


Seorang graduan UIAM, Ubaida M.A Al Qudsi , bekas pelajar dalam jurusan komunikasi yang bakal konvo tahun ini selepas Eid dilaporkan syahid di Palestin selepas dua minggu cedera ditembak tentera Israel. Beliau merupakan penggerak aktif Al Aqsa Society. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala. Beliau meninggal dunia pada 13 September 2009 di sebuah hospital Israel. Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.