong diri sendiri untuk terus berusaha dan berjaya seiring dengan kejayaan orang lain.

Telah berkata saidina Umar r.a :"Jadilah kamu semua orang yang pandai dalam ilmu keagamaan sebelum kamu sendiri dijadikan ketua atau pemimpin"

Dari Abdullah bin Mas'ud : Tidak boleh ada kedengkian dalam hati setiap muslim dan mukmin melainkan dalam dua perkara , yaitu: orang yang dikurniakan oleh ALLAH harta kemudian dia menggunakannya sepenuhnya untuk membela kebenaran dan orang yang dikurniakan ALLAH kebijaksanaan kemudian membuat keputusan dengan kebijaksanaan dalam semua aspek dan mengajarkannya(kebijaksanaan) kepada orang lain.

Jika anda didalam golongan yang kedua, awas! anda berada di zon yang sangat bahaya. Kerana dihati anda telah tumbuh sifat mazmumah yang dinamakan hasad dengki. Hasad dengki adalah sifat yang tercela, yang timbul atas dasar iri hati atas kejayaan atau nikmat yang dimiliki oleh orang lain dan berharap akan kebinasaannya.

Rasulullah SAW bersabda, yang artinya : “sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar”.

Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : “ wahai Rasulullah, sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang hari dan shalat tahajud di malam harinya, tetapi selalu menyakiti tetangganya dengan lidahnya”. Jawab baginda Rasulullah SAW : “ Tidak ada kebaikan lagi baginya, ia adalah ahli neraka”.

************* 

Read rest of entry

FRIEND


Making a million friends is not a miracle,
the miracle is to find a friend
who will stand by U
when a million are against U !
Read rest of entry

DOAKAN SAYA


PROSES MENGKAJI DAN MENGHAYATI RIWAYAT HIDUP 4 SRIKANDI.....




*ALLAHUMMANSURNI
Read rest of entry

DUMU'

Bukan mudah mengukir senyuman indah dibibir

Tanpa keikhlasan dilubuk hati

Bukan mudah menempuh dugaan yang hadir

Tanpa nusrah dari ILLAHI

"Tuhan beri aku kekuatan.............................."

Read rest of entry

SHORT NOTE FOR "MIELAH"


UNTUK MIELAH SAHABATKU.............


MENTARI PAGI

SURIA YANG INDAH

MULAKANLAH HARI 

DENGAN MEMUJI ALLAH 

 " Syukran mielah, semoga rahmat dan kasih ALLAH bersama mu jua. AMIN . "

Read rest of entry

ONE LINE HUMOURS


[1] Regular naps prevent old age, especially if you take them while driving.

[2] Having one child makes you a parent; having two you are a referee.

[3] Marriage is a relationship in which one person is always right and the other is the husband!

[4] I believe we should all pay our tax with a smile. I tried – but they wanted cash.

[5] A child's greatest period of growth is the month after you've purchased new school uniforms.

[6] Don't feel bad. A lot of people have no talent.

[7] Don't marry the person you want to live with, marry the one you cannot live without, but whatever you do, you'll regret it later.

[8] You can't buy love, but you pay heavily for it.

[9] Bad officials are elected by good citizens who do not vote.

[10] Laziness is nothing more than the habit of resting before you get tired.

[11] Marriage is give and take. You'd better give it to her or she'll take it anyway.

[12] My wife and I always compromise. I admit I'm wrong and she agrees with me.

[13] Those who can't laugh at themselves leave the job to others.

[14] Ladies first. Pretty ladies sooner.

[15] A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

[16] You're getting old when you enjoy remembering things more than doing them.

[17] It doesn't matter how often a married man changes his job, he still ends up with the same boss.

[18] Real friends are the ones who survive transitions between address books.

[19] Saving is the best thing. Especially when your parents have done it for you.

[20] Wise men talk because they have something to say; fools talk because they have to say something

[21] They call our language the mother tongue because the father seldom gets to speak!

[22] Man: Is there any way for long life?
Dr: Get married.
Man: Will it help?
Dr: No, but then the thought of long life will never come.

[23]Why do couples hold hands during their wedding? It's a formality just like two boxers shaking hands before the fight begins!

[24]Wife: Darling today is our anniversary, what should we do?
Husband: Let us stand in silence for 2 minutes.

[25]It's funny when people discuss Love Marriage vs Arranged. It's like asking someone, if suicide is better or being murdered.

[26]There is only one perfect child in the world and every mother has it.

[27]There is only one perfect wife in the world and every neighbor has it!




Moral: Don't just say its "IMPOSSIBLE" without putting in sincere effort.
Read rest of entry

TRAVEL MOUSE


RM20

BRAND:SENSONIC




*JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA
Read rest of entry

LAMBAIANMU DAN SUARA HATIKU




Terpisah

Mengapa gelisah?

Usah resah

Apalagi gundah

Bukankah ini hikmah?

Agar hatimu tabah

Agar dirimu gagah

Andai kau kalah

Jangan mengalah

Jangan pula menyerah

Tetapkan langkah

Teruskan menadah

Istiqamah dan mujahadah

Doaku moga kau najah!

**********



Disini kita bertemu

Disini kita berpisah

Andai rindu datang bertamu

Simpuhkan diri diatas sejadah



Selagi ilmu masih didada

Beringatlah sentiasa

Jangan biar nafsu beraja

Kerana syaitan selalu menggoda



Biarlah kita jauh

Bukan bermakna hubungan keruh

Malah ikatan bertambah kukuh

Janji setia tetap utuh



Gedung ilmu ku gali

Bumi anbiya' kau jelajahi

Mencari pengisian untuk diri

Sebagai bekalan kemudian hari


Redha ALLAH sentiasa diimpi

Mengharap kasih bersemi abadi


Moga perjuangan diredhai

Mendapat restu dari ILLAHI

************










Read rest of entry

SAJE-SAJE MENCORET...

Sendiri...

Di sisi jendela ini...

Mendung dilangit...

Terasa sakit...

Tiada bintang berkelipan...

Menjadi teman...

Sesekali petir menyambar...

Dan jiwa semakin hambar...

Gerimis hujan menitis ke bumi...

Seiring deraian air mata ini...

Seakan mengerti...

Jiwa yang sepi...

Moga esok hadir mentari...

Dan hariku ceria kembali...

Read rest of entry

NUR KALAM

" Sesungguhnya pujian itu membunuh, teguran itu menghidupkan.

Cela di hadapan itu lebih baik daripada benci dihati............"


Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa yang hari ini sama dengan hari kelmarin, bererti dia telah terpedaya dan barangsiapa hari esoknya lebih buruk daripada hari ini, bererti dia telah terkutuk. Barangsiapa yang tidak berusaha menutupi kekurangannya, maka kuranglah akalnya dan barangsiapa kurang akalnya, maka kematian jauh lebih baik baginya."

Saidina ALi bin Abi Thalib a.s. berkata:
"Perbaikilah sisa umurmu, dan janganlah engkau berkata. (Aku akan melakukannya) besok atau lusa. Sesungguhnya orang-orang terdahulu yang binasa sebelum kamu adalah orang-orang yang bergantung pada angan-angan mereka dan ucapan mereka bahawa aku akan melakukan hal itu, tetapi dia tidak mengerjakannya, sehingga datang azab ALLAH secara tiba-tiba dalam keadaan mereka lalai. Lalu mereka pindah ke alam gelap gelita lagi sempit"
Read rest of entry

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURUKU 

TABIKA KEMAS KG.KURNIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI

SEKOLAH AGAMA KEBUN TEH

SEKOLAH MENENGAH AGAMA ARAB ANNUR

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) BUGISIAH TAMPOK

MAAHAD JOHOR


GURU-GURU  DI MAAHAD JOHOR



SEBAHAGIAN GURU-GURU DI MADRASAH ANNUR

KENANGAN DIMAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
CIKGU YATI, CIKGU ZILFA & CIKGU AYU

MEMORY TRIP TO KL SELEPAS TAMAT SRA&PMR
USTAZAH ROZI&USTAZAH RUHIMAH SEBAGAI GURU PENGIRING

KENANGAN PERSEMBAHAN SUKA-SUKA DARI USTAZ SEMPENA MAJLIS MAAL HIJRAH DAN MERAIKAN PELAJAR KE UNIVERSITI


SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI JASA DAN PENGORBANAN KALIAN SELAMA INI



*teringat kenangan mengajar di Integrated Islamic School Sri Kamariah. Walaupun hanya sebentar, mereka sentiasa dalam ingatan saya. Rindu suara-suara si kecil menjerit keriangan sambil berkata..." Ustazah...I love u ustazah........."
Read rest of entry

PERKATAAN HUKAMAK

"........Sebaik-baik ilmu itu adalah sesuatu yang memperelok dirimu

Sebaik-baik amal itu yang disertakan dengan Ikhlas..........."

Iman itu Siddiq

Iman itu suci rahsianya

Islam itu Amanah

Munafiq itu khianat

Taqwa itu meninggalkan syahwatnya

Tawakkal itu sabar

Hikmah itu zuhud didalam dunia

Hikmah itu menahan diri dari marah

'Arif itu Takut

Qani' itu Kaya

Haloba itu Faqir

Read rest of entry

KEMBAR

Beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini membuatkan saya begitu teruja untuk mengetahui tentang bayi kembar. AlamHamil serba sedikit telah membantu saya untuk mengetahui beberapa perkara yang berkaitan dengan kelahiran kembar. Berikut adalah maklumat yang telah saya dapatkan daripada web tersebut dan saya paste di blog ini untuk dikongsi bersama. Kepada sahabat-sahabat muslimah yang berminat untuk mengetahui ilmu kehamilan dengan lebih lanjut, sila layari portal AlamHamil disini.

KELAHIRAN KEMBAR

Kelahiran kembar menjadi lebih kerap terjadi kebelakangan ini disebabkan oleh teknologi kesuburan yang semakin maju dan juga kerana pengunaan ubat kesuburan yang semakin banyak.


Terdapat banyak sebab kenapa ia terjadi.

Telur yang dilepaskan lebih dari 1 semasa ovulasi. Ia selalunya terjadi disebabkan oleh ubat kesuburan dan membentuk kembar tidak seiras.
Dalam kes kembar seiras pula, satu telur dilepaskan tapi terbelah menjadi dua. Selalunya ia terjadi secara semulajadi tanpa apa-apa ubat.
Dalam kes bayi tabung uji dimana, selepas persenyawaan dibuat diluar rahim, 3 atau lebih telur yang telah tersenyawa diletakkan balik kedalam rahim. Kebarangkalian untuk semua telur melekat adalah rendah tetapi ia boleh terjadi.

Bagaimana Saya Tahu Ia Kandungan Kembar?

Imbasan Bunyi atau Ultrasound ialah cara yang mudah untuk anda mengetahui samada anda hamil kembar. Segelintir dari wanita tidak mengetahui sehingalah saat mereka hendak melahirkan. Anda boleh mengagak yang anda hamil kembar sekiranya perut anda membesar dengan cepat dan semasa pemeriksaan kehamilan, doktor mungkin boleh mendengar dua denyutan jantung.

Ramai wanita yang hamil kembar mengatakan ia lebih sukar dan meletihkan. Anda membawa berat yang lebih dari biasa, termasuk uri dan air ketuban yang lebih banyak. Berat yang bertambah bermakna lebih rasa sakit belakang dan sukar untuk merasa selesa. Anda mungkin mahu mendapat lebih rehat dan berehat dari kerja lebih awal.

KOMPILASI KELAHIRAN KEMBAR

Walaupun kehamilan kembar merupakan sesuatu yang cukup memberi makna bagi setiap pasangan tapi adalah penting untuk mengetahui tentang komplikasi yang mungkin timbul seperti:

Kelahiran pra-matang
Kebanyakkan kehamilan berakhir pada 38-42 minggu tetapi bagi kebanyakkan kelahiran kembar, ia selalunya berakhir 2-3 minggu lebih awal.

Bayi tidak cukup bulan
Sekiranya kelahiran pra-matang gagal dicegah, bayi akan lahir terlalu awal dan terpaksa menghadapi pelbagai komplikasi bayi pra matang: ini termasuk, kekurangan berat badan, paru-paru dan organ-organ lain yang tidak matang, masalah pernafasan dan penghadaman. Komplikasi jangka panjang pula, masalah kesukaran belajar dan tumbesaran.

Tekanan darah tinggi
Mereka yang mengandung kembar lebih kerap akan mendapat darah risiko tekanan darah tinggi semasa hamil. Doktor selalunya akan memberi perhatian yang teliti untuk mengesan komplikasi awal yang boleh membawa akibat yang buruk kepada ibu dan anak.

Kencing manis
Mereka yang hamil kembar juga lebih berisiko untuk mendapat kencing manis. Kencing manis semsa mengandung boleh menyebabkan kerosakan pada uri dan meningkatkan risiko kesukaran pernafasan pada bayi.

Transfusi kembar ke kembar (Twin To Twin Transfusion)
Bagi kembar seiras, ada kemungkinan terdapat ketidakseimbangan pengaliran darah dimana satu bayi mendapat terlalu banyak darah dan satu lagi mendapat kurang darah. Ini terjadi disebabkan pembentukkan salur darah tidak normal didalam uri. Sekiranya ini terjadi, risiko kelahiran pra-matang akan menjadi tinggi kerana doktor akan cuba menyelamatkan kedua-dua bayi dengan mempercepatkan kelahiran mereka kerana lebih lama bayi berada dalam kandungan, lebih tinggi risiko untuk kematian bayi.

Pembedahan caesarean
Kemungkinan untuk melahirkan secara normal tetap ada terutama apabila kedua-dua kepala bayi berada dikedudukan bawah. Dalam keadaan tertentu, komplikasi berlaku selepas kelahiran kembar pertama menyebabkan pembedahan caesarean terpaksa dilakukan untuk kembar kedua. Pembedahan caesarean adalah lebih selamat untuk kedudukan songsang atau kandungan kembar lebih dari satu.

Risiko-risiko lain :Termasuklah Placenta Preavia dan pendarahan semasa kelahiran.

FAKTA KELAHIRAN KEMBAR YANG PERLU ANDA TAHU

Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko. 

Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.

 
Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.

Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.

Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.

Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.

Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.

Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.

Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.



Read rest of entry
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers