YAALLAH...Cukuplah ENGKAU sebagai pelindungku, kerana dalam diriMU terkandung pelindung hatiku.
Aku tak perduli bila cintaMU kan tiba. Kerana aku yakin, saat cintaMU hadir untukku tiada seorangpun yang mampu menghalangnya.

ALFATEHAH:As-Syahid Obaidah Al-Qudsi







Seorang graduan UIAM, Ubaida M.A Al Qudsi , bekas pelajar dalam jurusan komunikasi yang bakal konvo tahun ini selepas Eid dilaporkan syahid di Palestin selepas dua minggu cedera ditembak tentera Israel. Beliau merupakan penggerak aktif Al Aqsa Society. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala. Beliau meninggal dunia pada 13 September 2009 di sebuah hospital Israel. Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.


Read rest of entry

RAMADHANKU


Ramadhan terakhir di iium....
Ramadhan yang paling kurindu pastinya....

Terima kasih BAH(ahli ghurfati)...
Saling berjaga untuk sahur..
Tumpangkan saya (motor) untuk taraweh di masjid...

Terima kasih ZU & KAK FARAH,
Jalan-jalan dibazar ramadhan...
Cari juadah untuk berbuka...

Terima kasih sekali lagi buat ZU dan ahli ghurfah...
NOR, KAK MA' & ADAH....
Iftar bersama kalian salah satu memory yang takkan pernah saya lupakan...

Terima kasih mrc dakwah mahallah...
memberi peluang untuk saya menambah pengalaman melalui amanah yang diberi
tak lupa juga buat sahabat-sahabat se'amanah'...
NOR-TI-KAK QARI-ANA-RABEAH-SYUHADA-HERNA
Terima kasih kepada yang sudi back up giliran saya
Moga ALLAH membalas keikhlasan kalian dengan pahala yang berlipat ganda

Terima kasih pihak mahallah
Majlis khatamul quran...
Moga bertambah keimanan...
Jamuan iftar jamae...
Mengeratkan lagi ikatan persaudaraan...

Terima kasih sekali lagi untuk semua
Moga kita diberi peluang untuk menyambut ramadhan akan datang...

AMIN YA RABB



Read rest of entry

MENJADI WANITA INDAH


Menjadi wanita, adalah anugerah terindah dan keindahan yang menjadi perhiasan dunia. Menjadi wanita solehah, adalah menjadi seorang yang cekal dan istiqamah dalam aura kasih dan kelembutan, yang lahir dari rahim ketaatan pada Rabbnya. Oleh itu, menjadi wanita adalah amanah yang harus dijaga, dan kesempatan yang tak selayaknya disia-siakan.

Mempamerkan lekuk tubuh dan kemilau rambut mungkin kebanggaan di mata umum, tapi sungguh, itu adalah kemurkaan di mata Allah SWT. Sementara jelas aturan itu telah ditetapkan, tentang bagaimana seharusnya wanita menutup aurat, bahagian – bahagian yang hanya halal oleh lelaki yang telah mengikatnya dalam misaqun gholidzoh. Menjadi wanita, adalah menjadi lokomotif bagi tumbuhnya jiwa – jIwa baru, itulah sebabnya mengapa wanita disebut-sebut oleh Nabi saw sebagai tiang Negara, bahkan berperan besar dalam terciptanya peradaban manusia. Dan pada kenyataanya sejarah telah membuktikan demikian, bahwa selalu ada wanita hebat dibelakang lelaki hebat.

Mulianya wanita, hingga syurga pun di bawah telapak kakinya. Beruntungnya wanita, yang disebut tiga kali sebelum akhirnya lelaki ketika seorang sahabat bertanya pada kekasih Allah, siapakan yang seharusnya ia hormati. Dan terjaganya wanita dalam kesolehan, hingga ia menjelma menjadi perhiasan terindah dunia.

Namun, di sisi garis yang lain, ketika menjadi satu penyusun kalimat dalam rangkai kata harta, tahta, wanita. Maka itu adalah bahasa kehancuran bagi kaum adam yang penuh gejolak nafsu duniawi. Wanita, yang telah mengambil peran kewanitaannya sebagai senjata syaitan, senjata paling mematikan yang pernah ada dalam sejarah manusia.
Ya, sekat itu jelas, peranan yang satu menjadikannya sebagai perhiasan terindah, sedang yang lainnya sebagai senjata syaitan dan iblis! Lalu muslimah, disisi mana yang kita inginkan? Itu adalah pilihan.. Dan pilihan hanya sebatas tawaran. Tidak ada yang memaksa disini... Namun ingatlah, bahwa setiap hal yang diakukan, setiap pilihan yang diputuskan, harus dipertanggungjawabkan dihadapan sang pemilik alam raya, dimana tika itulah sebuah ketetapan tak mampu lagi digubah.......

WALLAHUA'LAM

*Diubah suai dr sumber kf.muslimah
Read rest of entry

MOHON KEKUATAN DIBULAN BARAKAH




16 RAMADHAN-ISNIN

Munaqasyah lil madah AOP. Terus ke rumah pak cik di pinggiran batu caves: iftar, taraweh dan sahur disana. Pulang semula ke UIA selepas solat subuh.
17 RAMADHAN-SELASA
Tiba di uia sekitar 7.15am, bersiap-siap untuk ke kuliah. Kelas pertama(8.30am-9.50am) madah nusus sye'riah abbasiah wa andalusiah. Kelas ke 2 (11-12.50pm), AOP. Terus ke masjid, solat zuhur, muraja'ah. Naum.......zzzZZZzzz...3.30pm-5pm kelas Prncple.Of Teaching Foreign Language. Kelas habis awal, tp dapat asgmnt. kena submit yaumul khamis. Tiba di mahallah sekitar 4.30pm, selepas solat asar, bersiap-siap ke musolla, majlis khatamul quran dan iftar jama'ie. Selepas itu, terus pulang ke bilik, solat maghrib dan bersiap-siap ke masjid, solat taraweh. Tiba dibilik sekitar pukul 11.15pm.

18 RAMADHAN-RABU
  • TASMI' HAFAZAN
  • PRESENTATION AOP


19 RAMADHAN-KHAMIS
  • IMTIHAN SYAFAWI : NUSUS SYE'RIYAH ABBASIAH WA ANDALUSIAH
  • SUBMIT ASGMNT
  • 11.30pm, BERTOLAK PULANG KE KAMPUNG...JOHOR BAHRU.


Minggu terakhir ramadhan di uia sebelum bercuti, waktu terlalu padat...antara tugasan kuliah dan ibadah m'hidupkan ramadhan...Kedua-duanya terlalu penting dan sangat syang jika dilepaskan. Semoga ALLAH beri kekuatan untuk melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. DOAKAN SAYA.


" YA ALLAH, UBUN-UBUNKU DALAM GENGGAMANMU...QADA' MU KEPADAKU ADALAH ADIL, AKU MEMOHON KEPADAMU DENGAN SEPENUH PENGHARAPAN, JADIKANLAH ALQURAN SEBAGAI PENYEJUK HATIKU, CAHAYA DADAKU, PENGHAPUS DUKAKU DAN PENGHILANG KESEDIHANKU "

*curi-curi menaip dicelah-celah kesuntukan mencari bahan asgmnt di it.
Read rest of entry

MUSYTAQ BARDUH

Selesai solat taraweh, saya menerima mms dari kak ngah. Bahagia sangat tengok mms ni. Terubat sedikit rindu pada keluarga.....MISS U ALL....ABADAN ABADA...syukran untuk angah kerana tak pernah jemu melayan kerenah ude yang selalu minta mms.......Gambar-gambar dibawah istimewa saya publish untuk tatapan ilfi fi misr...Dulu ammu dukung dira masih baby, sekarang dah besar & she looks so sweet..........

Gambar mereka ketika taraweh di rumah.....

DIRA HABIBTY


DIRA WITH BELOVED ANGAH : SITI FATIMAH


DIRA WITH MY BELOVED YOUNGER BRO : AIDIL IKHWAN
Read rest of entry

KISAH CINTA DIBULAN RAMADHAN




Tiada lafaz yang lebih indah, selain berzikir dengan ASMA' ALLAH dan berselawat keatas Rasulullah, khairu khalqillah. Tirai ramadhan hampir ditutup...selagi diberi qudrat, sama-samalah merebut pahala yang berganda di bulan yang penuh maghfirah, rahmat dan barakah ini. Adakalnya diri tetap leka dengan nikmat dunia. Mujur masih ada iman dan akal yang mampu mengawal si rakus yang bernama NAFSU. Walaupun wanita ma'ruf dengan 1 akal dan 9 nafsu, mudah-mudahan diriku mampu menggunakan satu-satunya akal ini agar ia sentiasa a'la daripada musuhnya(nafsu).....

SURATAN ATAU KEBETULAN
Tak tahu mengapa, minggu ni 3 sahabat dari departmant berlainan mengadu kisah cintanya. Walhal, kami tidaklah begitu rapat. Mafi musykilah.....selagi tidak mengganggu waktu-waktu khusus saya, saya sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar setia....


KISAH 1


Ketika moreh selepas solat tarawih.
"akak...makanlah kuih ni, jangan malu-malu...."

" terima kasih banyak-banyak... akak bukan tamu, tak perlulah hidang-hidang...nanti kalau akak nak akak ambil sendiri..."

Itu fenomena hiwar yang sering kali berulang antara saya dan ani(bukan nama sebenar) , selaku ajkt dakwah mahallah. Ketika kami asyik menikmati kuih dan syai,tiba-tiba ani bersuara.

"Akak...sedihlah....CINTA SAYA TIDAK KESAMPAIAN......"

"Eh....kenapa ni.....?"

"Saya berkawan dengan seseorang. Saya hormat dia. Saya kagum dengan dia. Dia baik, soleh. Alhafiz. Memang kami berkawan biasa sahaja, tapi kalau saya cuba nak menjauh, dia makin dekat dengan saya. Setiap kata-kata dia, selalu bagi harapan pada saya. Pernah saya dengar dia dan seorang sister ni bercouple. Saya tanya baik-baik, tapi dia menafikan. Dia yakinkan saya yang dia masih single. dan tak mau saya fikir tentang kata-kata orang. Saya pernah nak pinjam buku dia, dia kata dah bagi orang lain. saya tak kisah, saya cari kawan lain untuk pinjam buku yang sama. tiba-tiba dia kata, dia gurau je, buku dia ada, buat ape nak pinjam orang lain punya...dia bersungguh suh saya pakai buku dia dan suruh saya pulang semula buku yang dah saya pinjam. tak beri harapan ke namanya tu kak? waktu haro lahir saya, dia tanya saya, nak hadiah ape? nak hadiah yang cepat habis atau hadiah yang boleh simpan buat kenangan....? apa maknanya tu kak? buat apa dia layan saya macam tu sekali? hatta kawan-kawan saya sendiri perasan dia layan saya lain...istimewa.... Saya tak mau bermain dengan perasaan saya sendiri, saya beranikan diri untuk bertanya, tentang isi hati.....dia tolak saya...tapi tak cakap direct dengan saya. dia msg kawan baik saya. dia aibkan saya. dia kata saya terhegeh-hegeh kat dia....sedihnya saya kak....terkejut saya dia buat macam tu. dia ingat kawan saya yang dia msg tu tak tau semua pasal kami. walhal dari a-z saya sentiasa cerita apa sahaja tentang dia dan saya...Jadi kawan saya tak endah msg dia, dan suruh saya bersabar. yang saya tak boleh terima, dia nafikan pada saya kisah yang dia "dah berpunya". Tapi dia bagitau pada kawan saya dia dah berpunya.lebih menyedihkan bila wanita tu adalah wanita yang dia nafikan depan saya.A pa maknanya semua ni kak? Saya sedihla....dulu saya berkawan dengan orang biasa-biasa. agama tak seberapa, bila dia pergi dari hidup saya, dia buat hal...saya tak kisah. tapi ini? orang yang saya pandang soleh kak....Al hafiz pulak tu....dikagumi ramai...orang hormat dia...tap apa kak? saya rasa sama jek dengan orang yang biasa-biasa tu....hmmm....betullah kata akak, jangan mudah percaya dengan lelaki...walaupun dia sentiasa berkopiah/bersongkok putih................"

"Jangan anggap semua lelaki berkopiah macam tu, hanya segelintir sahaja. Ala kulli haal berhati-hati dalam berkawan. wanita yang baik kan untuk lelaki yang baik....Akak tahu hati budi ani, ani seorang yang baik. Bersyukur sangat ALLAH dah tunjuk awal-awal lagi dia dah berbohong dan khianat pada ani. Itu tandanya dia memang jelas tak baik...Tak sesuai untuk orang sebaik ani...."

" sungguh ke sya baik kak....? saya tak dapat macam yang akak dapat...akak jagalah elok-elok tau...Kalau saya, saya tak nak pikir lagi pasal lelaki..saya nak jadi macam rabiatuladawiyah....saya harapkan cinta ALLAH je sekarang ni....akak doakanlah saya...."

******************************************

KISAH 2


IIUM SHAHS MOSQUE.
Selesai berwudhu' untuk solat zuhur. Tiba-tiba terserempak dengan kak zu(bukan nama sebenar).

"Sal....lama tak jumpa.apa khabar...?"

"ALHAMDULILLAH...sihat kak.."

"EH....dah walimah ke belum ni? "

"Belum ada rezeki kak..."

"Lamanya...habis bila nak langsung?"

"InsyaALLAH....ada rezki nanti langsung...doakanlah.."

"Sal ada masa tak? akak nak tanya sesuatu lah..."

"Insyaallah ada waktu. kelas saya pukul 3.30pm nanti....nak tanya ape?"

"Malu nak cakap, akak....ada berkawan dengan seseorang. Akak yang taqdim dia...ALHAMDULILLAH jawapannya positif. Yang jadi masalah sekarang ni...akak tak mampu jaga hati. Asyik nak teringat je....terbayang je muka dia. Takutnya akak...Macam mana ni?"

"Ada rancang ke arah perkahwinan tak kak? Kalian berdua dah sama-sama istikharah?

"ALHAMDULILLAH sudah....memang kami dah sepakat. Tapi bagi pihak dia, ada maslaah sedikit. dia ada tanggungjawab. Dia kata, paling awal pun boleh langsung aqad 3 tahun dari sekarang...tu paling awal...bayangkanlah...macam mana akak nak tunggu 3 tahun tu? sekarang je pun akak asyik nak terpikir dia je.....ada tak petua nak jaga hati? bagitaulah akak....."

Saya terkedu sebentar...mengimbas kembali antara saat-saat perjuangan dalam hidup saya. Melawan ihsas untuk menjaga hati. Hanya ALLAH dan bakal zauj yang tahu. Jatuh bangun kami memperjuangkan segala-galanya...

*jawapan saya untuk soalan kak zu ketika itu tak dapat saya paparkan disini.SIR.
*********************************************************

KISAH 3


Perjalanan pulang dari bazar ramadhan ke mahallah bersama kak ayu(bukan nama sebenar).

"Sal....tanya sikit boleh...."

"Tanya apa kak..."

"Kalau kita suka seseorang...memang kita dapat tahu dan rasa ke yang dia tu bakal suami kita.....?"

"Soalan akak ni bagi saya agak subjektif....benda berkait dengan ihsas kak..itu terletak dalam hati masing-masing macam mana nak menilai..."

"Habis...macam mana sal boleh terima bakal suami sal tu? Apa yang sal rasa masa terima dia? macam mana buat keputusan?"

" Dia taqdim saya sebelum bertolak ke mesir...Sepanjang berjauhan, saya pikir balik apa ihsas saya pada dia...Saya rasa selesa bila dengan dia, banyak keserasian..bahagia yang saya rasa lain...saya rasa tenang...yang paling penting dia selalu ajak saya untuk lebih dekat dengan ALLAH...Kemudian saya laksanakan usha terakhir, DOA, HAJAT & ISTIKHARAH...sebelum hubungan kami pergi lebih jauh....saya suruh diapun istikharah juga...dia tak bagitau saya jawapan istikharah dia. Tapi selepas 2 tahun,dia balik cuti ke malaysia dan dia tekad untuk merisik saya, itu jawapan yang sudah memadai bagi saya untuk istikharah yang dia buat....WALLAHUA'LAM... eh...jawapan saya dah terkeluar tajuk ke kak....maaf kalau tak da jawapan untuk persoalan akak. tapi itulah proses yang saya lalui berkait dengan hal-hal proses menerima bakal suami ni......kenapa ni kak...akak tengah dirisik orang ke? "

"hihihihi….takdelah...... ...(tersipu-sipu malu...) "

"hmmm....takpelah kalau akak tak nak berterus terang... pesan saya, akak pikirlah elok-elok sebelum buat keputusan. Nak pilih calon suami ni, dengan "rasa" sahaja tak cukup kak...Apa yang penting banyakkan doa dan minta petunjuk dari ALLAH.....saya tak masyi lagi soal ni. Akak cuba tanya pada akak-akak yang mutazawwijah. Mungkin mereka boleh beri jawapan yang lebih memuaskan hati akak....."

***************************************




CATATAN BUAT

KISAH 1:
Berpeganglah dengan kalamullah ini...
والطيبت للطيبين والطيبون للطيبت
Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) . Surah Annur 24:26

Cinta ALLAH adalah segala-galanya. Cinta yang hakiki. Cinta yang tidak mati. Berserahlah padanya, hulurkan seluruh cintamu padanya. Moga suatu hari nanti DIA anugerahkan seorang lelaki yang soleh untukmu, sebagai balasan rasa cintaNYA padamu.

KISAH 2:
Penyair Arab ada mengatakan:

Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi.

Cinta yang lalai hanya akan membawa kita kepada sifat alpa, dan seterusnya kita hanyut dan lalai dari mempersiapkan diri untuk keperluan dunia akhirat. Sama-samalah kita menjaga perasaan cinta ini. Sentiasa betulkan niat, semoga ALLAH sentiasa memandu kita agar cinta insan yang hadir berada dilandasan yang diredhaiNYA.

KISAH 3:
Pesan RASULULLAH SAW,
" Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa.~Riwayat Albaihaqi~

Doa yang ingin saya kongsi bersama,

اللهم زَوِّجْنِي زَوْجًا صَالِحًا

ربَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا قُرَّةَ أَعْيُن وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا


*********************


LUAHAN HATI

Kepada sahabat-sahabat yang sering bertanya dan mempersoalkan bila walimah saya akan berlangsung? Kenapa lama sangat mengikat?

Fahamilah......
ليس للمتحبابين مثل النكاح
"Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah"
~Riwayat Suyuti~ ّ

Begitu jugalah yang kami rasakan.Bukan kehendak kami menunda tarikh untuk disatukan, menghalalkan segala yang haram sekaligus menunaikan sunnah Rasul tercinta.

Bagi mereka yang telah disatukan, ALHAMDULILLAH. REzeki memihak pada mereka. Namun janganlah mengecam dengan sewenangnya. Fahamilah keadaan kami. Kami harus akur dengan kehendak walidain. Sebagai seorang anak, ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan diutamakan. Kami hanya mampu berharap dan berdoa, agar dipermudahkan segalanya. REDHA ALLAH, REDHA WALIDAIN. Itu yang kami harapkan. Moga sahabat-sahabat memahami.




Read rest of entry

AKU TAK SEKUAT DULU

Ada rindu yang hadir
Tapi bukan rindu biasa
Rindu yang sukar untuk ditafsir
Pada sekeping potret atau bahasa

Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini tak mampu untuk mengawal diri. Ramadhan yang hadir kusambut dengan penuh bahagia,semangat dan azam untuk mempertingkatkan ibadah...Disinilah medan untuk aku menabur benih-benih iman dan taqwa...membentuk diri yang sememangnya lemah...membina benteng kekuatan iman yang sentiasa rapuh...namun ada sekelumit "rindu" dicelah-celah bahagia ini...hadirnya meluluhkan jiwa...mengundang sayu dan sendu..lantas hiba dan tangis datang bertamu...

"aku tak sekuat dulu..."
Read rest of entry

MERISIK KHABAR "LELAKI SEJATI"



Merisik khabar tentang LELAKI SEJATI

lelaki sejati bukan dinilai dari paras rupa, tapi dari pekerti yg mulia... Lelaki sejati bukan disukat dari lambaknyer harta, tapi dari kayanya budi bahasa... Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya.... Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran..... Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasimuda bangsa .... Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah... Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan... Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu... Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya... Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tugas yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan... Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...
************************
Read rest of entry

SATU PENAMPAR

Kisah teladan ini saya perolehi ketika menghadiri salah satu majlis ilmu. Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua.

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri
kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di
dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3
pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh
menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam
tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya
hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan
menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak
orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab
pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan
saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan
Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka
dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu
tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak
pernah berfikir sejauh itu?



Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi
si Pemuda itu dengan amat kuat.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam
marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah
jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak
tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan
pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau
macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan
pertama awak, kita semua merasakan kewujudan
Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau
telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan
menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya
gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari
api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan
berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat
yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama
unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!


'Alangkah sia-sianya hidup ini, jika ruang fikiran hanya dipenuhi
dengan ilmu dunia,alangkah ruginya usia yang
pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'




Read rest of entry

" KERANAMU ABAH "


"Ya Allah, cintai Ibuku, beri aku kesempatan agar aku mampu membahagiakan Ibu, dan jika saatnya nanti Ibu Kau panggil, panggillah dalam keadaan khusnul khatimah. Ampunilah segala dosa-dosanya dan sayangilah ia sebagaimana ia menyayangi aku... Kutitipkan Ibuku padaMU ya Allah.Lindungilah dia selalu..."

Hanya itu doa yang seringkali terucap dibibir...namun kini doa itu telah berubah ayatnya...telah berubah uslubnya...yang kekal hanya tempat aku mengadu...ALLAH RABBUL EZZATI....

ALLAH telah memanggil ibu....semenjak pemergian ibu Februari yang lalu, hidup terasa sunyi...terasa hambar...dulu ibulah tempat aku mencurahkan segalanya...saat aku sedih, saat aku bahagia, andai aku bosan di hostel, andai aku letih dengan tugasan kuliah.....segalanya kuluahkan pada ibu. Kini tiada lagi rutin harian menelefon ibu. Tiada lagi kedengaran suara ibu sebagai pengubat rindu saat berjauhan.....

Hampir setahun ibu berperang dengan penyakit kanser. Saat ibu hampir menjalani terapi terakhir, besar harapanku melihat ibu sembuh..melihat ibu tersenyum kembali...namun ALLAH berkehendak lain...DIA lebih menyayangi ibu...Aku redha dengan pemergian ibu, walau hakikatnya jiwa tersiksa...

Segala pengurusan kenduri tahlil dan bayaran fidyah untuk ibu berjalan dengan lancar. ALHAMDULILLAH...abah tidak pernah lupa semua itu. Aku bersyukur kerana abah melaksanakan segala tanggungjawab terhadap ibu dengan baik. Sesekali ada titisan jernih menitis dari kelopak mata abah...abah masih tak mampu melupakan ibu...hampir tiga puluh tahun hidup bersama...aku mengerti perasaan abah...YA ALLAH... berilah abah kekuatan...
ABAH...abah harus kuat...supaya aku, kakak dan adik-adik juga kuat menghadapi kenyataan ini....

Cuti short semester tiba, niat dihati ingin mengambil subjek, meneruskan kuliah...sekurang-kurangnya semester akhir nanti jadual kuliah tidak terlalu padat...namun bila melihat kondisi abah, aku batalkan niatku. Biarlah aku duduk di rumah..menemani abah...sekurang-kurangnya abah tidak keseorangan..lagipun adik perempuanku bekerja, adik lelaki pula duduk dihostel...kakak sudah mempunyai kehidupan sendiri, hanya pulang ke rumah bersama anak-anaknya setiap hujung minggu...

Sangkaanku meleset, hakikat lain yang terjadi....abah jarang di rumah...malah aku yang keseorangan..pada mulanya aku cuba untuk memahami..mungkin abah bosan, terasa sepi..biarlah dia keluar melepaskan hiba di hati..jumpa kawan-kawan...

Namun, lama kelamaan aku yang tersiksa...aku yang sepi di rumah ini...setiap
sudut ada kenangan bersama ibu...lebih-lebih lagi bila tiada teman untuk berbicara...hanya untaian doa yang tak putus-putus ku utuskan buat ibu...semoga roh ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang soleh...AMIN YARABBAL ALAMIN.

Perubahan abah semakin ketara dari hari ke hari...aku dapat merasakan ada sesuatu yang cuba abah selindungkan dari kami... firasatku lebih kuat bila setiap kali handphone abah berbunyi, abah terus masuk ke bilik.....mengapa? siapa yang telefon abah?

Setelah puas kurisik-risik, rupanya abah sudah ada calon untuk menggantikan tempat ibu....wanita itu sudah dirisik...hancur hatiku saat mengetahui semua ini...bukan aku tidak memahami keadaan abah, tapi ini semua terlalu cepat bagiku..tanah dipusara ibu masih segar, gerimis air mata mengenang pemergian ibu masih belum reda....Adik-beradik yang lain juga agak tekejut...sebagai anak, kami cuba memahami keadaan abah.....tapi......entahlah......

Semakin hari abah semakin berubah...kasih sayang abah juga semakin tandus rasanya....silap sedikit, aku dimarah....padahal sewaktu ibu masih ada, abah sedikitpun tidak pernah meninggikan suara padaku....setiap kali aku dimarahi, hanya satu lafaz yang keluar di bibir...."ibu............".

Hari ini.........
dengan perasaan yang hiba, aku harus kumpulkan segala kekuatan untuk menerima sebuah kenyataan....hari ini abah akan bernikah...tak sampai setahun aku kehilangan ibu, kini aku harus kehilangan abah... kerana menurut khabar dari nenek, selepas bernikah abah tidak akan tinggal bersama kami lagi...abah akan tinggal di rumah isteri barunya.......dan dirumah ini, hanya tinggal aku dan kedua adikku....aku yang akan menggantikan tempat ayah dan ibu di rumah ini....walaupun pada hakikatnya abah masih wujud di dunia ini....

ABAH...................
tiada kata yang mampu ku ungkapkan lagi...
tak mengapalah kalau itu kehendak abah....semoga wanita itu wanita yang terbaik untuk abah, mampu menjaga dan merawat abah sebaiknya....aku akan tetap mendoakan kebahagiaan abah...walau hakikatnya, aku sangat terluka........YA ALLAH...ikhlaskanlah hatiku dalam menghadapi takdirMU ini.....

SELAMAT PENGANTIN BARU ABAH
SEMOGA ABAH BAHAGIA DISAMPING ISTERI TERSAYANG

*kisah nyata salah seorang sahabat karibku, yang telah kuolah dan kuringkaskan. YAALLAH, kuatkanlah semangatnya, ikhlaskanlah hatinya. Moga kemuliaan hatinya menempah tempat untuknya didalam golongan anak yang solehah.




Read rest of entry

هيا بالعربية

SALAM...ALHAMDULILLAH....
HAYYA BIL ARABIAH KEMBALI LAGI....


ISNIN-27 JULAI 2009


SELASA-28 JULAI 2009


RABU-29 JULAI 2009


KHAMIS-30 JULAI 2009

Read rest of entry

RACUN DAN PENAWAR



Lima Racun & Lima Penawarnya


1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir
itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,taat itu
ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu
ubatnya.


Read rest of entry

CAREER CARNIVAL 2009


ALHAMDULILLAH.....
Hari ini tercapai juga hajat meraikan Career Carnival di Mid Valley...
Ini pertama kali bermusafir bersama kak Yani..rancangannya bertiga bersama kak Nisah, tapi kak Nisah ghaib disaat-saat akhir sebelum bertolak...(tak menyabar nak balik seremban...(>_<))
Saya dan kak Yani sama-sama tiada pengalaman ke Mid Valley sebelum ni..
jadi, tawaqqalna 'alaLLAH...2 kali kami sesat...pada mulanya, salah naik tren KTM...bila tiba di mid valley pula, terpinga-pinga cari tapak exhibition...mujurlah ada map sebagai penunjuk jalan.....

Mungkin kami datang masih awal, hari pertama...jadi tidak semua booth yang dah maftuh dengan kamil...Saya hanya singgah di beberapa booth...booth USM, IIUM HOLDING, IIUM MANAGEMENT, BANK NEGARA, IDEALSEED JOB, GRADUAN, & TAKAFUL....

Hakikatnya, saya sendiri masih samar-samar ke mana arah tuju selepas ini......

Tanya pada hati...istiqamahlah beristikharah....
mudah-mudahan ALLAH beri petunjuk jalan yang terbaik untuk saya, untuk semua.....AMIN.
Read rest of entry

BIDADARI SYURGA


BIDADARI...BIDADARI...
TEMANILAH RESAHKU...
BIDADARI...BIDADARI...
TENANGKANLAH JIWAKU...
SUMPAH SETIA HIDUP MATI...
SELAMANYA...
KERANA KAU ISTERIKU...
ISTERIKU TERCINTA...
PELENGKAP RUSUK KIRIKU...

BIDADARI...BIDADARI...
JADILAH PENDAMPINGKU...
BIDADARI...BIDADARI....
JADILAH SANG SETIA...
KERANA CINTA...CINTA SUCI...
BUKTINYA... TIDAK PERNAH SEPI...
SEPI DARIPADA COBAAN YANG TAK TERNODA...

KAU...UMPAMA BINTANG UTARA...
PENUNJUK JALAN YANG TERANG...
KAU...BERI HARAPAN SAAT KU JATUH...
BANGUN SEMULA...
DAN BERIKAN SAKTI CINTAMU...
PENAWAR RACUN BERBISA
DAN...IKATAN KITA...CINTA ABADI...
HANYA DI SYURGA....

-by:munif ahmad-
Read rest of entry

KISAH NYATA YANG BERHARGA

Bidadari Surga
kisah ini baru saja saya terima melalui email, dari rangkaian salah satu yahoogroup "muslimah indonesia" yang saya sertai. Selain tajuk yang menarik, tarikh lahir dalam kisah ini juga menjadi salah satu penarik untuk saya terus membaca sehingga ke penghujung cerita.


Namanya "Aini". begitu ummi biasa memanggilnya. Salah satu "adik " terbaik yang pernah ummi miliki, yang pernah ummi temui dan alhamdulillah Allah pertemukan ummi dengannya.

Seharusnya 28 Januari lalu genap ia menginjak usia 37 tahun. Beberapa tahun bersamanya , banyak contoh yang bisa ummi ambil darinya. Kedewasaan sikap, keshabaran, keistiqomahan, dan pengabdian yang luar biasa meretas jalan da'wah ini. Seorang muharrik da'wah yang tangguh dan tak pernah menyerah. Sosok yang tidak pernah mengeluh, tidak pernah putus asa dan memiliki khusnuzon yang teramat tinggi kepada Allah. Dan dia adalah salah satu amanah ummi terberat, ketika memang harusnya ia sudah memasuki sebuah jenjang pernikahan.

Ketika beberapa akhw! at lain yang lebih muda usianya melenggang dengan mudahnya menuju jenjang tersebut, maka 'Aini Allah taqdirkan harus terus meretas keshabaran. Beberapa kali ummi berikhtiar membantunya menemukan ikhwan shalih, tetapi ketika sudah memulai setengah perjalanan proses..Allah pun berkehendak lain. Namun begitu, tidak pernah ada protes yang keluar dari lisannya, tidak juga ada keluh kesah, atau bahkan mempertanyakan kenapa sang ikhwan begitu " lemahnya " hingga tidak mampu menerjang berbagai penghalang ? Atau ketika masalah fisik, suku , serta terlebih usia yang selalu menjadi kendala utama seorang ikhwan mengundurkan diri , 'Aini pun tidak pernah mempertanyakan atau memprotes " kenapa ikhwan sekarang seperti ini ?

Tidak ada gurat sesal, kecewa, atau sedih pada raut muka ataupun tutur katanya . Kepasrahan dan keyakinan terhadap kehendak Allah begitu indah terlukis dalam dirinya.

Hingga, akhirnya seorang ikhwan shalih yang dengan kebaikan akhlak serta ilmunya, datang! dan berkenan untuk menjadikannya seorang pendamping. Tidak ada luapan euphoria kebahagiaan yang ia tampakkan selain ucapan singkat yang penuh makna " Alhamdulillah. .jazakillah ummi sudah membantu...mohon do'a agar diridhai Allah "

Alhamdulillah , Allah mudahkan proses ta'arauf serta khitbah mereka, tanpa ada kendala apapun seperti yang pernah terjadi sebelumnya. Padahal ikhwan shalih yang Allah pilihkan tersebut berusia 10 tahun lebih muda dari usianya.

Berkomitmen pada sunnah Rasulullah untuk menyegerakan sebuah pernikahan, maka rencana akad pun direncanakan 1 bulan kemudian, bertepatan dengan selesainya adik sang ikhwan menyelesaikan studi di negeri Mesir.

Namun , Allah lah Maha Sebaik-baik Pembuat keputusan..

2 minggu menjelang hari pernikahan, sebuah kabar duka pun datang. Usai 'Aini mengisi sebuah ta'lim , motor yang dikendarainya terserempet sebuah mobil, dan menabrak kontainer didepannya. 'Aini shalihah pun harus meregang nyawa di ruang ICU. 2 hari setelah peristiwa itu, Rumah sakit yang menanganinya pun me! nyatakan menyerah. Tidak sanggup berbuat banyak karena kondisinya yang begitu parah.

Hanya iringan dzikir disela-sela isak tangis kami yang berada disana. Semua keluarga 'Aini juga sang ikhwan pun sudah berkumpul. Mencoba menata hati bersama untuk pasrah dan bersiap menerima apapun ketentuanNya. Kami hanya terus berdo'a agar Allah berikan yang terbaik dan terindah untuknya. Hingga sesaat, Allah mengijinkan 'Aini tersadar dan menggerakkan jemarinya. Rabb..sebait harapan pun kembali kami rajut agar Allah berkenan memberikan kesembuhan, walau harapan itu terus menipis seiring kondisinya yang semakin melemah. Hingga kemudian sang ikhwan pun mengajukan sebuah permintaan kepada keluarga 'Aini.

" Ijinkan saya untuk membantunya menggenapkan setengah Dien ini. Jika Allah berkehendak memanggilnya, maka ia datang menghadap Allah dalam keadaan sudah melaksanakan sunnah Rasulullah.. ."

Permintaan yang membuat kami semua tertegun. Yakinkah dia dengan keputusannya ?
Dalam kedaaan demikian , akhirnya 2 keluarga besar itupun sepaka t memenuhi permintaan sang ikhwan.

Sang bunda pun membisikkan rencana tersebut di telinga 'Aini. Dan baru kali itulah ummi melihat aliran airmata mengalir dari sepasang mata jernihnya.

Tepat pukul 16.00, dihadiri seorang penghulu,orangtua dari 2 pihak, serta beberapa sahabat dan dokter serta perawat...pernikaha n yang penuh tangis duka itupun dilaksanakan. Tidak seperti pernikahan lazimnya yang diiringi tangis kebahagiaan, maka pernikahan tersebut penuh dengan rasa yang sangat sulit terlukiskan. Khidmat, sepi namun penuh isakan tangis kesedihan.

Tepat setelah ijab kabul terucap...sang ikhwan pun mencium kening 'Aini serta membacakan do'a diatas kain perban putih yang sudah berganti warna menjadi merah penuh darah yang menutupi hampir seluruh kepala A'ini. Lirih, kami pun masih mendengar 'Aini berucap, " Tolong Ikhlaskan saya....."

Hanya 5 menit. Ya..hanya 5 menit setelah ijab kabul itu. Tangisanpun memecah ruangan yang tadinya senyap menahan sesak! dan airmata. Akhirnya Allah menjemputnya dalam keadaan tenang dan senyum indah.

Dia telah menjemput seorang bidadari...

Sungguh indah karunia dan janji yang telah Allah berikan padanya...

Dia memang hanya pantas untuk para mujahidNya di Jannah al firdausi....

Dan sang ikhwan pun melepas dengan penuh sukacita dengan iringan tetes airmata yang tidak kuasa ditahannya.. .

" ..Saya telah menikahi seorang bidadari.. nikmat mana lagi yang saya dustakan..."

Begitulah sang ikhwan shalih mengutip ayat Ar RahmanNya...

Ya Rabb..En
gkau sebaik-baik pembuat skenario kehidupan hambaMu..Maka jadikanlah kami senantiasa dapat memngambil hikmah dari setiap episode kehidupan yang Engkau berikan...

Selamat jalan adikku sayang ...engkau memang bidadari surga yang Allah tidak berkenan seorang ikhwan pun didunia ini yang bisa mendampingi kehidupanmu kecuali para ikhwan shalih yang berkhidmat di jalan da'wah dengan ikhlas, tawadhu dan siap ber! jihad dijalanNya dan kelak menutup mata sebagai seorang syuhada...."
Selamat jalan 'Aini..semoga Allah memberimu tempat terindah di surgaNya....

( bait kenangan terakhir bersamamu; ummi tidak bisa menulis seindah tulisan2mu, tapi yakinlah ummi mengiringimu dengan indahnya do'a ...semoga Allah kumpulkan kita kelak didalam surgaNya...amiin)
Read rest of entry

SALAM MAHABBAH

SALAM sahabat maya....

Lama rasanya saya menyepi dari blog ini...maaf kerana HAYYA BIL ARABIAH terbengkalai. Hampir 3 minggu bercuti di kampung,bertemu keluarga tersayang...sehari selepas tiba di rumah, hari terbuka sekolah adik. Seperti biasa, sayalah yang menjadi wakil ayah dan ibu untuk mengambil report book adik. 4 tahun berturut-turut...ini antara komen guru yang tak pernah lekang untuk adik saya "aidil banyak cakap...suka kacau kawan...riuh....". Adik, adik.....memang macamtulah adik saya ni. Di rumah pun macam tu. Suka menyakat saya dan k.ngah. Saya hanya tersenyum mendengar komentar guru , sambil melihat gelagat adik saya-tersenyum sambil menutup mulut...=> Cuti kali ini saya berpeluang menziarahi anak buah yang baru dilahirkan 11 Jun lalu.....MUHAMMAD SYAREEF ANAS..=) waseem, macam muka abang long saya...sesekali saya tatap wajahnya yang sedang lena, tenang ..... saya cium wajahnya berulang kali, wangi...saya suka baubaby....=) kemudian saya tilik jari jemarinya... kecil, comel....=) Anas...semoga ALLAH sentiasa melindungimu...membesarlah kamu dengan sempurna...semoga menjadi anak yang soleh....AMIN...

Cuti kali ini masa sepenuhnya bersama keluarga, jaga dan melayan kerenah Nadira(kakak kepada Anas) yang sesekali tidur di rumah. Letih dibuatnya...sesekali kerenahnya menguji kesabaran saya...tapi jauh disudut hati, saya bahagia....

13 Julai 2009 kuliah untuk sem 1 sesi 2009/2010 bermula. Minggu pertama mula kuliah, banyak perkara yang perlu di uruskan. Jadual kelas, cari venue kelas, bayar fees, comfirm graduatian audit, isi graduted form, apply financial statement dll....................letih, sampai demam di buatnya...bermula dengan batuk, badan panas, selsema, tekak perit...YA QAWIEY, YA SALAM...YA SYAFI...ASTAGHFIRULLAHALAZIM.... hanya itu dzikir yang mampu di ulang-ulang sebelum melelapkan mata...mengharapkan kesejahteraan, dengan harapan bila terjaga kekuatan datang kembali untuk meneruskan perjuangan....

Setakat ini dahulu coretan untuk kali ini...
Masih ada tugasan lain yang perlu diselesaikan...
Jumpa lagi dilain tinta.....

Read rest of entry
 
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers