YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

ADAB-ADAB PELAJAR DI HARI PEPERIKSAAN

  • Niat setiap amalan/peperiksaan yang diambil adalah ikhlas kerana ALLAH Taala.
  • · Mulakan hari anda dengan solat subuh, membaca Al Quran dan zikir subuh.
  • · Ulangkaji tajuk-tajuk penting secara ringkas. Kemudian, dirikanlah solat hajat mohon dimudahkan dalam menjawab peperiksaan.

Sepertimana sabda nabi :

مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ ، فَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ يُثْنِي عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَيُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ لِيَقُلْ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ ، سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ ، لَا تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ ، وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ ، وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

  • · Beritahu ibu bapa anda bahawa anda akan menduduki peperiksaa, minta maaf dan mohonlah agar mereka mendoakan anda. Begitu juga kepada sahabat-sahabat anda.
  • · Ketika hendak keluar dari rumah, bacalah : بسم الله توكلت على الله ولاحول ولا قوة إلا بالله
  • · Beristighfar sepanjang perjalanan menuju ke dewan peperiksaan.
  • · Sebelum masuk ke dawn peperiksaan, jangan berbincang sehingga bercanggah idea bersama kawan-kawan anda kerana dibimbangi akan mengganggu pemikiran anda.
  • · Ketika hendak memasuki dewan peperiksaan, bacalah :

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

  • · Ketika menerima kertas soalan, bacalah:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿1﴾ وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿2﴾ الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿3﴾ وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿4﴾ فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿5﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿6﴾ فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿7﴾ وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ﴿8﴾ سورة الانشراح


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ﴿25﴾ وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ﴿26﴾ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي ﴿27﴾ يَفْقَهُوا قَوْلِي﴿28﴾ طه:25-28

  • · Jawab setiap soalan dengan penuh adab, dan cuba bahagikan masa untuk menjawab setiap soalan. Mulakan dengan menjawab soalan yang mudah-sederhana-susah.
  • Jika terdapat soalan yang susah, maka bacalah :

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

لا اله الا انت سبحانك انى كنت من الظالمين ،

ياحى يا قيوم برحمتك استغيث اصلح لى شانى كله ولاتكلنى الى نفسى طرفة عين،

ربى انى مسنى الضر وانت ارحم الرحمين

  • Ketika terlupa, bacalah :

    اللهم يا جامع الناس الى يوم لا ريب فيه رد الى حاجتى وانت ارحم الرحمين

  • · Setelah selesai menjawab, semak jawapan anda sekali lagi dan pastikan anda telah menjawab semua soalan.
  • · Tutup kertas anda dan bacalah :

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ

الاعراف: 43


دعواتكم بالتوفيق

Read rest of entry

Mencari Cinta

Dengan nama ALLAH yang maha penyayang dan maha pengasih....

Sejak awal tiba di bumi anbiya' ini saya memang berhasrat untuk menziyarahi maqam ahli bait rasulullah dan para solihin.Namun hasrat harus ditangguhkan kerana kesibukan suami dalam urusan kuliah dan persediaan untuk menghadapi imtihan.

Alhamdulillah, 28 Mei yang lalu saya dan suami telah berkesempatan mengikuti Ziyarah Maqam Auliya sekitar Cairo(Kaherah)bersama pelajar Johor Mesir anjuran Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir(BKPJM).

Disunatkan bagi kita untuk menziyarahi maqam/kubur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW didalam riwayat muslim :

"Dahulu aku telah melarangi kamu sekalian daripada menziyarahi kubur, maka ziyarahilah ia(kubur) kerana ianya akan memperingatkan kamu kepada akhirat."

Alhamdulillah...thumma alhamdulillah..thumma alhamdulillah...

Menziyarahi mereka lillahita'ala, selain mencari pendekatan untuk menambahkan kecintaan kepada orang-orang yang solih khususnya ahli bait rasulullah dan para ulama' melalui penghayatan dan pengajaran dari riwayat hidup mereka dan seterusnya mengharapkan keberkatan melalui kemuliaan kedudukan mereka disisi ALLAH Taala.

Sepanjang perjalanan doa tak putus-putus dipanjatkan kepada ALLAH, memohon agar diberi kekuatan sepanjang ziyarah memandangkan keadaan saya yang sedang hamil. Allahul Musta'an...Alhamdulillah..

Sayu dan hiba rasanya hati ini bilamana tiba di maqam para auliya'. Saya kawal hati dan perasaan agar tidak menangis. Namun air mata tetap mengalir di maqam sayyidah Zainab Al Kubra, maqam Imam Syafie dan ketika melihat kesan tapak kaki Rasulullah. Ada satu perasaan yang dirasakan, perasaan yang begitu halus dimana saya sendiri tak mampu untuk menggambarkannya disini. Saat air mata mula mengalir saya cuba bina kekuatan melalui doa. Memohon keampunan dari ALLAH agar dijauhkan dari melakukan perkara yang menyalahi adab ketika menziyarahi maqam. Alhamdulillah....Allahul Musta'an. Syukran Ya Rabb...

Perjalanan ziyarah dari sekitar jam 9am-4.3opm ini tidak merangkumi semua maqam di sini. Hanya beberapa maqam sahaja yang sempat kami ziyarahi. Mudah-mudahan kami diberi peluang untuk menziyarahi maqam-maqam yang lain dan mudah-mudahan juga insan-insan yang saya sayangi berpeluang menziyarahi maqam-maqam ini. Allahumma amin.

Antara Maqam yang kami ziyarahi ( sekadar yang saya ingat ) :

Maqam Sultan Hassan
Maqam Sayyidah Nafisah Al Sughra
Maqam Sayyidah Zainab Al Kubra
Maqam Syeikh Abdul Rahman Idrus
Maqam SyeikhMuhammad Atrish
Maqam Sayyid Ibnu Sirin
Maqam Imam Syafie
Maqam Imam Wakie'
Maqam Sultan Hanafi
Maqam Syah Iran beserta maqam ayahanda dan nendanya
Maqam Abdul Wahab As Sya'rani
Maqam Sayyidah Ruqayyah bintu Saidina Ali
Maqam Sayyidah Atikah
Maqam Saidina Ali Muhammad Bin Ja'far Assadiq
Maqam Syeikh Ibnu Athoillah As Sakandari
Maqam Syeikh Abdullah Ibnu Abi Jamrah Al Azdi
Maqam wali soghir Syeikh Asyraf Ar Rifaie
Maqam Assyahid Imam Hasan Al Banna

Radhiallahu 'anhum jami'an


*********************

Doa dan salam ketika menziyarahi maqam

السلام على أهل الديار من المؤمنين والمسلمين ويرحم الله المستقدمين منا والمستأخرين وإنا إن شاء الله بكم لاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية

atau

السلام عليكم دار قوم مؤمنين وإنا إن شاء الله بكم لاحقون

***********************

Pintu masuk maqam Sayyidah Zainab Al Kubra


Kesan tapak kaki Rasulullah


Maqam Imam Syafie


Masjid Amru Al-As


Masjid Sidi Ahmad Athoillah Assakandari di Jabal Muqattam


******************
Mudah-mudahan suatu hari nanti diberi peluang untuk menziyarahi maqam Nabi Muhammad SAW di Madinah Al Munawwarah. AMIN.




Read rest of entry

Anak-anak Penawar Hati

Sejak akhir-akhir ni saya terlalu rindu pada anak-anak buah saya. Anak-anak penghibur hati, anak-anak penawar duka.


Nadhiratul Farhanah & Muhammad Shareef Anas. Buahati kepada abang long saya.


Muhammad Hareez Zaqwan. Buah hati kepada kak ngah saya.

Nak kata terlalu sayangnya saya kepada mereka, kalau mereka kena marah dengan mak/ayah mereka.....

saya yang menangis dalam hati ;(

Mak ude sayang sangat kak long, nanash & ayish.

Rindu nak peluk kalian.
Read rest of entry

Buku Merah Buku Biru?



Sepanjang di Malaysia saya masih tidak berkesempatan untuk buat buku rekod bagi ibu mengandung @ dikenali buku merah. Mana tidaknya, setiap kali chekup pergi ke swasta. :)

2 minggu selepas tiba di sini(Mesir), bertemankan adik Medic 'Najuwa', saya dan suami pergi ke 'iadah amradh el nisa' wattaulid ( Klinik khas sakit puan dan kelahiran) di Mubarah, Zaqaziq. Perasaan bimbang dan takut saya pada kesihatan baby bertukar lega bila dokturah berkata

' elbaby kuwais awik '

Baby tak henti-henti bergerak.
Bahagia bila melihat riak wajah gembira dan teruja di wajah suami.

ALHAMDULILLAH.....

*Gambar disebelah buku rekod saya disini.
Bukan merah tapi biru ;)
Read rest of entry

Mengumpul kekuatan bermusafir


03 May 2011

'Selamat hari lahir angah yang dikasihi'



Tarikh ini juga saya bertolak ke Mesir bersama suami tercinta. Hanya ALLAH yang tahu perasaan dihati. Meninggalkan ibu dan ayah tersayang, abang, kakak, adik, anak buah, keluarga........... Air mata ni sukar rasanya untuk berhenti mengalir.

Sepanjang dalam flight semuanya terbayang-bayang dimata. Lebih-lebih lagi wajah ibu dan ayah. Sentuhan mereka disaat saya sedang lena beberapa hari sebelum berlepas ke Mesir...rasanya semua tu masih hangat saya rasakan.

Beberapa hari sebelum bertolak ke Mesir saya pulang ke rumah ibu sedang suami di rumah ibu mertua. 1 malam disaat saya sedang lena, terasa sentuhan ibu di tangan dan kepala. Ayah dikaki. Terjaga kerana sentuhan mereka, saya hanya diam membisu. Sangka saya mereka hanya mengusap-usap biasa kerana siangnya saya kurang sihat. Tiba-tiba saya terdengar suara ibu dan ayah menahan tangis. Ya Rabb...Hanya ALLAH yang TAHU perasaan saya ketika itu.
Saya tidak pernah melihat ayah menangis begitu. Selama ini ayah hanya diam. Tak pernah menunjukkan riak bimbang pada wajahnya untuk melepaskan saya. Tapi malam itu, air mata ayah menggambarkan segala-galanya.Hangatnya kasih sayangmu ayah dan ibu, kasih sayang yang sejati dan tiada tandingan.

Selain suami sebagai penguat semangat disisi, sentuhan mereka itulah yang menjadi sumber kekuatan saya.

Ayah dan ibu mertua serta dua orang adik ipar mengiringi kami ke KLIA. Syukran yang tidak terhingga atas kasih sayang dan jasa baik kalian. Jazakumullahukhairaljaza'.

3 am saya dan suami bertolak ke Kuwait dan kami tiba di sana lebih kurang 6.30 am waktu Kuwait. 5 jam transit airport Kuwait. 11.30 am kami bertolak ke Mesir dan selamat tiba pada pukul 2.30pm waktu Mesir. Alhamdulillah.

Keluar dari airport kami disambut oleh 2 sahabat abang, Aizuddin dan Razi. Destinasi kami adalah ke ARMA(Asrama Rumah Melayu Abbasiah). Disamping kerana Muktamar Sanawi PMRAM yang berlangsung pada 04 Mei, kami tidak terus pulang ke rumah yang bakal kami diami di Zaqaziq kerana ada tugasan yang perlu abang selesaikan di Kaherah.

Sepanjang perjalanan ke ARMA sambil mamandang ke luar tingkap kereta, saya tak putus-putus mengucapkan syukur padaNYA. Syukur kerana dilindungi sepanjang bermusafir, syukur kerana diberi peluang untuk menjejaki bumi anbiya' ini.

Alhamdulillah.
Read rest of entry

ALHAMDULILLAH

Posting terakhir dari saya bertarikh 30 Ooktober 2009. Ini bermakna lebih kurang setahun setengah blog ini menyepi. Bukan tidak mahu menulis, cuma ruang dan waktu tidak mengizinkan. Selepas ‘khirrij’ dari UIA, saya menetap di rumah sepenuhnya. Alhamdulillah. Inilah saat-saat yang saya tunggu setelah sekian lama tinggal berjauhan dengan keluarga. Cuti yang terhad dari pihak sekolah-universiti menghalang kebersamaan dan keseronokan saya bersama keluarga.

Dalam tempoh setahun setengah itu juga pelbagai peristiwa yang telah saya lalui. Perubahan status, dunia pekerjaan dan sebagainya. Kalau nak dicoret, pasti menjela-jela jadinya.


Sekadar imbasan...


PEKERJAAN

JAN-MAC : Pegawai Haji & Umrah


JUN-OGOS: Operator Kilang


OKTOBER-NOVEMBER: Muallimah Madrasah Tahfiz


DESEMBER-APRIL 2011: Pensyarah.


Saya tidak memilih dalam dunia pekerjaan. Saya gauli setiap peringkat teman yang berbeza tahap pendidikan. Percakapan, tingkah laku dan lain-lain sangat berbeza. Dari kepelbagaian ini jugalah saya menimba ilmu dan pengalaman. Pahit dan manis sepanjang berkhidmat, ragam majikan, ragam pelanggan, ragam teman se-kilang, ragam murid dan ragam pelajar di peringkat umur yang berbeza. Yang pasti semua itu mengajar saya erti sebuah kehidupan dan kedewasaan. Alhamdulillah



STATUS


Alhamdulillah...berkat doa dan hajat yang berpanjangan, ALLAH perkenan doa saya. Bulan 6 2010, bertepatan majlis perkahwinan kak ngah saya, keluarga telah merestui dan bersepakat untuk melangsungkan pernikahan saya pada Januari 2011.

27 01 11 : Saya telah selamat di ijabkabulkan bersama MUHAMMAD ALHIDAYAT BIN KHALID. Suami saya yang tercinta. Majlis berlangsung dengan lancar dan selamat. Alhamdulillah.

29 01 11 : Telah berlangsung majlis khatamul Quran bersama suami dan juga marhaban. Sekaligus doa selamat 7 bulan kehamilan kak ngah saya dan 4 bulan kakak ipar saya. Alhamdulillah.

30 01 11 : Majlis kesyukuran Meraikan Cinta sempena perkahwinan saya. Walaupun hujan lebat, tapi majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah bertumgkus lumus untuk menjayakan majlis. Jazakumullahukhairaljaza’.


04 02 11 : Majlis khatamul Quran Perdana di rumah mak mertua, Muar Johor. Hanya suami yang turut serta kerana majlis khatam ini khas untuk lelaki dan kebetulan saya juga masih di rumah ibu di JB.


05 02 11 : Majlis sambut menantu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Syukran kepada seluruh ahli keluarga saya yang hadir untuk mengiring dan syukran juga kepada keluarga mertua yang bertungkus lumus menjayakan majlis.


Kesyukuran ini tak pernah henti-henti dilafazkan. Alhamdulillah... saya telah bergelar seorang isteri-Puan. Dan kini didalam rahim saya ada janin titipan ALLAH yang berusia lebih kurang 4 bulan.

Alhamdulillah.

Segala puji hanya padaMU Ya Rabb

Read rest of entry

SALAM IMTIHAN


" ALLAHUMAJ'ALNA MINANNAAJIHIN WAL MUMTAAZIN "


TAHFIZ-30 OCTOBER 2009

ARABIC FOR OCCUPATIONAL PURPOSES-2 NOVEMBER 2009

ABBASID AND ANDALUSIAN POETRY TEXTS-10 NOVEMBER 2009

PRINCIPLES OF TEACHING FOREIGN LANGUAGES-15 NOVEMBER 2009


***********************
Read rest of entry

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN INI

Bahang perpisahan semakin terasa. Kalau dulu, perasaan teruju ingin bergelar graduan UIA membuak-buak didada. Tak sabar nak habis kan pengajian degree di taman ilmu dan budi ini. Tapi bila tiba saat yang di tunggu, apa yang saya rasa adalah sebaliknya. Perasaan sedih dan sebak sentiasa bertamu dihati. Lebih-lebih lagi bila menaiki bas pulang dari kuliah ke mahallah. Biasanya saya akan menunggu bas di bus stop berhadapan markaz lughah(celpad). Jadi bus akan tawaf satu Uia.Kemudian barulah akan masuk ke lorong mahallah saya. Mahallah Asiah.

Saya lemparkan pandangan ke luar tingkap. Menikmati permandangan taman ilmu dan budi yang terlalu banyak berjasa buat saya yang kerdil ini. Hati sebak. Hati hiba. Kadang-kadang saya sendiri tak sedar air mata mengalir.Tanpa memperdulikan siapa yang duduk disamping. Biarlah. Mereka tak rasa apa yang saya rasa. Dan yang pasti mereka tak tahu saya adalah salah satu pelajar yang akan meninggalkan UIA pada semester ini...='(

Jadual kelas untuk minggu ini terlalu padat. Walhal hanya berbaki tiga hari. Isnin kelmarin imtihan nisf tahriri lil madah tahfiz. Malamnya discussion untuk taqdim proposal madah AOP pada hari selasa(hari ini). Lewat 12 malam baru pulang. Mujurlah dijah, salah seorang grupmate saya tinggal di mahallah yang sama. Jadi perjalanan pulang ke mahallah tidak sendiri. Pulang ke mahallah tak lena tidur. Saya harus bersedia untuk taqdim esok! Small note! Hanya itu yang boleh di pegang ketika taqdim. Semasa discussion kami telah sepakat utk menyiapkan small note masing-masing. Bimbang kalau-kalau tergagap atau blank semasa taqdim. Bukan tidak yakin pada diri sendiri, hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

Kelas bermula 11pagi. Kami sepakat untuk liqa’di maktabah seawal pukul 9 pagi, semata-mata untuk latihan perbentangan. Sama-sama mengur dimana kekurangan dan kesilapan dalam taqdim masing-masing. Nikmatnya menuntut ilmu. Besarnya erti perjuangan dan kejayaan. Indahnya ukhuwah dan persahabatan...........................semua menjadi satu.

ALHAMDULILLAH. Presentation kami najah! Ustaz kata.....“Atamanna an takuna hadzihil majmu’ah mumassilan li majmu’ah ukhra” .
Saya pandang sahabat-sahabat saya penuh makna. Mereka hanya dapat melihat sepasang mata saya.Mungkin bagi mereka tiada apa yang terlihat dari sepasang mata ini. Hakikatnya, kalaulah mereka tahu, ada senyuman yang lebar disebalik purdah ini. Senyuman kegembiraan! Terasa tidak sia-sia usha kami selama ini. Dan apa yang lebih muhim, small note yang sama-sama kami siapkan untuk diri masing-masing langsung tidak kami gunakan. Segalanya secara spontan. Mungkin berkat latihan menyampaikan taqdim di saat-saat akhir tadi. ALHAMDULILLAH.......................

”Dijah, kak yani, kak nisa.....kalian adalah groupmate saya yang terbaik! Semalaman saya tak lena tidur, bimbang tak mampu untuk taqdim dengan baik. Namun bila teringat semangat, commitment dan kerjasama dari kalian, saya bina segala kekutan dalam diri saya untuk melakukan yang terbaik agar kita sama-sama najah.....syukran ya sodiqaati.....”

Perjuangan ini belum berakhir.... Ada imtihan niha’ie yang sedang menunggu...

Esok pula masih berbaki satu hari untuk menghadiri muhadharah.

Esok juga saya akan menghadapi ujian tasmi’ madah tahfiz di masjid.

Doakan saya. Doakan kami semua.

ALLAHUMMA RABBI YASSIR WALA TU’ASSIR, RABBI ATMIM BILKHAIR.

ALLAHUMMAJ’ALNA MINANNAJIHIN WAL MUMTAZIN FIDDIN, FIDDUNYA WAL AKHIRAH.

AMIN.





Kenangan bersama DIJAH, KAK YANI & KAK NISAH.

(Berlatar belakangkan Masjid UIA)

Read rest of entry

HIKAYAT NIQABI (2)

TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG LURUS

Ayah hanya diam membisu.Saya tahu, ayah seorang yang tenang dan sabar. Dia tak pernah marah dengan apepun kehendak dan tindakan saya selagi ianya tidak melanggar syara’.

Dari mula-mula saya ingin belajar di madrasah, kemudian berhasrat hendak mengaji di Indonesia sewaktu berumur 14 tahun, pindah sekolah selepas PMR dan SMRA, ingin menyambung pengajian ke mesir selepas STAM, dan kini keputusan saya ingin memakai purda.semuanya ayah turuti.Hanya ibu yang melarang. Sebahagiannya sahaja yang terkabul. Sebahagiannya tidak. ALHAMDULILLAH. Saya tetap bersyukur dan akur.

Kembali kepada hikayat niqabi…

Mak dan kakak lebih banyak bersuara. Alangkah bahagianya hati saya, jika kemarahan mak untuk saya melepaskan purda ini sama seperti marahnya mak jika kakak tidak memakai hijab.

Ketika dimarah, saya hanya bungkam menyepi. Entah dari mana saya kumpul kekuatan untuk bersuara

“mak tegurlah jugak kakak yang tak pakai tudung…………..”

“Kurang hajar ek ko ni. Sekolah je tinggi. Tapi menjawab.” Kakak marah dengan kalam saya.

Belum habis kalam saya, dah di label kurang hajar. Kurang hajar ke ayat saya tadi? Atau mungkin kakak marah kerana kalam ni ditujukan untuk dia? Entahlah. Saya bingung. Sungguh berat dugaan ni. Dalam keluarga sendiri pun saya tak mampu untuk bersuara. Amal ma’ruf nahi mungkar ni bukan seorang-seorang. Beramal dan beribadat juga bukan seorang-seorang. Semua ahli keluarga kita ajak sama. Kita pimpin sama-sama untuk menuju redha ALLAH. Itu yang sepatutnya dan itulah impian saya.

Bukan baru kali ini kakak ditegur. Terkadang adik bongsu saya juga turut menegur. Tapi apalah daya, setiap perubahan dalam diri insan itu terletak pada dirinya sendiri.
Saya tidak kata kakak saya jahat. Tidak! Malah bagi saya, dialah kakak terbaik dalam dunia ini. Cuma mungkin dalam soal ini hati kakak masih keras. Seperti batu mungkin. Entahlah. Ikhtiar terakhir saya hanyalah doa. Itulah selemah-lemah iman saya.

Suasana di rumah dingin sebentar. Siang hari saya cuba bersikap tegar. Seperti tiada apa yang berlaku. Malam pula adalah waktu terbaik untuk saya berdoa, merintih dan mengadu padaNYA.menangis sepuasnya. Hanya ALLAH yang TAHU. YE..HANYA ALLAH!

“Kalau ada masalah dengan sesiapa, Baca AL FATEHAH banyak-banyak, niatkan agar dilembutkan hati si fulan….”

Pesanan ustazah sewaktu mengaji di madrasah dulu saya pegang. Saya amal dan niatkan untuk lembutkan hati mak.

ALLAHUMMAHDINASSIROTOL MUSTAQIM

ALLAHUMMA NAWWIR QULUBANA BINURI HIDAYATIK…

ALLAHU YARAHEEM…ALLAHU YA RAHMAN…..ALLAHU YA LATIF.YA LATIF.YA LATIF....

IGHFIRLANA YA ALLAH…

**************************
KEMBALI KE UIA

Waktu cuti berlalu. Saya bersiap untuk pulang ke uia. Seperti biasa, saya iron purda. Mak nampak. Saya bersiap sedia untuk di marah. Tapi mak tidak bersuara apa-apa.
Sikitpun tak marah. Betul ke ni?

Perjalan ke Stesyen bus larkin,dengan ayah.Tiba-tiba teringat…

“Alamak…purda tertinggal….”

Patah balik ke rumah.

Tiba di depan pintu rumah.

“Kenapa?” Soal mak.

“Purda tertinggal.” ringkas sahaja jawapan saya kepada mak.Sekali lagi bersiap sedia untuk dimarah.

Mak terus ke dalam. Kembali semula dengan purda di tangan.

Sambil menghulur purda kepada saya, “Kan mak dah kata, sebelum keluar cek semua barang.”

“Ya ALLAH....betul ke ni? Mak tak marah ke?” bisik hati saya. Saya terus berlari masuk ke rumah sebentar.

“Apa lagi tu dik?”

“Jap mak…..kejap je…” Sujud syukur! Itulah alasan “kejap” dari saya tadi.

ALHAMDULILLAH.sepanjang perjalanan ke Stesyen bus tak henti-henti bersyukur….

Tiba di stesyen bus. Ayah tunjuk purda yang masih di tangan.

“Bila nak pakai tu?”

Saya hanya tersenyum. Rasa haru begitu dalam sekali.

Sambil mengusap belakang saya, ayah berpesan “jaga diri baik-baik tau…”.

Saya hanya mengangguk dan tunduk. Tak mahu ayah nampak air mata yang mula bergenang.

ALHAMDULILLAH.Akhirnya saya dapat restu dari walidain saya.

Ada hikmahnya mak marah-marah sebelum ni. Jika tidak, sampai bila pun saya tak dapat ta’kid restu mereka kepada saya dalam berniqab.

Hati kecil saya yakin mengatakan, berkat AL FATEHAH dan pasti ayah dah slow talk pada mak. SYUKRAN YA ALLAH, KAU KABULKAN RINTIHANKU.

******************************

AKUR

Mak kembali berpesan

“Kat KL je. Kat sini tak payah tau…”

Saya faham maksud mak. Saya mengerti apa yang harus saya lakukan. Kali ni saya takkan bantah. Saya tak mahu mak marah lagi seperti dulu. Saya faham, biah di sini tak mengizinkan. Saudara-saudara juga ramai yang tak mengerti. Saya tahu, mak bimbang fitnahnya pada keluarga pula nanti.

Insya ALLAH mak. Saya akur pada mak. Semoga nikmat yang sebentar dalam berniqab ini akan meninggalkan kesan yang mendalam untuk diri saya. Moga ALLAH REDHA dengan perjuangan saya yang sedikit ini.Moga saya mampu untuk istiqamah bermujahadah dalam mentarbiyah diri, jiwa, hati dan nafsu walaupun tanpa niqab di wajah.Moga kekuatan dalaman yang dibina melalui perjuangan selama fatrah berniqab ini tidak sia-sia.Genggamlah hati ku YA ALLAH.

ALLAHUMMA AMIN.

“YAALLAH...
Izinkan aku terus merintih…
Merintih untuk meraih CINTA MU
Izinkan aku terus menagih…
Menagih untuk menggapai REDHA MU”


* “Bersyukur pada ALLAH…kakak semakin berubah di saat menjelang hari perkahwinannya…Wanita yang akan berkahwin bermakna keberkatan telah sampai padanya. Semoga dengan keberkatan ini, hidayah dan taufiq ALLAH juga mengiringi kakak di kehidupan barunya nanti…AMIN”
Read rest of entry

Aa Gym Seorang Mubaligh dan Wirausahawan

Aa Gym? Siapa Dia?

Kali pertama saya mengenalinya, entah berapa tahun yang lalu. Melalui rancangan TV di salah sebuah siaran Indonesia. Ceramah dan tausiyah yang disampaikan serta bacaan doa beliau, sangat menyentuh hati saya. Doa yang dibaca dengan menggunakan bahasa melayu Indonesia. Mudah difahami. Ringkas. Tepat. Padat. Menyeluruh untuk semua rakyat. Dan yang paling muhim, saya rasa zuq nya! Sambil sama-sama menadah tangan mengaminkan doa beliau, tidak sedar air mata mengalir.


Disini saya sertakan sedikit butiran tentang peribadi beliau.

JOM TAARRUF!




Aa Gymnastiar11 Aa Gym Seorang Mubaligh dan Wirausahawan Nama Pengagas “Manajemen Kalbu” ini kian melambung sebagai mubaligh. Popularitasnya saat ini menyamai Hamka pada 1970-an dan setara dengan “Dai Sejuta Umat”, Zainudin M.Z., tahun 1980-an. Itulah K.H. Abdullah Gymnastiar, yang lebih senang – dan lebih popular — dengan panggilan Aa Gym ketimbang kiai, misalnya. Aa adalah cara orang Sunda memendekkan kata ‘kakak’ (abang).

Tampil bersahaja, suka merendah, dan menyejukkan, ceramah-ceramah agamanya di sebuah stasion televisi dan di Masjid Istiqlal, Jakarta, mampu menguras air mata para hadirin. Ia bahkan tak segan-segan mengajak dirinya dan hadirin meneladani bayi dan anak-anak, yang disebutnya bagai “gelas bening, sehingga sebutir debu pun yang menempel padanya bisa terlihat.” Bayi dan anak-anak, katanya “tidak pendendam, rendah hati, dan jujur”.

“Belajarlah dari bayi, yang tak pernah merasa gagal,” katanya dalam bagian ceramahnya berjudul ‘Anak sebagai Lahan Tafakkur’. “Ketika ia belajar berjalan, setiap jatuh ia selalu bangun dan mencoba lagi. Jika ia marah pada temannya, sebentar kemudian akan baikan kembali.” Aa lalu menghubungkannya pertikaian antar sesama saudara di Indonesia, yang tak pernah habis-habisnya memendam dendam.
Aa Gymnastiar2 Aa Gym Seorang Mubaligh dan Wirausahawan
Aa Gym lahir di Bandung pada 29 Januari 1962, dari pasangan Letkol H. Engkus Kuswara dan Hj. Yeti Rohayati. Meskipun tidak tumbuh di lingkungan pesantren, keluarganya terkenal disiplin dan religius.

Guru agamanya yang pertama adalah adiknya sendiri, Agung Gunmartin, yang cacat, lumpuh, matanya juling, dan telinganya hampir tuli. Yang istimewa, Agung sangat gigih, tetap rajin kuliah dan tak pernah lepas salat wajib dan tahajud. “Meski bernapas saja sulit, dia tetap mendisiplinkan diri untuk ke masjid,” kenangnya. Aa sendiri seorang kakak yang setia, yang rajin menggendong sang adik bila ke masjid dan mendampinginya ketika ke kampus.

Namun lama kelamaan, kesehatan Agung kian memburuk, hingga duduk pun ia sudah tak mampu. Tangannya tidak dapat lagi digerakkan. Namun keadaan itu diterimanya dengan sabar dan tawakkal, tanpa berkeluh-kesah. “Sampai akhirnya dia meninggal di pangkuan saya, ” papar Aa Gym dengan mata berkaca-kaca.

Pada usia 20 tahunan, Gymnastiar berguru pada Ajengan Junaedi dari Garut, Jawa Barat. Dan hanya dalam tiga hari, ia oleh gurunya dinyatakan telah memiliki ilmu laduni – yang memberinya kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui proses belajar. Menurut Gym, ia sendiri kurang begitu yakin apakah benar ia telah menguasai ilmu tadi. Namun beberapa guru spiritualnya yang lain juga menyatakan bahwa dia telah dikaruniai ma’rifatullah—‘pengetahuan dari Allah’. Seorang di antaranya KH Khoer Affandi, ulama tasawuf terkenal Jawa Barat yang semasa hidupnya memimpin Pesantren Miftahul Huda, Manonjaya, Tasikmalaya.

“Berkat ilmu itu, saya bisa tiba-tiba tanpa sengaja mengetahui hal-hal baru saat berceramah,” tutur lelaki yang memanggil ‘bos’ kepada lawan bicaranya. Saat materinya dirujuk dengan kitab-kitab tafsir, isinya ternyata tak berbeda.

Pencarian jati diri Aa Gym diwarnai sejumlah peristiwa aneh melalui mimpi, baik yang dialaminya sendiri maupun oleh ibu dan adiknya. Dalam mimpinya, ibunya mendapati Rasulullah sedang mencari seseorang. Sedang adiknya bermimpi melihat Rasulullah mendatangi rumah mereka. Dalam mimpinya sendiri, Aa Gym sempat salat berjamaah bersama Rasulullah dan keempat Sahabat: Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali.

“Saya berdiri di samping Sayidina Ali, sementara Rasulullah bertindak sebagai imam,” paparnya. Dalam mimpi sebelumnya, ia merasa didatangi seorang tua berjubah putih bersih, yang mencuci mukanya dengan ekor bulu merak bersaput madu. Dia lalu mengatakan Aa Gym insyaallah akan menjadi orang yang mulia, kelak. Setelah mimpi-mimpi itu, Gymnastiar mulai berguru pada beberapa ulama.

Sebagai kiai, Aa Gym tahu sekali bahwa lebih baik memberi daripada menerima. Maka lelaki yang sejak SMA berjiwa wirausaha ini merintis pembentukan Keluarga Mahasiswa Islam Wiraswasta (KMIW) pada 1987. KMIW membuat dan menjajakan stiker, kaos oblong, gantungan kunci, dan alat tulis menulis yang dibubuhi slogan-slogan religius.

Pada 1990, ia mendirikan Yayasan Pondok Pesantren Daarut Tauhid (DT). Pendirian DT terilhami gerakan Al-Arqam di Malaysia, yang berhasil secara mandiri memenuhi kebutuhan sehari-hari secara Islami. Beberapa waktu kemudian, DT pindah lokasi ke Jalan Gegerkalong Girang 67. Di lokasi rumah pondokan berkamar 20 buah itu, ia menyewa dua kamar. Di sana ia sering mendapat tantangan berat, karena lokasi itu dikenal sebagai markas “biang kerok” keresahan masyarakat. Toh ia kemudian berhasil mengontrak seluruh kamar yang ada, dan bahkan mampu membeli kepemilikannya seharga Rp 100 juta.


Sumber: Muballigh.com

Read rest of entry

Air Mata Di Hujung Syawal

Sejurus keluar dari Mathaff Islami, aku terus mencari handphone di dalam beg. Sepanjang lawatan kami diminta silent mode handphone. Itu salah satu prosedur dan arahan dari pegawai yang harus di patuhi.

Sambil berjalan menuju ke bas untuk pulang semula ke U....

"9 missed call. 2 message."

"Eh..sape ni....banyak nye....mesti penting...."

Bila ku tekan senarai missed call....

"My Beloved Mom-7 missed call, Zaza-2missed call"

Ada ape ni.....tak pernah-pernah mak telefon banyak kali macam ni. Biasa kalau telefon 2-3 kali tak angkat, mak faham, sama ada aku ada kulyah atau program."

Aku cepat-cepat baca inbox message.

"Nenek dah meninggal. Aku sedih sangat...." -angah

"Kak, nenek dah meninggal. Kat indonesia"-zaza

"YA ALLAH........................"
bergetar rasanya seluruh tubuh. terkedu tanpa kata. Air mata mula menitis.

Di dalam bas aku terus mendial no mak.

"Kenapa mak telefon tak angkat? Nenek kat kampung dah takde nak.....Pukul 2pm waktu indonesia. Selepas selesai solat Jumaat. Adik jangan lupe doa dan ngajikan untuk nenek. Sedekahkan Fatehah dan yasin nak...."

Aku tak mampu berkata. Sakit rasanya dadani menahan tangisan. Hendak kulerai bimbang orang lain nampak. Tak sabar rasanya tiba di U. Solat Ghaib & Bacaan Yasin untuk nenek. Itu sahaja yang ada dalam fikiran.

Pandangan ku kabur...

Terbayang satu demi satu kenangan bersama nenek...

Terbayang pula wajah ayah dan pak cik...

Bukankah awal syawal kemarin kita sama-sama merancang untuk pulang ke kampung beramai-ramai....? AH...! Semuanya sudah terlambat.........

Pasti mereka terkilan....

Berpisah dengan ibu tersayang....

Tak sempat menatap wajah ibu...

Jauh....

Pak cik dan mak cik di kampung...
Pasti mereka sedang sibuk menguruskan jenazah nenek....
Nak hubungi, tiada talian telefon lansung ke rumah nenek...
Jam menunjukkan hampir pukul 6pm..
Sudah dikebumi atau belum...?
Mengapa aku tidak di sana?
Disamping nenek di saat-saat terakhirnya.....

YA ALLAH...mudahkanlah urusan pengebumian nenek....

Aku Runsing.....
tenangkanlah hatiku YAALLAH...

ikhlaskan kami untuk menerima pemergian nenek...

Nenek....
Tenanglah dikau di sana....
Di negeri yang abadi.....

Hanya untaian doa yang dapat kukirim...
Pengganti bakti terakhirku untukmu sebagai seorang cucu....


Semoga nenek ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...

AMIN
Read rest of entry

HIKAYAT NIQABI

"Kak.....akak kan pakai purdah...mane purdah akak? "


" eh? mane purdah? "

Itu merupakan soalan-soalan yang perlu saya jawab ketika menghadiri majlis alumni SMABT pada 7 Syawal 1430H.

Bukan maksud saya untuk tidak istiqamah. Malah, sebelum terhijabnya wajah, saya sentiasa berharap dan bertekad moga diistiqamahkan hati ini.

Ikuti hikayati……barulah anda akan faham. Mengapa saya tidak istiqamah berpurdah jika di johor…

*************************************************



HALANGAN

Sejak menuntut ilmu di Maahad Johor lagi, hati saya sudah tergerak dan terdorong untuk menghijab wajah. Tapi, mak melarang.

" Kalau belajar kat Mesir nanti boleh pakai....Tapi kalau belajar U tempatan tak payah…."

Itu jawapan mak saya setiap kali saya mengutarakan hasrat untuk berpurdah.

Urusan menyambung pengajian ke Mesir sudah 70%. Ketika itu, keputusan permohonan di unversiti tempatan diumumkan.

" SALWIYA ABDULLAH 860128-01-____ : PSIKOLOGI IIUM "

Semestinya ini berita gembira untuk keluarga. Terutamanya mak. Doa mak sentiasa makbul.

Gembira bagi keluarga, ada sekelumit rasa sedih pada saya. Ini bermakna, hasrat untuk memakai purdah terbatal serta merta. Kembali kepada syarat ibu...."kalau belajar kat mesir nanti boleh pakai....."

***************************************************
KEIZINAN BERSYARAT

Masuk UIA... Awal tahun pertama, ketika itu saya di pusat bahasa... niat untuk berpurdah tak pernah terpisah dalam hati saya.Cuma bila asyik dihalang, lama-lama niat itu menyepi sendiri. Namun, keinginan melonjak-lonjak semula bila ada beberapa perkara yang berlaku pada diri saya di sini.Sejak itu, saya banyakkan lagi pengetahuan tentang "hijab" .

Ada juga saya berjumpa beberapa pensyarah untuk mendapatkan pandangan. ALHAMDULILLAH, nasihat dan pandangan mereka positif.. Setiap kali waktu terluang, buku tentang hijab tak pernah terlepas dari bacaan saya. Hajat, Tahjud. Istikharah………………….. Hati saya tetap sama. Keputusan saya tak pernah berubah. Malah semakin kuat azam di hati.

Tekad saya sudah bulat, hanya niat berubah sedikit. Sebelum ini, niat untuk berpurdah lebih kepada "Untuk mendapatkan REDHA ALLAH semata"....tapi kini........ "Disamping mendapatkan REDHA ALLAH....ini untuk keselamatan saya". Itu yang terdetik di hati.

Saya cuba sekali lagi meluahkan hasrat pada mak.

"Tak payah!"

Itu jawapan mak saya.

Hampa.Sedih.

Pulang bercuti akhir semester 2 2005/2006. Dengan doa yang tak pernah putus, saya cuba memujuk ibu.

Hati kecil saya selalu berkata.....

" Mak....takde apa yang ude dapat beri pada mak.Ude tak de harta nak bagi. Hanya dapat buat amal kebajikan selagi termampu. Dan jika amal ini diterima dan mendapat pahala disisiNYA, segala ganjaran tu ude niatkan untuk mak dan bapa. Berilah peluang untuk kali ini sahaja....."

ALLAH memakbulkan doa saya. ALHAMDULILLAH, mak izinkan. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan ketika itu. Bahagianya hati bila sesuatu yang saya lakukan mendapat restu dari mak...Hati berbunga- Sujud syukur, pujian untukNYA atas segala nikmat indah yang diber......

Namun, izin mak bersyarat……

" Tapi ingat...kat KL je boleh.....kat sini (johor) tak payah........."

itulah syarat dari mak saya.

Pada mulanya hati kecil saya memberontak. Takkan kat sini tak payah? Macam mana saya nak istiqamah?

*************************************************

AKIBAT LANGGAR SYARAT

Di awal pemakaian purdah, saya tidak mengendahkan syarat mak. Jika keluar dikawasan johor, sebelum keluar rumah saya akan iron purdah siap-siap, dan simpan di tempat yang selamat. Bila jarak dengan rumah agak jauh, cepat-cepat saya pakai...!

Tapi, johor ni bukanlah besar. Mak saya dapat hidu. Saya kena marah. Kali ni kakak juga turut bersuara….Lebih parah bila mak tarik 100% keizinan untuk memakai purdah....

" Kat KL pun tak payah pakai...! "

Saya terkedu bila mak kata begitu. Diam tanpa kata. Hanya air mata pengganti diri. Sebagai luahan betapa sedih dan hibanya hati.

"Tulah sal.....kenapa langgar syarat dr mak....? "

Bisik hati kecil saya


**********************************************************

.................................to be continue




Read rest of entry
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers