
Sepanjang di Malaysia saya masih tidak berkesempatan untuk buat buku rekod bagi ibu mengandung @ dikenali buku merah. Mana tidaknya, setiap kali chekup pergi ke swasta. :)
2 minggu selepas tiba di sini(Mesir), bertemankan adik Medic 'Najuwa', saya dan suami pergi ke 'iadah amradh el nisa' wattaulid ( Klinik khas sakit puan dan kelahiran) di Mubarah, Zaqaziq. Perasaan bimbang dan takut saya pada kesihatan baby bertukar lega bila dokturah berkata
' elbaby kuwais awik '
Baby tak henti-henti bergerak.
Bahagia bila melihat riak wajah gembira dan teruja di wajah suami.
ALHAMDULILLAH.....
*Gambar disebelah buku rekod saya disini. Bukan merah tapi biru ;)